Tuesday, November 9, 2010

Kitab Ar-Risalah Imam Syafii

Kitab Ar-Risalah Imam Syafii
Penterjemah: Dr. Muhammad Amar Adly MA
Terbitan: Jasmin Publications
Harga: RM20.00

Dalam Kitab Ar-Risalah ini, As-Syafii menjelaskan hadis perseorangan dan penggunaannya sebagai hujah, mengupas syarat-syarat kesahihan hadis dan keadilan para perawi, menolak khabar mursal dan munqathi', serta hal-hal lain yang dapat diketahui melalui daftar isi.

Kitab Ar-Risalah ini merupakan kitab perdana di bidang Usul Fiqah, bahkan terbilang kitab perdana di bidang Usul Hadis Fakhrurrazi di dalam kitab Manaqib Asy-Syafii (hlm.57) menyebutkan, "Sebelum Imam Asy-Syafii para ulama telah membicarakan masalah-masalah Usul Fiqah, mengajukan dalil dan kritik, tetapi mereka tidak memiliki aturan universal yang menjadi rujukan dalam mengetahui dalil-dalil syariat, serta kaedah perbandingan dan tarjihnya. Asy-Syafii lalu menemui Usul Fiqah dan meletakkan sebuah aturan universal yang menjadi rujukan bagi umat untuk mengetahui berbagai tingkatan dalil syariat. Dengan demikian, kedudukan Asy-Syafii terhadap ilmu syariat sama seperti kedudukan Aristotle terhadap ilmu akal".

Menurut saya, kitab Ar-Risalah sepatutnya menjadi kitab bacaan wajib di Universiti Al-Azhar serta universiti lainnya dan sebaiknya dipilihkan beberapa bahagian darinya untuk dijadikan bacaan para pelajjar sekolah menengah di pusat pengajian dan madrasah biasa, agar mereka memperoleh pengetahuan tentang pandangan yang benar dan hujah yang kuat, serta penjelasan yang tidak mereka temui padanannya dalam kitab-kitab ulama lain dan sastera para sasterawan.

Monday, November 8, 2010

Membongkar Perancangan Israel Raya

Membongkar Perancangan Israel Raya
Penulis: Herry Nurdi
Terbitan: Alam Raya Enterprise
Harga: RM25.00

Dalam buku ini, penulis mengungkap dua strategi besar yang akan menjadi pendokong utama rancangan Zionis Israel di Dunia Islam. Strategi pertama, Israel harus membangun dirinya sebagai negara paling kuat di rantau ini. Ertinya, Israel harus sangat berpengaruh pada dunia Arab secara politik, lobi dan terutama kekuatan ketenteraan. Strategi kedua, harus memecah-belahhkan negara-negara di Dunia Islam, terutama di Timur Tengah dan Asia Selatan menjadi negara-negara kecil, lemah yang berasaskan kesukuan dan terikat pada sentimen sektarian.

Saturday, November 6, 2010

Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata

Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata
Penulis: Mohd Syamil & Adriana Balqis
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM21.90

Istimewanya buku ini ditulis oleh seorang Saudara Baru. Penulis cuba membawa gambaran sebenar gejala murtad yang berlaku dan melanda umat islam kini. Kenapa, Mengapa dan Salah Siapa? Semuanya boleh terjawab dengan mendapatkan naskah ini.

MURTAD: JANGAN PANDANG SEBELAH MATA memberikan pelbagai perspektif untuk membolehkan kita memahami persoalan dan permasalahan murtad yang kita hadapi ini.

Buku ini juga mengutarakan beberapa kes dan kejadian murtad yang pernah menjadi isu hangat di dalam negara supaya pembaca mendapat gambaran yang sebenar di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Semoga buku ini boleh membuka minda umat Islam di Malaysia agar sentiasa bersikap waspada, peka dan seterusnya membabitkan diri sama ada secara langsung atau tidak di dalam menghadapi ancaman murtad ini.

Friday, November 5, 2010

Bila Zina Jadi Budaya

Bila Zina Jadi Budaya
Penulis: Mohd Syamil & Adriana Balqis
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM19.90

Buku 'BILA ZINA MENJADI BUDAYA' ini cuba merungkai permasalahan yang berlaku di kalangan remaja hari ini dan berkongsi serta memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi masalah sosial yang kian meruncing kini. Banyak paparan di dada-dada akhbar suatu isu yang sedang hebat diperbincangkan, iaitu masalah sosial di kalangan remaja yang berleluasa dan amat meruncing setiap hari. Remaja generasi hari ini lebih cenderung atau terpaksa berdepan dengan perkembangan kemajuan dan teknologi yang semakin pesat membangun. Setiap waktu masyarakat didedahkan dengan masalah kronik yang melanda dunia, di antaranya adalah kes jenayah seperti samun, meragut, kes rogol, perzinaan, buang bayi, pembunuhan, lumba haram dan lain-lain lagi, yang mana semua ini melibatkan golongan remaja kita sendiri.

Bertambah runcing lagi apabila masalah sosial ini membimbangkan golongan ibu bapa dan juga para pendidik yang terpaksa berhadapan dengan golongan tersebut. Antara masalah kronik yang melanda para remaja hari ini adalah seks bebas yang diasaskan oleh pergaulan bebas itu sendiri. Ini adalah menurut hasil kajian di seluruh dunia remaja cenderung terjerumus ke lembah seks bebas. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti menyebabkan golongan remaja seperti ini lebih mudah terjerumus atau terlibat dengan penzinaan.

Thursday, November 4, 2010

Begitu Romantis Rasulullah SAW

Begitu Romantis Rasulullah SAW
Penulis: Muhammad Syauqi Banna
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM16.90

Keluarga merupakan wadah terpenting dalam membina peradaban sesebuah bangsa. Kejayaan sebuah negara tidak mungkin wujud tanpa dilandasi dengan kuatnya asas keluarga dalam masyarakat. Ibarat sebuah bangunan, keluarga adalah asas yang akan menentukan kukuh atau tidaknya bangunan itu

Di antara batu asas keluarga itu adalah terciptanya suasana harmoni dan romantis antara suami isteri. Keluarga yang sihat dan kukuh tidak akan mungkin terwujud jika hubungan antara suami dan isteri tidak terjalin dengan baik.

Sebagai tokoh teladan terutama bagi umat Islam, kita layak meneladani sisi-sisi kehidupan Rasulullah. Sebagai pemimpin besar yang berhasil menanamkan asas peradaban umat Islam, baginda tidak hanya memberikan teladan bagaimana menjadi pemimpin, panglima perang, negarawan, ahli politik dan sebagai seorang dai’e (pendakwah) baginda juga menjadi cermin keteladanan dalam membina rumah tangga harmoni dan romantis.

Ternyata benar, baginda benar-benar yang terbaik, pemimpin terbaik, sahabat terbaik, ayahanda terbaik, suami bahkan insan terbaik diutus Tuhan buat sekalian alam..., galilah apa yang ada dalam dirinya, dan teladanilah!

Wednesday, November 3, 2010

Bijak Solat (VCD)

Bijak Solat (VCD)
Abang Syah Inteam & Shoutul Fikrah
Terbitan: Inteam Records Sdn Bhd
Harga: RM19.90

Sebuah album VCD berkonsep hiburdidik bagi menarik minat kanak-kanak bersolat di samping menambah ilmu pengetahuan mereka tentang solat.

Album ini menampilkan Abang Syah Inteam sebagai hos manakala adik-adik dari kumpulan Shoutul Fikrah sebagai pelajar-pelajar yang mendalami ilmu dan kaedah bersolat.

Album ini memuatkan bacaan-bacaan dalam solat, wudhu' dan terjemahannya serta visual rukun-rukun solat dan wudhu' bagi menambah kefahaman kanak-kanak tentang solat.

Turut dimuatkan 3 buah nasyid yang berjudul Wudhu' Sempurna, Bijak Solat dan Marilah Bersolat bagi menambah keceriaan dan menarik minat anak-anak menonton VCD ini.

Album dalam format VCD ini sesuai untuk tontonan kanak-kanak dari usia 3 tahun ke usia remaja.

Tuesday, November 2, 2010

DVD Panduan Lengkap Umrah 3D

DVD Panduan Lengkap Umrah 3D
Penyusun: Dato'Hj Daud Che'Ngah
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM25.90

Ramai umat Islam kali pertama menunaikan ibadat umrah, tidak mendapat gambaran sepenuhnya dengan hanya menerima maklumat melalui ceramah, radio atau tv.
Perjalanan ibadat umrah yang betul dapat dipersembahkan melalui video animasi 3D, DVD ini memaparkan panduan untuk mengerjakan ibadat umrah, di samping memberikan informasi berguna.

Monday, November 1, 2010

DVD Panduan Solat 3D

DVD Panduan Solat 3D
Penyusun: Ustaz Misdi Al-Haj
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM24.90

DVD Panduan Solat 3D ini memberikan panduan asas tentang cara-cara mengerjakan solat dengan menggunakan teknologi animasi terkini. Video 60 minit ini akan menerangkan aspek yang relevan tentang:

* maksud sebenar solat dan kenapa umat Islam perlu mematuhinya

* peristiwa Israk Mi'raj yang membawa kepada perintah solat

* cara-cara berwuduk dan hukum yang membatalkannya

* azan dan iqamah

* panduan asas solat 5 waktu lengkap dengan bacaan surah-surah dan maksudnya

* pengetahuan untuk solat jemaah, solat jumaat dan lain-lain perkara yang berkaitan

* cara-cara mengerjakan solat untuk orang kurang upaya seperti solat duduk dan baring

* perkara-perkara yang membatalkan solat

* koleksi doa-doa lazim selepas solat

* animasi bonus tentang panduan mengerjakan mandi wajib

Sunday, October 31, 2010

Sumbu Jiwa: Surah-Surah Amalan Para Solihin Sepanjang Zaman

Sumbu Jiwa: Surah-Surah Amalan Para Solihin Sepanjang Zaman
Terbitan: Pelima Media
Harga: RM25.00

Sumbu Jiwa dirangka khusus untuk keperluan mukmin dalam memperkaya amalan dan kefahaman terhadap Al-Quranul Karim. Buku bersaiz kompak mesra mobiliti 6in x 6in ini, memuatkan:

* 11 surah-surah Al Quran amalan para solihin sepanjang zaman. Surah tersebut ialah:

• Surah Al Fatihah • Surah Al Kahfi • Surah Yasin • Surah Ad Dukhaan • Surah Ar Rahman • Surah Al Waqiah • Surah Al Mulk • Surah Al Kafirun • Surah Al Ikhlas • Surah Al Falaq • Surah An Nas.

* Hadis sahih Rasulullah SAW yang menyatakan khasiat serta kelebihan setiap surah-surah tersebut.

* Dilengkapi terjemahan ayat dalam Bahasa Melayu mengiringi setiap ayat Quran tersebut.

* Pimpinan bacaan menerusi CD audio MP3, bacaan Syeikh Mishari Rashid Alafasy.

Saturday, October 30, 2010

Koleksi Buku Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

1) Mukmin Profesional - RM55.00
2) Tentang Cinta - RM25.90
3) Satu Rasa Dua Hati - RM22.50
4) Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir Atau Kurang Zikir? - RM30.00
5) Nota Fikir Untuk Zikir - RM19.00
6) Nota Hati Seorang Lelaki - RM20.00
7) Duhai Yang Tersayang - RM16.90
8) Di Mana Dia Di Hatiku - RM15.00

Friday, October 29, 2010

Lagi Koleksi Buku Tentang Ikhwanul Muslimin

1) Ats-Tsawabit Wal-Mutaghayyirat - Jum'ah Amin, RM29.00
2) Perangkat-perangkat Tarbiyah Ikhwanul Muslimin - Ali Abdul Halim Mahmud, RM40.00

Thursday, October 28, 2010

Koleksi Buku Tentang Ukhuwah

1) Dalam Dekapan Ukhuwah - Salim A. Fillah, RM45.00
2) Virus-Virus Ukhuwah - Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah, RM26.00

Wednesday, October 27, 2010

Lagi Koleksi Buku Tuan Guru Nik Aziz

1) Unplugged 2, RM13.00
2) Asmaul Husna; Dengan NamaMu Aku Hidup, RM18.00
3) Hidayah, RM25.00
4) Telaga Budi, RM18.00
5) Kenal Pembeza Hak Dan Batil, RM15.00
6) Kisah Cinta Dalam Al-Quran, RM23.00
7) Ingatlah Tempatmu Di Akhirat, RM17.00
8) Bunga Kebahagiaan, RM20.00
9) Bertemu Janji Allah (Bahagian 1), RM17.00
10) Soal Jawab Isu-Isu Mencabar Dalam Islam, RM23.00
11) Taqwa, RM17.00
12) Akhlak Bermuamalat, RM13.00
13) Tundukkan Hati, RM15.00
14) Bertemu Janji Allah (Bahagian 2), RM17.00
15) Muhammad SAW Insan Teladan Sepanjang Zaman, RM27.00
16) Kemuncup Dalam Perjuangan, RM17.00

Tuesday, October 26, 2010

Kitab Fikah Mazhab Syaf'ie - Fiqhul Manhaji (Jilid 1-8)

Fiqhul Manhaji
Penulis: Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji
Penterjemah: Ustaz Ridzuan Bin Hashim, Ustaz Juanda Bin Jaya, Ustaz Azizi Bin Ismail, Ustaz Mohd Asri Bin Hashim, Ustaz Salehan Bin Ayub
Penerbit: Pustaka Salam Sdn Bhd
Harga 1 set: RM156.00

Jilid 1 (Bersuci & Sembahyang)

Jilid 2 (Zakat, Puasa, Haji Dan Umrah)

Jilid 3 (Sumpah, Nazar, Perburuan Dan Sembelihan, Aqiqah, Makanan Dan Minuman, Pakaian Dan Perhiasan, Kafarah)

Jilid 4 (Undang-Undang Kekeluargaan (Nikah, Talak, Nafkah, Penjagaan Anak-Anak, Penyusuan, Menentukan Keturunan, Anak Buangan))

Jilid 5 (Wakaf, Wasiat, Faraid)

Jilid 6 (Jual Beli,Jual Beli Salam,Riba,Pertukaran Matawang,Hutang, Anugerah,Kontrak Sewa,Saguhati,Rundingan, Pemindahan Hutang)

Jilid 7 (Syuf'ah, Pajak, Pinjaman, Syarikat, Pelaburan, Simpanan, Penemuan, Gadaian, Jaminan, Perwakilan, Paksaan, Rampasan

Jilid 8 (Jenayah,Hudud,Jihad, Al-Futuwwah,Hiburan, Kehakiman,Dakwaan, Bukti,Saksi,Pembahagian, Pengakuan,Halangan, Pemerintahan)

Monday, October 25, 2010

Koleksi Buku Tentang Tuan Guru Nik Aziz

1) Kezuhudan Umar Abdul Aziz, Kesederhanaan Nik Abdul Aziz
Penulis: Wan Ji Wan Hussin
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM19.00

2) Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penulis: Annual Bakri Haron & Abdul Shukur Haron
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

3) Saat Cinta Bertasbih: Tribut Untuk Tuan Guru
Penulis: Riduan Mohamad Nor, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, Rossem
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM20.00

Sunday, October 24, 2010

Rahsia Bisnes Rasulullah

Rahsia Bisnes Rasulullah
Penulis: Prof. Dr Laode M Kamaluddin (Pakar Ekonomi Antarabangsa & CEO Syarikat Global Eco Rescue Ltd)
Terbitan: Alam Raya Enterprise
Harga: RM24.00

KANDUNGAN

Bahagian Pertama: Rahsia Bisnes Rasulullah
- Rahsia Bisnes Pertama: Menjadikan Bekerja Sebagai Ladang Menjemput Syurga
- Rahsia Bisnes Kedua: Dalam Dunia Bisnes Kejujuran Dan Kepercayaan Tak Boleh Ditawar Sama Sekali
- Rahsia Bisnes Ketiga: Bukan Hanya Boleh Mimpi, Tapi Harus Mampu Mewujudkan Mimpi Itu
- Rahsia Bisnes Keempat: Berfikir Visioner, Kreatif, Dan Siap Menghadapi Perubahan
- Rahsia Bisnes Kelima: Rasulullah Memiliki Planning Dan Goal Setting Yang Jelas
- Rahsia Bisnes Keenam: Pintar Mempromosikan Diri
- Rahsia Bisnes Ketujuh: Membayar Gaji Pekerja Sebelum Kering Keringatnya
- Rahsia Bisnes Kelapan: Mengetahui Rumus 'Bekerja Dengan Cerdas'
- Rahsia Bisnes Kesembilan: Mengutamakan Sinergisme
- Rahsia Bisnes Kesepuluh: Berbisnes Dengan Cinta
- Rahsia Bisnes Kesebelas: Pandai Bersyukur Dan Mengucapkan Terima Kasih
- Rahsia Bisnes Keduabelas: Be The Best! Menjadi Manusia Paling Bermanfaat
- Penutup Sekaligus Pengantar Buku Ketiga: Sekali Lagi Tentang Trusty Atau Amanah

Bahagian Kedua: Kapsul-Kapsul 'Motivasi Bisnes' Dari Rasulullah

Saturday, October 23, 2010

Kumpulan Kisah Jenaka Juha

Kumpulan Kisah Jenaka Juha
Terbitan: Sarjana Media
Harga: RM35.00 (kulit biasa), RM45.00 (kulit keras)

Juha terkenal sebagai seorang yang pintar, alim, bijak bersyair, dihormati masyarakat dan juga oleh pemerintah walaupun dia tidaklah memegang sebarang jawatan di dalam kerajaan. Kisah-kisah Juha yang lucu ini tetap mempunyai nilai-nilai mulia untuk dipersembahkan kepada semua pembaca. Kisah-kisahnya jenaka teladan ini juga dirombak semula berdasarkan kisah asal bertujuan untuk lebih memuliakan tokoh ini.

Koleksi Kisah Bacaan Kanak-Kanak

1) Himpunan Kisah Teladan Paling Popular - RM35.00 (kulit biasa), RM45.00 (kulit keras)
2) Kisah 25 Rasul Untuk Adik-Adik - RM39.00 (kulit biasa), RM49.00 (kulit keras)
3) Kisah Daripada Al-Quran Untuk Anak-Anak - RM35.00 (kulit biasa), RM45.00 (kulit keras)
4) Kisah Nabi Muhammad Untuk Anakku Sayang - RM39.00 (kulit biasa), RM49.00 (kulit keras)
5) Kisah Wanita Di Dalam Al-Quran - RM39.00 (kulit biasa), RM49.00 (kulit keras)
6) 10 Sahabat Syurga - RM35.00 (kulit biasa), RM45.00 (kulit keras)

Terbitan: Sarjana Media

Friday, October 22, 2010

Koleksi Novel Taufiqurrahman al-Azizy

1) Daun Pun Berzikir - RM18.00
2) Jangan Biarkan Surau Ini Roboh - RM17.50
3) Munajat Cinta 1 - RM17.00
4) Munajat Cinta 2 - RM16.00
5) Syahadat Cinta - RM31.90
6) Musafir Cinta - RM18.00
7) Makrifat Cinta - RM22.00

Thursday, October 21, 2010

Life Making: Menjadi Aktivis Kreatif

Life Making: Menjadi Aktivis Kreatif
Penulis: Muhammad Ahmad ar-Rasyid
Terbitan: Robbani Press
Harga: RM20.00

Harus diakui, kerja dakwah masih dianggap asing oleh banyak orang. Umum sering beranggapan bahawa tugas dakwah hanya digalas oleh ustaz, kiai atau ulama. Namun cabaran dakwah kita tak hanya bersifat internal, tapi juga eksternal.

Kondisi ini menuntut para da'i dan aktivis Islam agar makin kreatif dalam merumuskan kembali khitah (langkah dan strategi), sehingga kehidupan berpihak padanya. "Hanya saja harus diingat, bahawa kehidupan itu dimiliki oleh orang yang menciptakannya!" Demikian pesan Muhammad Ahmad ar-Rasyid, di salah satu bahagian bukunya ini.

Dengan didukung oleh kepiawaiannya bertutur dan gagasannya yang hebat, penulis cuba menjaring seluruh kekuatan dan profesi keahlian manusia untuk "mencipta kehidupan" ini. Kerana dari sanalah akan terbentang pintu-pintu kebaikan yang berlimpah.

Wednesday, October 20, 2010

Koleksi Nasyid Animasi Ana Muslim

1) Nasyid Animasi Ana Muslim: Intisari Daripada Al-Quran
Harga: RM19.90

2) Nasyid Animasi Ana Muslim: Mari Berdoa
Harga: RM19.90

Tuesday, October 19, 2010

Didik Anak Gaya Rasulullah

Didik Anak Gaya Rasulullah
Penulis: Prof. Dr. Huzaemah
Terbitan: PTS
Harga: RM29.90

Anak-anak pada hari ini kelak menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka memang tumpuan harapan generasi tua. Syariat Islam menaruh perhatian yang besar pada mereka. Ajaran Islam banyak mengupas dan membahas mengenai anak-anak.

Dalam syariat Islam, kita menemukan pelbagai hukum berkenaan hak dan kewajipan anak dan hukum-hukum lain yang bersangkutan. Dalam syariat Islam, ada ketetapan mengenai hukum kanak-kanak bukan sahaja sejak dia lahir ke dunia, bahkan sejak anak itu berada di dalam kandungan ibunya, sehingga dia remaja dan seterusnya dewasa. Semua hukum itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang sempurna, lahir dan batin. Ia juga menjaga setiap individu daripada gangguan orang lain.

Dengan semua hukum ataupun peraturan yang ada sangkut pautnya dengan anak-anak, terkandung penetapan prinsip-prinsip dasar pendidikan yang penting. Melaluinya, para pendidik dapat memahami apakah tugas yang perlu mereka laksanakan demi kebaikan kanak-kanak. Alangkah baiknya apabila setiap orang yang bekerjaya sebagai pendidik mampu melaksanakan tugasnya sesuai dengan hukum-hukum pendidikan yang digariskan dalam Islam dan prinsip-prinsip pendidikan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad.

Ketentuan hukum-hukum yang berkenaan dengan anak-anak adalah peringatan bagi para pengasuh dan pendidik akan kepentingan memperhatikan anak-anak sejak lahir dan segala perkembangannya. Dengan demikian, hak anak terlindung dan dia membesar sebagai manusia yang sihat dan kuat daripada segi jasmani dan rohani.

Antara persoalan yang berkenaan dengan anak-anak yang diatur dalam syariat Islam adalah hal aqiqah, menyusu dan memelihara anak, memberikan nafkah kepada anak, hukum dalam hal ibadah, hukum dalam bermuamalah, pernikahan anak di bawah umur, talak, kesaksian dan kewaliannya.

Bagi menjelaskan semua hal itu, buku ini ditulis bagi dijadikan panduan untuk setiap orang Islam dalam mengasuh dan mendidik anak. Buku ini mengandungi hukum-hukum yang berkenaan dengan aktiviti anak. Ia memuatkan pelbagai kepentingan dalam kehidupan kita secara khusus dan umum serta mengandungi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat. Ia adalah kajian yang menyentuh kehidupan anak-anak dan cara mengurusnya dalam pelbagai aspek. Dengan demikian, anak-anak mendapat hak-haknya secara benar, baik berkenaan dengan hak pengasuhan, mahupun penjagaan dan pendidikan.

Perbahasan dalam buku ini adalah berdasarkan Quran dan hadis serta didukung oleh kitab-kitab utama terdahulu dalam empat mazhab khususnya dan kitab-kitab klasik yang lain.

Monday, October 18, 2010

Bersama Kereta Dakwah

Bersama Kereta Dakwah
Penulis: Dr. Adil Abdullah al-Laili asy-Syuwaikh
Terbitan: Robbani Press
Harga: RM64.00

Sunday, October 17, 2010

Hari-hari Dalam Hidupku

Hari-hari Dalam Hidupku
Penulis: Zainab Al-Ghazali
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM14.50

Kisah benar pengalaman dan pengorbanan seorang wanita demi Islam yang diseksa di dalam penjara tentera semasa pemerintahan Jamal Abdul Naseer di Mesir

Saturday, October 16, 2010

Koleksi Buku Dr. Ahmad Farid

1) Olahraga Hati - RM25.00
2) Tamasya Hati - RM17.00
3) Gizi Hati - RM22.00

*Kesemua buku di atas dalam Bahasa Indonesia.