Thursday, November 18, 2010

Hadiah daripada Pengantin

Hadiah daripada Pengantin
Terbitan: PTS Islamika Sdn Bhd
Harga: RM3.00

Perkahwinan adalah fitrah manusia. Ia juga lambang kemajuan seorang dalam hidupnya. Justeru itu, mereka yang bakal memasuki gerbang perkahwinan, persiapan dibuat sebaik mungkin bagi melakar detik bersejarah ini dengan lebih bermakna. Tidak hairan dalam memberikan persembahan berbeza kepada tetamu, tuan rumah sanggup melakukan pelbagai perkara bagi menarik minat orang ramai. Tidak kurang juga yang sanggup berhabisan agar kelihatan lebih anggun.

Buku kecil Hadiah daripada Pengantin ini adalah buah tangan terbaik untuk dihadiahkan kepada tetamu. Tentu mereka yang mendapatbuku ini dapat mengambil manfaat daripadanya. Bayangkan ganjaran yang diperoleh oleh tuan rumah daripada pemberian buku ini. Berbeza dengan bunga telur atau gula-gula yang akan habis dimakan atau dibuang, buku ini kekal untuk tempoh yang lama. Selagi ia dibaca dan dimanfaatkan, ganjaran pahalanya akan tetap diperoleh oleh tuan rumah.

Buku ini mengandungi doa, tip dan panduan untuk menjalani hidup berumah tangga. Sama ada mereka yang belum berkahwin, akan berkahwin atau sudah lama berkahwin, buku ini pasti menjadi pedoman melayari bahtera perkahwinan.

No comments:

Post a Comment