Friday, August 26, 2011

Islam dan Sekularisme

Islam dan Sekularisme
Penulis: Syed Muhammad Naquib Al-Attas
Harga: RM46.00

Islam dan Sekularisme, karya Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas ini adalah sebuah karya agung, sejagat atau universal, kerana seluruh isi kandungannya membincangkan dan menganalisa perkara-perkara paling asas dalam kebudayaan Barat dan agama Islam. Pendekatannya sekaligus ilmiah dengan hujjah yang kukuh dan dalil yang mengagumkan. Pendekatannya juga bersifat amaliah bila merencanakan perubahan kurikulum dan penubuhan institusi pengajian tinggi sebagai wahana paling strategis untuk mengembalikan kekuatan dan kemajuan umat Islam sedunia. Malah, bahagian lampiran yang meringkaskan tahap-tahap dan daya usaha pengislaman Alam Melayu mempunyai kaedah pengkajian yang dapat digunakan untuk memahami hakikat yang sama di daerah-daerah lain. Ciri-ciri yang terdapat pada karya ini secara langsung dapat difahami golongan Islam berpendidikan di seluruh dunia.

1 comment: