Thursday, October 16, 2014

Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara


Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara 
Penulis: Hasanuddin Yusof 
 Terbitan: Al-Hijrah Production 
 Harga: RM24.00 

 Masyarakat Islam di dunia lain begitu berbangga dengan sejarah pemimpin-pemimpin mereka yang soleh. Jika ditanya pada orang-orang Syiria tentang Sultan Nuriddin Al Zanki, pasti mereka akan mengenalinya dan mengetahui sejarah tentangnya. Begitu juga sejarah Sultan Muhammad Al Fateh bagi orang Turki, Maharaja Aurangzeb bagi orang India dan Sultan (Mansa) Musa bagi orang Mali. 

Masyarakat Islam di dunia yang lain amat memelihara sejarah sultan-sultan mereka yang soleh. Namun, perkara sedemikian tidak berlaku dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia khususnya. Ramai di kalangan orang-orang Melayu tidak mengetahui bahawa telah lahir ramai sultan yang soleh di wilayah-wilayah Nusantara ini. Malah nama-nama mereka juga tidak pernah didengar oleh kita. 

Karya ini merungkai sejarah tentang 24 orang sultan-sultan soleh yang pernah berkuasa memerintah kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara. Mereka telah menyumbangkan jasa yang tidak ternilai pada masyarakat Nusantara. Sebahagian daripada mereka menjadi pemangkin bagi penyebaran dakwah Islam. Sebahagian daripada mereka yang lain pula menjadi tonggak kekuatan dalam menangkis usaha jahat penjajah barat. Atas jasa-jasa mereka yang amat bernilai ini, akidah masyarakat Islam di Nusantara dapat dijaga sehingga ke hari ini walaupun wilayah Nusantara ini terjajah lebih 500 tahun.

No comments:

Post a Comment