Wednesday, February 1, 2017

Mimpi Dan Kasyaf Di Dalam Islam


Mimpi Dan Kasyaf Di Dalam Islam 
 Penulis: Imran N. Hosein 
 Harga: RM35.00 

 'Mimpi di dalam Islam' adalah subjek yang terletak di dalam pengetahuan batin, dan ia menjadi semakin penting kepada orang-orang yang beriman dalam dunia hari ini yang menjadi bertambah fisik dengan proses sejarah yang semakin hampir kepada pengakhirannya. 

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Apabila saat (Hari Kiamat) telah hampir, mimpi orang beriman seingkali menjadi benar, dan mimpi orang beriman itu adalah satu daripada empat-puluh-enam bahagian kenabian". (Sahih, Bukhari) 

Salah satu daripada tanda-tanda akhir zaman (sebelum Hari kiamat) adalah ketiadaan ilmu (yang benar, iaitu Islam). Pengabaian yang meluas tentang subjek 'Mimpi' dan kedudukannya di dalam Islam, begitu juga dengan pengabaian subjek Larangan Riba di dalam Islam, adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa akhir zaman telah pun tiba! 

Epistemologi Sufi mengenalpasti bahawa ilmu berpunca daripada dua sumber - yang pertama adalah ilmu yang diproleh secara zahir, dan yang kedua diperoleh secara batin. Epistemologi Sufi yang diajar oleh Maulana Dr. Muhammad Fazlur Rahman Ansari (Rahimahullah) di Institut Pengajian Islam Aleemiyah di Karachi, Pakistan, adalah epistemologi yang diterima secara batin, dan kita dengan segera ingin memaklumkan kepada pembaca yang sabar bahawa buku ini adalah berdasarkan epistemologi itu.

No comments:

Post a Comment