Monday, December 17, 2012

Mukjizat Kesembuhan Dalam Jintan Hitam, Madu & Air

Mukjizat Kesembuhan Dalam Jintan Hitam, Madu & Air
Penulis: Muhammad Izat Tahir, Dr Sayyid Al-Jamili
Terbitan: Ibnu Katsir
Harga: RM12.00
 
Mengandungi lebih daripada 300 tip kesihatan dan cara merawat pelbagai penyakit.

Thursday, December 13, 2012

Amru Al-As

Amru Al-As Pembuka Mesir
Penulis: Al-Ghazali
Terbitan: PTS
Harga: RM22.00

AMRU al-As adalah seorang lelaki Quraisy daripada keturunan Bani Sahm. Bapanya, al-As bin Wail seorang ahli perniagaan yang tersohor dan kaya-raya di kota Mekah. Beliau diasuh berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak dari usia kecil lagi. Perniagaan keluarganya sangat berjaya hingga membawanya berdagang jauh ke negeri Mesir. 

Dilahirkan dalam keluarga berstatus bangsawan Quraisy, Amru dikurniakan akal yang cerdas sehingga menjadikannya salah seorang daripada pemidato dan juga diplomat Quraisy yang hebat dan pintar. 

Nama Amru terus mengharum selepas peristiwa pembukaan kota Mekah atau dikenali juga sebagai 'Fathu Makkah'. Nabi Muhammad mengamanahkan kepadanya menghapuskan berhala besar yang disembah oleh penduduk Bani Huzail di Rahadh. Bermula dari hari itu, Amru terus menerima kepercayaan baginda. Dek kerana kebijaksanaan Amru, baginda menghantarnya sebagai wakil dakwah kepada raja Oman dua bersaudara iaitu Raja Abbad dan Raja Jaifar. 

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Amru terus mendapat kepercayaan daripada Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Amru diarahkan menggempur golongan murtad daripada Bani Qudha’ah dan Bani Wadi’ah. Kejayaan demi kejayaan yang diraih menjadi bukti ketokohan Amru di medan perang. Beliau dihantar sebagai panglima salah sebuah daripada empat pasukan tentera bagi membebaskan wilayah utara semenanjung tanah Arab daripada cengkaman Empayar Byzantine yang zalim.

The Power of Now

The Power of Now
Penulis: Eckhart Tolle
Terbitan: PTS
Harga: RM22.00

- Menikmati Saat 

Sekarang Jangan terperangkap dalam kenangan silam dan jangan terlalu risau tentang masa hadapan. Hiduplah dan nikmatilah saat sekarang. Terkenangkan masa silam, kita lemas. Terfikirkan masa depan, kita cemas. Bukankah hari ini adalah emas? Marilah menikmati kehidupan kita pada saat ini. Ya, nikmatilah saat ini.

- Memanfaatkan Hidup 

Semalam adalah pengalaman, hari ini adalah kehidupan, dan esok adalah perancangan. Konon-kononnya masih dihantui pengalaman silam, hidup derita siang dan malam. Konon-kononnya sibuk merancang masa depan, terasa diri tiada harapan. Akhirnya, kita lupa betapa indahnya saat ini, betapa bermaknanya hari ini. Mari manfaatkan hidup ini.

Kuasa Kepimpinan 4E

Kuasa Kepimpinan 4E
Penulis: Jeffrey A. Krames
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Jack Welch hanya mengambil pekerja yang hebat untuk bekerja bersama-sama beliau. Dengan kepimpinan beliau, Jack Welch dan pasukannya yang mantap mampu mengubah syarikat General Electric (GE) daripada sebuah syarikat yang sedang merudum teruk menjadi syarikat yang terbaik di dunia. 

Model Kepimpinan 4E sangat berpengaruh. Model ini mencetuskan kontroversi dan menerima tentangan pada peringkat awal pelaksanaan. Jack Welch memecat ramai pengurus yang berfikiran sempit dan menggantikan mereka dengan individu yang bersedia membaca kehendak pelanggan dan pasaran. Beliau juga menjual lebih 100 bisnes yang tidak sejajar dengan visi GE dan memberhentikan lebih 100,000 orang pekerja. Tiga tahun selepas penyusunan semula yang menyakitkan ini, GE berubah sepenuhnya menjadi syarikat yang hebat. 

Model ini digunakan oleh Jack Welch bagi memilih dan melatih pekerjanya menjadi aset terbaik dalam syarikat. Model ini terbukti berkesan dapat menjimatkan kos, menguntungkan syarikat, dan melahirkan pekerja serta pemimpin hebat.

Kujemput Jodohku

Kujemput Jodohku
Penulis: Fadhlan Al-Ikhwani
Terbitan: PTS
Harga: RM11.50
 
Cinta tidak berbalas? Situasi itu memang dapat membuatkan hati menderita, pedih, lagi memeritkan. Asyik diratapi dan disesali, namun di manakah penghujungnya? Sekarang, sudah sampai masanya untuk kita bangkit kembali. 

Kujemput Jodohku dapat membantu para pencinta mencipta mimpi indah supaya menjadi nyata. Membuang kenangan lalu ternyata bukan mudah, namun tidak juga mustahil! Jemputlah 'jodoh sebenar' yang menanti dengan hati yang lapang dan jiwa yang bahagia. Gali potensi diri dan hadiri majlis mereka yang meninggalkan dirimu itu dengan ucapan, “Barakallahu laka.... Semoga keberkatan daripada Allah melimpahi kalian berdua.”

Sebulan Membentuk Anak Idaman

Sebulan Membentuk Anak Idaman
Penulis: Abdullah Muhammad Abdul Mu'thi
Terbitan: Mumtaza
Harga: RM17.00

Buku ini mengajak anda bagaimana dalam waktu satu bulan sahaja, anda boleh mendapatkan:

- Trik-trik kreatif yang akan menjadikan anda sebagai sosok orangtua yang senantiasa kehadirannya dinantikan.

- Perubahan drastik pada karakter anak menjadi lebih soleh.

- Bagaimana mengadakan dialog dari hati ke hati, untuk lebih mengetahui segala keinginan dan harapan mereka.

- Cara-cara indah menghadirkan kejutan yang membuat anak anda takkan pernah melupakannya di sepanjang hidupnya.

Gua Ikut Enta

Gua Ikut Enta
Penulis: Riduan Mohamad Nor
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM20.00
 
"Perintah dunia kita, jika orang Jepun masuk Islam. Sifat-sifat terpuji Islam direngkuh oleh mereka,” ujar aku perlahan. Teman pemandu bercerita tentang kehidupan rakyat Malaysia di Negara itu. Budaya persaingan, juga sisi hitam putih rakyat Jepun. Ada wilayah hitam yang tidak diterobos oleh media.

Engkau tahu kawan tentang dunia gelap Yakuza? Manusia berdarah dingin yang siap membunuh dengan punting rokok yang tidak terlepas di bibir. Juga geisha yang menggiurkan pesona seorang lelaki. Juga kisah manusia yang dengan mudah menjunamkan diri dari bangunan pencakar langit dengan masalah yang remeh temeh. Bumi Sakura paling ramai bilangan yang membunuh diri. Islam perlu disampaikan kepada mereka.

Fadzil Noor: Dia Guru Dia Kawan

Fadzil Noor: Dia Guru Dia Kawan
Penulis: Subky Abdul Latif
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM20.00

FADZIL NOOR, dia guru, dia kawan; adalah satu catitan ringkas, satu pandangan peribadi dan satu ingatan semula mengenai Fadzil Noor sebagai kawan dan yang boleh dianggap guru. Buku ini bukan satu sejarahnya, bukan biografinya, bukan ajaran dan pemikirannya, tetapi adalah satu kumpulan pengalaman bagi mengenali beliau secara umum sepintas lalu.

Biar sejarahnya dirakam oleh para sejarawan, ajaran dan pemikirannya dikaji dan dianalisis oleh para propagandis zaman dan orang-orang yang lebih dekat dengannya. Moga–moga para pengkaji dan peminatnya dapat memanfaatkan catatan ini sebagai persiapan awal untuk menghasilkan rakaman khazanah peninggalannya yang lebih besar dan bernilai.

 Paling penting di sini ialah Ustaz Fadzil Noor mesti dikenali oleh orang-orang yang hidup sezaman dengannya dan mereka yang tahu nama tetapi tidak sempat mendekatinya serta belum dilahirkan semasa beliau pergi dulu. Menerusi buku ini generasi terkemudian akan mengetahui kehadiran seorang putera besar di dunia yang bernama Fadzil Mohd. Noor.

Mohammed Morsi: Khilafah Islam Kembali, Bermula di Bumi Kinanah (Mesir)

Mohammed Morsi: Khilafah Islam Kembali, Bermula di Bumi Kinanah (Mesir)
Penulis: Zainudin Hashim
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM25.00

Prof. Dr. Mohammed Morsi adalah salah seorang hamba Allah SWT yang dikehendaki-Nya untuk menjadi khalifah (pemimpin) di bumi Kinanah (Mesir). Beliau berusaha untuk menghadirkan kembali etika dan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. yang dirindui oleh penduduk negeri Kinanah (Mesir) bahkan seluruh umat Islam di zaman milenium ini. Beliau diharapkan oleh kaum Muslimin untuk menzahirkan firman Allah SWT yang berbunyi, “Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar dan mereka meyakini ayat-ayat Kami.” [ Surah as-Sajadah : 24]

Buku ini mengulas perihal keperibadian Mohammed Morsi juga sinar Khilafah Islam yang akan kembali gemilang.

Menyimak Kicau Merajut Makna

Menyimak Kicau Merajut Makna
Penulis: Salim A. Fillah
Terbitan: Pro-U Media
Harga: RM40.00
 
Kumpula Tweet dari Akaun @salimafillah

Sungguh kumpulan kicauan @salimafillah Menyimak Kicau Merajut Makna ini adalah sekadar yang tercatat untuk direnungi. Terutama oleh pengicaunya. Dan jika Shalihin dan Shalihat pembaca berkenan membersamai muhasabahnya, alangkah bahagia dalam syukur hati kami ini.

Wednesday, November 28, 2012

Majalah Al-Ustaz Isu No.8 - Walimah, Antara Tuntutan Adat & Tuntutan Syariat

Majalah Al-Ustaz Isu No.8 - Walimah, Antara Tuntutan Adat & Tuntutan Syariat
Terbitan:Telaga Biru
Harga: RM9.00

Monday, November 26, 2012

Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah; Merungkai Kontroversi, Menyingkap Realiti

Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah; Merungkai Kontroversi, Menyingkap Realiti
Penulis: Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Perpecahan umat Islam berlaku sejak lebih 700 tahun yang lampau. Ahli Sunnah Waljamaah, Syiah, Khawarij dan sebagainya muncul pada zaman itu. Semuanya didakwa berpunca daripada kelemahan pemerintahan Khalifah Uthman berbanding Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar yang menyebabkan beliau dibunuh. Perlantikan Saidina Ali sebagai khalifah bertambah kritikal apabila berlaku konflik antara pengikut Saidina Ali dengan pengikut Muawwiyah dan diikuti perang antara kedua belah pihak dan perang dengan Saidatina Aishah. Pertelingkahan antara sahabat turut mengheret umat Islam dalam pertelingkahan pandangan pada zaman ini.

Perang Arab Israel: Selagi Belum Kiamat

Perang Arab Israel: Selagi Belum Kiamat
Penulis: Sabaruddin Hussein
Terbitan: PTS
Harga: RM17.00

Buku ini mendedahkan: 
- Faktor kekuatan tentera Israel yang memenangi Perang Arab-Israel 1947-1948,Perang Suez 1956, dan Perang Enam Hari 1967, Perang Yom Kippur 1973 
- Faktor kelemahan tentera gabungan Arab yang mendorong kekalahan kepada Israel. 
- Strategi yang digunakan oleh kedua-dua pihak. 
- Perjanjian Camp David: Sebab dan kesan ke atas Palestine dan Negara-Negara Arab di sekitarnya. 
- Konflik Israel-Lubnan (1978-2006): Harapan buat Negara-Negara Islam? 
- Palestine: Kesengsaraan, bantuan Luar dan harapan masa depan.

Panduan Solat Masbuq

Panduan Solat Masbuq: Solat Bagi Yang Tertinggal
Penulis: Dr Ahmad al-Suhaimi
Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir
Harga: RM10.00
Buku ini menjelaskan berbagai hukum yang berkaitan dengan sifat solat Masbuq (orang yang tertinggal melaksanakan solat berjemaah).

Harun Ar-Rasyid: Amir Para Khilafah & Raja Teragung Di Dunia

Harun Ar-Rasyid: Amir Para Khilafah & Raja Teragung Di Dunia
Penulis: Dr Syauqi Abu Khalil
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Harga: RM42.00

Buku ini menceritakan sejarah Harun Ar-Rasyid sosok khalifah muslim yang komited dengan keislamannya, raja teragung dari dinasti Abbasiyah, di mana kerajaannya telah mencapai kegemilangan yang tiada tara dan tidak tertandingi, baik oleh raja-raja sebelumnya dan selepasnya.

Tuesday, November 20, 2012

Hidayatus Salikin


Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin
Penulis: Syeikh Abdus Shamad Al-Falimbani
Terbitan: Khazanah Banjariah
Harga: RM35.00

Mari Belajar Sembahyang - Tertib Sembahyang


Mari Belajar Sembahyang - Tertib Sembahyang
Terbitan: NSR
Harga: RM12.90
VCD ini mengajar cara-cara untuk mengambil wuduk dan solat yang betul, sepertimana yang diajar oleh Rasulullah SAW dan menjadi medium untuk pembentukan anak yang soleh.
VCD ini patut dimiliki setiap keluarga dalam membantu dan membimbing anak mereka menjadi anak yang soleh dan diredhai Allah SWT.

Wednesday, November 14, 2012

Ceramah-Ceramah Jum'at Hasan Al-Banna


Ceramah-Ceramah Jum'at Hasan Al-Banna
Penulis: Ishom Talimat
Terbitan: Robbani Press
Harga: RM50.00
  
Buku ini merupakan kumpulan makalah ringkas beliau yang pernah dimuat di harian Al-Ikhwan Al-Muslimun (1947-1948). Buku ini hadir kepada umat Islam bagi memberikan pemahaman mendalam tentan agama dan segala rahsianya. Di dalam buku ini terdapat perasaan yang berkobar, yang boleh menggerakkan hati dan mempengaruhi keteguhan jiwanya.

Mukaddimah Ibnu Khaldun


Mukaddimah
Penulis: Ibnu Khaldun
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Harga: RM145.00
Tak banyak tokoh yang memiliki penguasaan ilmu pengetahuan multidisipliner seperti Ibnu Khaldun. Buku Mukaddimah ini menjadi bukti terpenting betapa piawainya Ibnu Khaldun dalam berbagai lapangan ilmu pengetahuan. Keahliannya dalam sosiologi, filsafat, ekonomi, politik dan budaya tampak jelas dalam buku ini. Pada saat yang sama, Ibnu Khaldun juga tampak sangat menguasai ilmu-ilmu keislaman, saat menghuraikan tentang ilmu hadith, fiqh, usul fiqh dan lainnya.

Fiqh Keutamaan (Fiqh Al-Awlawiyyat)


Fiqh Keutamaan (Fiqh Al-Awlawiyyat)
Penulis: Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Terbitan: Thinker's Library
Harga: RM24.00
Satu kajian baru dari perspektif Al-Quran dan As-Sunnah, keutamaan tugas-tugas kaum muslimin

Kamu, Apa yang Kamu Makan


Kamu, Apa yang Kamu Makan
Penulis: Ann Wan Seng
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM18.00

Pemakanan merupakan salah satu aspek yang sangat diberikan penekanan oleh Islam. Umat Islam bukan sahaja diminta memakan makanan yang halal iaitu yang suci dan bersih tetapi juga toyyiban yakni makanan yang baik, selamat serta memberikan manfaat kepada tubuh dan kesihatan. Selain itu, aspek pemakanan juga mempunyai kaitan yang rapat dengan amalan keagamaan dan amal ibadat yang dilakukan. Bagi mencapai kesempurnaan dan tahap tertinggi dalam ibadat, roh perlu dalam keadaan yang bersih. Untuk membersihkan roh, seseorang perlu membersihkan hatinya. Untuk membersihkan hati pula, seseorang harus memastikan makanan yang dimakan adalah bersih dan datang daripada sumber yang halal. 

Menyedari betapa pentingnya aspek ini dalam kehidupan umat Islam dan manusia secara umumnya, buku ini memberikan perhatian khusus untuk memberikan panduan mengenai pemakanan berasaskan sunnah Nabi dan tuntutan ajaran Islam. Sesungguhnya sebaik-baik contoh tauladan ialah baginda Rasulullah . Setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan cara hidup baginda mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Semoga dengan memiliki buku ini akan memberikan kesedaran kepada kita dalam menjaga pemakanan seharian kerana ia melibatkan bukan sahaja aspek kesihatan malah keagamaan.

Tuesday, November 13, 2012

Education Games


Education Games
Penulis: Kak Andang Ismail
Terbitan: Pro-U Media
Harga: RM28.00
Anak-anak terlahir untuk menyukai permainan. Mereka begitu riang bermain-main; mencari kesenangan, menjelajahi setiap mainan yang diberikan. Setiap benda bagi anak adalah sumber inspirasi untuk berkreasi. Anak terus bergerak untuk bermain, bahkan ketika ia masih bayi.
Buku ini mengulas secara detail keberagaman permainan bagi anak. Permainan yang diulas permainan yang akan bermanfaat bagi anak, baik secara kognitif, afektif, mahupun psikomotik. Bahkan tidak hanya aspek keduniaan, di dalamnya penulis juga menanamkan secara dini muatan keagamaan kepada anak sesuai perkembangan usianya.

Para orangtua, pendidik atau pemerhati anak melalui buku ini diajak untuk memerhatikan:
- Manfaat bermain pada anak
-Enam aspek perkembangan bermain anak
- Kiat memilihkan permainan bagi anak
- Mengenalkan Permainan Edukatif pada anak
- Arti pendampingan keluarga ketika anak bermain

Buku ini tidak sekadar sebuah teoretis, tapi juga rangkaian ilmu aplikatif yang pernah disampaikan penulis di berbagai daerah di tanah air. Dengan demikian, anak yang cerdas, kreatif, dan saleh bukan lagi sebuah impian bagi setiap orangtua dan pendidik.

Monday, November 12, 2012

Keajaiban & Keistimewaan Al-Qur'an (Fadha'il Al-Qur'an)


Keajaiban & Keistimewaan Al-Qur'an (Fadha'il Al-Qur'an)
Penulis: Ibnu Katsir
Tahqiq & Takhrij: Abu Ishaq
Terbitan: Pustaka Azza
Harga: RM73.00

Kehadiran dan manfaat Al Quran tidak hanya dirasakan bagi mereka yang beriman, namun orang yang tidak beriman pun akan mendapatkan petunjuk dari hanya membacanya saja. Tidak sedikit kita mendengar para muallaf yang masuk Islam karena membaca, mempelajari dan merenunginya, kerana Al Quran bukanlah kitab biasa melainkan nasihat dan pelajaran dari Sang Pencipta. 

Dalam buku ini dipaparkan keaslian Al Quran sebagai kitab suci yang benar-benar turun dari langit, yang merupakan wahyu dan kalam ilahi, serta bukan kitab karangan Nabi Muhammad atau produk budaya masyarakat Arab

Mari Belajar Sembahyang - Tertib Wuduk


Mari Belajar Sembahyang - Tertib Wuduk
Terbitan: NSR
Harga: RM12.90
VCD ini mengajar cara-cara untuk mengambil wuduk dan solat yang betul, sepertimana yang diajar oleh Rasulullah SAW dan menjadi medium untuk pembentukan anak yang soleh.
VCD ini patut dimiliki setiap keluarga dalam membantu dan membimbing anak mereka menjadi anak yang soleh dan diredhai Allah SWT.

Sunday, November 11, 2012

Islam: Fikrah, Harakah, Daulah


Islam: Fikrah, Harakah, Daulah
Penulis: Haji Abdul Hadi Awang
Terbitan: Dewan Pustaka Fajar
Harga: RM26.00