Tuesday, February 7, 2012

At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Qur'an; Surah As Saff

At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Qur'an; Surah As Saff
Penulis: Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM10.00

Tuan Guru selain memimpin harakatul dakwah terbesar di negara ini, dengan segunung hambatan masa, berkejaran mengisi program, di sela-sela kesibukan itu juga sentiasa berbakti di ladang ilmu dengan berkhutbah, berkuliah, membentangkan kertas kerja, menyampaikan tazkirah dan pelbagai program berorientasikan ilmu. Gabungan di antara ilmu dan segudang pengalaman di medan amal islami, maka terbitlah karya ini bagi menambah koleksi maklumat dan suluhan ilmu kepada masyarakat Islam di negara ini.

Kitab tafsir ini mengandungi mutiara yg berharga sebagai bekalan di jalan dakwah, menjelaskan kapada kita tentang kewajipan amal jamaie sebagai jalan untuk meninggi dan memperkasakan agama islam. kitab ini juga menjelaskan tentang generasi al-quran dan para rasul yg dihadapkan dengan pertembungan iman dan kufur, hak dan batil. Islam yg diserukan mendapat hambatan dan kekangan namun perjuangan ini terus mendapat dokongan pencinta kebenaran. islam tidak mampu disirnakan oleh musuh Allah SWT walaupun pelbagai modus operandi yg mereka melakukan, cahaya Islam terus menerangi buana ini , menerjah kuping telinga manusia.

Terima kasih kepada semua warga kerja JUNDI yg sentiasa mendokong kerja penerbitan yg melelahkan ini, tidak lupa juga kepada pengarang kitab ini yg memberikan peluang kepada kami. Penerbit mengucapkan jutaan penghargaan kepda para pembaca yg sentiasa menunggu buku-buku terbitan kami, memberikan komentar yg menyalakan api semangat untuk kami terus menyuburi ladang dakwah yg luasnya tidak bertepi. Kami tidak pernah menutup hati dan telinga untuk menerima teguran daripada khayalak yg tulus untuk melihat pembaikan dalam buku-buku yang kami terbitkan. Selamat membaca kami ucapkan.

No comments:

Post a Comment