Wednesday, May 8, 2013

Pencuri Pilih Anjing


Pencuri Pilih Anjing 
Penulis: Ahmad Lutfi Othman 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM28.00 

 Saya sering teringat kata-kata Lutfi bahawa ancaman KDN tidak pernah melumpuhkan semangat dan kekentalan beliau, namun kegagalan ejen-ejen pengedaran bahan penerbitannya menjelaskan jutaan ringgit kutipan sedikit sebanyak berjaya melumpuhkan ketahanan beliau. Saya percaya Lutfi bukan menulis kerana wang namun ketiadaan wang mampu menjejaskan kekentalan penulis, hatta kepada penulis berjiwa waja seperti beliau. Sudah tentu kita bukan bercakap tentang pengumpulan harta daripada dunia penulisan sebaliknya berkaitan isu survival penulis seperti beliau, yang bertindak sebagai wartawan, editor sekali gus penerbit.

No comments:

Post a Comment