Thursday, October 10, 2013

Kitab Ilmu Perubatan Kesufian


Kitab Ilmu Perubatan Kesufian 
Penulis: Sheikh Hakim Moinuddin Chisti 
 Terbitan: Thinker’s Library 
 Harga: RM18.00 

 Rawatan Sufi adalah berdasarkan ajaran yang berhubungkait dengan kesihatan dan kesucian hati. Para kaum sufi seperti juga kaum muslimin yang lain mereka sentiasa melibatkan serta berinteraksi dengan masyarakat umum, dan sangat prihatin tentang kesihatan fizik mahupun spiritual umat Nabi Muhammad S.A.W. 

 Kaum sufi berpegang bahawa tiada penyakit yang tidak boleh diubati kecuali mati. Dengan itu, apa jua penyakit terlebih dahulu hendaklah dikesan punca datangnya penyakit itu. Dari sudut ini antara banyak perkara yang diberi tumpuan ialah amalan diet yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W. seperti kaedah penyediaan herba, rawatan menggunakan minyak, berpuasam berdoa dan sebagainya. 

 Pengarang buku ini telah berhasil menyusun buku ini berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab rawatan yang lain. Beliau telah mengarang banyak buku mengenai berbagai aspek perubatan. Beliau adalah bekas pakar penyelidik Fulbright Foundation yang berpusat di Amerika Syarikat. Dengan kepakaran yang sedia ada, beliau diberi latihan oleh Syeikh-ul Islam Nikmatullah Sha'rani Pengarah Syariah di Afghanistan juga oleh Pir Syed Daud Iqbali, seorang anggota Persatuan Perubatan Islam yang terkenal.

No comments:

Post a Comment