Sunday, November 1, 2015

Ikhwah Pakai Jeans: Kerana Akhirnya Ikhwah Itu Seorang Lelaki


Ikhwah Pakai Jeans: Kerana Akhirnya Ikhwah Itu Seorang Lelaki 
 Penulis: Inche Gabbana 
 Terbitan: Hud Hud Media 
 Harga: RM25.00 

 Buku Ikhwah Pakai Jeans: Kerana Akhirnya Ikhwah Itu Seorang Lelaki atau nama singkatannya, IPJ, merupakan himpunan tulisan terpilih Inche gabbana menerusi blognya yang popular, Angel Pakai Gucci. Asal pembukuan tulisan-tulisan Inche gabbana ini adalah setelah melihat kurangnya buku-buku bekalan khusus buat para pendakwah Islam dalam kalangan lelaki. Namun dengan bahasa yang bersahaja dan selamba, buku ini telah berjaya menarik minat sesiapa sahaja dari peringkat umur yang berbeza untuk membacanya. 

 Buku ini juga diterbitkan dengan matlamat untuk menyebarluaskan mesej-mesej tarbiah dan dakwah agar ia dapat menembusi segmen masyarakat yang jarang-jarang ditembusi selama ini. Kerana itu bahasa dan gaya penulisan buku ini amat unik dan bersahaja (sempoi).

No comments:

Post a Comment