Thursday, June 24, 2010

Cinta & Rona Kinanah

Cinta & Rona Kinanah
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM19.90

'Cinta & Rona Kinanah' menghimpunkan 16 buah cerpen dan 10 buah puisi Islamik yang dinukilkan oleh 15 orang penulis yang berlatarbelakangkan Pendidikan Islam dari Universiti Al-Azhar As-Syarif di Mesir dan Universiti Mu'tah serta Universiti Jordan di Jordan.

Antologi cerpen dan puisi ini adalah himpunan kisah perjuangan dalam menegakkan kebenaran, fahaman, prinsip dan ketegasan tanpa melupakan elemen kasih dan sayang yang sentiasa menjadi pelentur setiap ketegangan. Isu-isu harian seperti poligami, pergaulan di antara jantina dan sebagainya turut dikisahkan dengan baik dan berpaksi utuh pada syariat Islam.

"Karya mereka rata-rata intim dengan isu semasa dan antarabangsa, berlatarkan dalam dan luar negara, ketara terpelihara moralnya, sarat dengan dakwah menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, dan pastinya berdenyut selari dengan nafas islami. Antologi cerpen dan puisi ini adalah bukti kebangkitan para penulis berpendidikan Timur Tengah."

No comments:

Post a Comment