Monday, January 12, 2015

Mesin Waktu Al-Quran - Menyelami Lautan Makna Surah Al-Waqiah (Edisi Bahasa Melayu)


Mesin Waktu Al-Quran - Menyelami Lautan Makna Surah Al-Waqiah (Edisi Bahasa Melayu) 
Penulis: Hudzaifah Ismail 
 Terbitan: Humaira Publications 
 Harga: RM120.00 

 MENYELAMI LAUTAN MAKNA SURAH AL-WAQI'AH 

 Setiap nabi dikurniakan mukjizat yang sesuai dengan keadaan umatnya. Nabi Muhammad s.a.w, diutus kepada suatu kaum yang ummi. Mereka tidak tahu membaca dan menulis tetapi sangat maju dalam bidang sastera, make baginda dikurniakan al-Quran. 

Sekiranya seluruh manusia bersatu untuk mencipta kata-kata yang dapat menandingi ayat al-Quran, nescaya mereka tidak akan mampu. Kehebatan al-Quran bukan hanya pada keindahan bahasanya. Bahkan al-Quran juga memberi informasi tentang pelbagai perkara yang telah dan akan berlaku di alam semesta sesuai dengan hakikat penciptaannya.

 Salah satu surah yang dapat membawa kita menyelami hal itu adalah surah al-Waqiah. Buku ini akan membawa anda menyelami lautan makna al-Waqiah. Anda akan menemukan pembahasan yang menarik, antaranya : 
Misteri keutamaan surah al-Waqiah; apakah mampu mencegah kefakiran? 
 Kiamat berdasarkan pelbagai peradaban dan agama 
 Adakah umur boleh dipanjangkan? 
 Misteri Tulang Sulbi (Coccyx) 
Bagaimana Allah menghidupkan semula makhluk yang telah mati? 
Kiamat dalam Bahasa Fizik 
 Pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam sejarah telah diceritakan di dalam al-Quran terlebih dahulu 
Kenapa proses fotosintesis tumbuhan memerlukan daun berwarna hijau bukan hitam? 

 Semoga dengan menyelami lautan makna al-Waqiah melalui buku ini, dapat meningkatkan iman dan ilmu anda serta keyakinan kebenaran al-Quran menjadi semakin utuh.

No comments:

Post a Comment