Saturday, July 21, 2012

Fikah Sakit Hati

Fikah Sakit Hati
Penulis: Muhammad Muhyidin
Terbitan: PTS
Harga: RM13.00

Dipukul, dihina, ataupun direndah-rendah, pasti terasa begitu sakit hati. Hina benarkah diri? Hebat benarkah si pencaci? Terasa ingin membalas. Terasa ingin memukul, menghina, dan membalas caci. Biar hati puas. Biar semua sama-sama sakit hati. Biar dia tahu bagaimana rasanya disakiti. Namun bolehkah kita membalas begitu? Patutkah kita berbuat begitu? Pentingkah membalas dendam, dan puaskah hati apabila dendam terbalas? 

Inilah buku Fikah Sakit Hati. Begitu unik, penting, dan tepat waktunya. Fikah Sakit Hati membicarakan bagaimana sebaiknya kita bersikap dengan si buruk perilaku. Fikah Sakit Hati bukan sahaja menjawab dengan bahasa yang ringan, dan terasa mengalir, bahkan kita mendapat maklumat-maklumat penting daripada al-Quran dan hadis. Melalui Fikah Sakit Hati, fahamlah kita cara membalas dendam yang Islami.

No comments:

Post a Comment