Sunday, January 22, 2012

Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna

Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna
Penulis: Mohammad Lili Nur Aulia
Terbitan: Alam Raya Enterprise
Harga: RM13.00

Persoalan mendidik (mentarbiyah) anak-anak, adalah isu asas dalam kehidupan keluarga / rumah tangga dan bermasyarakat. Kerana ianya amat penting dalam menjaga kesinambungan generasi manusia sepanjang kehidupan manusia itu sendiri, sampai hayat dunia ini berakhir. Baik buruknya generasi baru, bahkan juga generasi tua amat bergantung kepada sistem dan falsafah pendidikan yang dilaluinya, termasuk persekitaran di mana dia berada.

As-Syahid Hasan Al-Banna, sebagai pewaris Nabi dan ulama mujtahid penyambung tugas penyampai Risalah Islamiyah ini, telah mengamalkan semaksima mungkin bagaimana praktikal dan amalan mendidik anak-anak yang beliau telah lakukan sendiri.

Justeru keteladanan yang telah ditunjukkan dengan nyata di dalam kehidupan keluarganya, terutama dalam pendidikan iman, ilmu dan akhlak, memberikan inspirasi hebat dalam kehidupan jemaah, terutama pelapis-pelapis besar yang mewarisinya, para ulama, pemikir, da'ie dan cendikiawan dalam medan dan rangkaian dakwah, sepetutnya terus menjadi pengajaran dan iktibar berharga bagi generasi kini, ulama, pendakwah dan aktivis gerakan Islam, khasnya pendidik dan orang tua dalam menghadapi cabaran dan tribulasi mewariskan perjuangan Risalah yang mulia ini kepada generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment