Sunday, June 24, 2012

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta
Penulis: Shamsuddin Abdul Kadir, Ain Muhammad
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Manusia bijak tidak akan pernah gagal merancang, walaupun perancangan mereka itu belum tentu berjaya. Begitu juga dalam aspek perhubungan. Bukan mudah mahu merancang perkahwinan yang penuh bahagia, sekiranya tidak dimulakan sejak dari awal jatuh cinta. Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta mampu mengelakkan bakal pengantin daripada terjebak dengan episod masalah kewangan yang berpanjangan, sebaik sahaja bergelar pasangan suami isteri. Malah mengelakkan pasangan daripada hanya menjadi raja untuk sehari, tetapi menjadi hamba untuk sepanjang hayat.

No comments:

Post a Comment