Friday, December 10, 2010

Seindah Mawar Berduri

Seindah Mawar Berduri
Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
Harga: RM29.80

Cinta adalah sesuatu yang didambakan oleh manusia. Cinta yang murni berlandaskan ajaran agama membawa manusia ke arah kebahagiaan. Cinta yang berlandaskan nafsu pula boleh membawa manusia ke lorong kehancuran. Namun, cinta yang datang itu adalah anugerah Ilahi yang menguji keimanan manusia. Haruskah cinta itu ditolak takkala usia remaja yang diharungi menuntut tumpuan untuk mencicip madu ilmu yang akan menjadi bekalan untuk mencapai kehidupan yang sempurna di dunia dan di akhirat?

Khazinatul Azrar, seorang siswa jurusan Sains di sebuah universiti terdidik dalam landasan agama sejak kecil. Ketinggian sahsiah dirinya benar-benar memukau insan-insan yang berada di sekelilingnya. Tsabit, Mukhlisin, dan Asyraf, masing-masing mengimpikan cinta Khazinatul Azrar. Dengan kelebihan tesendiri, masing-masing berusaha memenangi hati gadis dambaan. Ibarat mawar berduri, cantik dipandang tetapi memiliki duri sebagai pelindung diri. Khazinatul Azrar tidak mudah tersirna dengan kilauan cinta berlandaskan nafsu. Baginya, cinta yang agung dan kudus hanyalah cinta kepada Allah. Namun adakah ada insan yang berjaya mencuri hatinya? Seindah Mawar Berduri menyingkap segala-galanya. "

5 comments:

  1. assalamualaikum..
    tumpang tanya.. ada tak cara pembayaran selain daripada maybank 2u dan cimb clicks ?

    ReplyDelete
  2. wsalam. boleh bank in kat ATM juga

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...ada lagi x novel ni???

    ReplyDelete
  4. salamalaiq, nak tanya.. novel ini masih ada stok lg x...??

    ReplyDelete