Sunday, March 14, 2010

Siri Buku Delima Untuk Kanak-kanak

Siri Delima (1 set - 10 siri)
1) Ini Apa?
2) Lima Jari
3) Deria Saya
4) Nak Main Apa?
5) Helo
6) Cium Sekali
7) Tepuk-tepuk
8) Buat Apa Tu?
9) Au Cak!
10) Kok Kok Kok

Zainiah Mohamed Isa
Harga: RM9.90 setiap siri

Siri Delima sesuai dijadikan bahan bacaan bagi kanak-kanak pada peringkat umur 8 bulan sehingga 3 tahun. Siri ini bertujuan merangsang perkembangan kanak-kanak di samping mengeratkan lagi hubungan dan interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa atau pengasuhnya. Siri ini juga menyemai minat untuk membaca serta memperkenalkan kemahiran-kemahiran prabacaan yang penting.

- Sesuai dengan perkembangan umur kanak-kanak dari umur 8 bulan hingga 3 tahun.
- Panduan ringkas disediakan dalam setiap buku.
- Buku ini disusun untuk merangsang perkembangan kognitif dan fizikal anak.
- Membantu mengeratkan hubungan dan interaksi antara anak dengan ibu bapa atau guru.
- Cerita yang bersesuaian dengan peringkat umur anak dan ilustrasi yang menarik dapat menarik minat anak terhadap buku.
- Aktiviti kesedaran fonemik diperkenalkan. Anak perlu sedar bahawa setiap perkataan terdiri daripada bunyi-bunyi asas yang bergabung dan boleh dipisahkan. Ini merupakan kemahiran prabacaan yang penting.

No comments:

Post a Comment