Sunday, April 18, 2010

Mengapa Saya Keluar Dari Syiah

Mengapa Saya Keluar Dari Syiah
Penulis: Sayyid Husain al-Musawi
Terbitan: Pustaka al-Kautsar
Harga: RM19.00

Buku ini adalah berkenaan dengan Sayid Hussain al-Musawi seorang mujtahid dari aliran Syiah yang kemudiannya mengumumkan secara terbuka bahawa beliau bertaubat dari aliran sesat ar-Rafidhah ini dan beliau mendetailkan bukti-bukti kesesatan Syi'ah yang diambil dari kitab-kitab muktabar mereka sendiri.

Selama masa beliau mendalami kitab-kitab Syi'ah ketika pengajian beliau selalu menjadi bingung dengan percanggahan yang begitu banyak terdapat dalam kitab-kitab muktabar ajaran Syi'ah. Tapi beliau cuba menyedapkan hati beliau dengan menyatakan kepada diri beliau sendiri sebagai seorang yang buruk pemahaman dan sedikit ilmu. Semakin mendalam pengajian beliau semakin banyak permasalahan timbul dan semakin bergelora perang batin dalam jiwa beliau.

Setelah lama merenung keadaan ini maka beliau mengambil keputusan untuk melakukan kajian yang komprehensif. Beliau membaca sebanyak mungkin referensi pegangan serta kitab-kitab Syi'ah. Segala kebingungan atau percanggahan beliau tuliskan dalam lembaran-lembaran kertas dan beliau simpan semoga pada suatu hari Allah menetapkan satu keputusan.

Peristiwa al-Allamah Sayid Musa al-Musawi
dan Sayid Ahmad al-Katib dua tokoh besar Syi'ah yang bertaubat dan kembali kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah seolah-olah menjadi petunjuk bagi beliau bahawa masanya juga sudah tiba untuk beliau mengisytihar keluar dari fahaman yang sesat ini. Beliau berpendapat kini giliran beliau sudah tiba untuk menyatakan kebenaran untuk menyelamatkan rakan-rakan beliau yang telah tertipu. Bagi beliau sebagai seorang ulama adalah tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kebenaran walaupun ianya sungguh pahit untuk ditelan.

Maka Sayid Hussain al-Musawi pun mengarang sebuah buku yang membongkar kesesatan-kesesatan Syi'ah. Yang menariknya tentang buku ini adalah beliau menggunakan sumber Syi'ah sendiri untuk membongkarkan konspirasi musuh-musih Islam untuk melemahkan Islaam dari dalam seperti musuh dalam selimut.

No comments:

Post a Comment