Saturday, May 14, 2011

31 Kisah Nabi

31 Kisah Nabi
Penulis: Wan Nor Ainon Wan Abdullah
Terbitan: PTS
Harga: RM26.00

Tahukah adik-adik dari mana asal usul manusia?

Siapa pula orang pertama yang menggunakan teknologi alat tulis?

Pasti adik-adik juga mahu tahu siapa nabi yang kalis api?

Cuba adik-adik teka siapakah di antara nabi-nabi kita yang mepunyai vokal atau suara terbaik di zamannya, selain mampu melembutkan besi menggunakan tangannya sendiri.

Setiap umat ada nabi sendiri. Tahukah adik-adik siapa nabi kita?

Wah! Rupa-rupanya selain menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat, nabi-nabi kita mempunyai kelebihan masing-masing yang Allah berikan kepada mereka.

Adik-adik pasti teruja apabila membaca cerita nabi ini kerana terdapat banyak ilmu pengetahuan baru yang yang dicetus oleh para nabi kita tanpa kita sedari.

Semua kisah nabi ini adalah cerita yang benar-benar berlaku sebagai pedoman kepada kita supaya kita sedar tentang keistimewaan nabi-nabi kita.

Friday, May 13, 2011

Tafsir Ayat Ahkam Berdasarkan Ayat Pilihan Popular

Tafsir Ayat Ahkam Berdasarkan Ayat Pilihan Popular
Penulis: Zulkifli Mohd. Yusoff
Terbitan: PTS
Harga: RM42.00

Buku Tafsir Ayat Ahkam ini menghuraikan secara terperinci dan menyeluruh ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan peraturan dan hukum-hakam. Setiap huraian disertakan dengan sebab-sebab penurunan ayat (asbabul nuzul), makna perkataan terpilih, keterangan keseluruhan secara umum dan pengajaran yang diperolehi daripada setiap ayat. Dengan bahasa yang ringkas tetapi padat berserta contoh semasa dan sejarah Islam, penulis berupaya mengupas setiap keterangan dengan pendekatan yang memikat dan mudah difahami.

Perbahasan hukum-hukum dalam buku ini adalah daripada sudut pandangan aliran pendapat Shafie yang menjadi pegangan masyarakat beragama di Malaysia. Beberapa pendapat dari kalangan mazhab lain juga ditonjolkan untuk tujuan perbandingan bagi menunjukkan keluasan yang terdapat di dalam Islam dan bukan bertujuan mematahkan pendapat mana-mana mazhab dalam Fiqh Islam.

Semurni Kasih Adam Seutuh Cinta Hawa

Semurni Kasih Adam Seutuh Cinta Hawa
Penulis: Zamri Mohamad
Terbitan: PTS
Harga: RM12.00

ISI KANDUNGAN

Bahagian Satu : Memahami Bahasa Cinta Adam dan Hawa
Bahagian Dua : Menjadi Artikek Percintaan
Bahagian Tiga : Bahasa Universal Sang Pencinta

Thursday, May 12, 2011

Bukan Susah Nak Faham

Bukan Susah Nak Faham
Penulis: Zahiruddin Zabidi
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM19.00

BUKAN SUSAH NAK FAHAM merupakan bacaan ringan yang ditulis dalam bahasa yang mudah namun sarat dengan pengajaran. Terdiri daripada himpunan ceritera yang sangat menarik.

Diperkemaskan dengan tamsilan-tamsilan logik bagi memudahkan pembaca memahami persoalan-persoalan agama yang kadangkala mengguggat keimanan kita. Sekali gus memotivasikan pembaca untuk lebih menghayati ajaran Islam. Juga terdapat empat buah cerpen sebagai bacaan bonus.

Batu Bata Kehidupan

Batu Bata Kehidupan
Penulis: Hilal Asyraf
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM25.00

BATU-BATA KEHIDUPAN terdiri daripada tiga mauduk utama iaitu Allah, Cinta dan Kehidupan Mukmin yang merupakan bahan bina penting dalam struktur ‘bangunan kehidupan’ setiap insan.

BATU-BATA KEHIDUPAN mengajak pembaca membina ‘bangunan kehidupan’ dengan bahan bina yang berkualiti dan utuh agar ia dapat bertahan hingga ke akhirat.

Bukan semua orang faham berkenaan ukhuwah. Ya, kita sayang sahabat kita. Tetapi, apakah sahabat kita itu faham makna ukhuwah seperti yang kita faham?

Kalau kita faham bahawa ukhuwah tertinggi adalah itsar, (melebihkan sahabat daripada diri sendiri) dan ukhuwah terendah adalah berlapang dada, apakah sahabat kita faham perkara yang sama?

Kalau sahabat kita faham, apakah dia kuat untuk menggerakkan kefahamannya dalam amalan?
Ya, jangan harapkan daripada sahabat kita apa-apa.
Ya, kita perlu korbankan masa kita untuk sahabat kita.

Kita korbankan ruang jiwa kita untuk sahabat kita. Kita korbankan harta kita untuk sahabat kita. Kita korban apa sahaja. Semuanya untuk ukhuwah kita.

Putera Lembah Bakkah 2

Putera Lembah Bakkah 2
Penulis: Zuraimi Ismail
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM13.00

Muhammad SAW – Putera Lembah Bakkah 2, susulan daripada karya sirah yang pertama; (Muhammad SAW – Putera Lembah Bakkah) meneruskan lagi kesinambungan riwayat hidup Rasulullah SAW menerusi genre novel.

Dengan kata lain, sirah Rasulullah SAW dihidangkan melalui pendekatan kreatif.

Jika buku pertama menceritakan akan tahun-tahun awal kehidupan Rasul junjungan SAW, buku kedua ini lebih terarah kepada detik-detik awal Baginda ditabal sebagai Nabi SAW, juga mengenai permulaan dakwah Baginda secara sembunyi di kota Makkah.

Wednesday, May 11, 2011

Senyumlah

Senyumlah
Penulis: Syed Alwi Alatas
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM21.00

Hidup setiap manusia tidak terlepas daripada berdepan dengan masalah sama ada ringan atau berat. Ketika menghadapi permasalahan ringan dalam hidup, kebanyakan manusia jarang berputus asa, namun tidak sedikit daripada mereka yang mengeluh dan kehilangan mood kerananya.

Ketika menghadapi masalah berat pula, ada yang hilang arah dan pedoman hingga terlupa kepada Sang Pencipta.

Lantaran itu, ada orang yang sangat membenci masalah dan berusaha lari daripadanya. Ada yang berputus asa kerananya, justeru menjadikan keadaannya semakin buruk dan menderita.

SENYUMLAH ditulis untuk membantu pembaca melihat masalah dengan cara pandang yang baru. Setelah membaca buku ini, mudah-mudahan pembaca akan menjadi lebih bahagia dan lebih faham bahawa setiap permasalahan itu sama ada berat atau ringan, ia pasti akan berlalu akhirnya.

R& R di Lebuh Raya Kehidupan

R& R di Lebuh Raya Kehidupan
Penulis: Zul Ramli M. Razali
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM25.00

Ramai manusia tersesat atau lebih tragis ditimpa kemalangan di laluan hidupnya. Lebuh raya hidup bukan lagi menjadi laluan menuju matlamat sebaliknya bertukar menjadi medan kehancuran dan kemusnahan diri.

Pengguna lebuh raya hidup perlu kepada panduan agar sentiasa kekal selamat di samping memastikan tidak teralih arah ke matlamat yang salah.

Seperti lebuh raya sebenar yang mengandungi banyak R&R di sepanjang perjalanan serta pelbagai papantanda isyarat dan petunjuk, begitulah di lebuh raya kehidupan. Ia mengandungi R&R dan papan tanda isyarat dan tanda-tanda bagi memastikan kita selamat sampai ke destinasi.

Mari memanfaatkan papan tanda di sepanjang laluan dengan memahami dan mematuhinya dengan penuh sabar. Di sana tersembunyi apa yang diharapkan oleh si musafir; keselamatan dan ketenangan hakiki dalam menuju matlamat bahagia.

Buku ini mengajak pembaca memecut ke hadapan dengan langkah positif dalam menuju keseimbangan secara proaktif dan tanpa bertangguh supaya tidak berlaku kepincangan dalam hidup. Di setiap R&R kita berhenti, bermuhasabah buat mendapat kelegaan untuk terus memacu ke lebuh raya kehidupan.

Tuesday, May 10, 2011

100 Kisah Kehidupan Secubit Halwa Penawar Jiwa

100 Kisah Kehidupan Secubit Halwa Penawar Jiwa
Penulis: Zakaria Sungib
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM20.00

Himpunan 100 buah kisah kehidupan di dalam buku ini menemukan pembaca kepada kisah-kisah yang dekat dengan diri masing-masing. Kisah yang terkesan di hati. Kisah yang mencetuskan inspirasi, menjernihkan jiwa, seterusnya memberi motivasi. Pelbagai kisah yang diceritakan oleh ramai pencerita ini merupakan koleksi 'halwa jiwa' yang memberi kesan penawar kepada keluh-kesah, kekeliruan dan tekanan hidup seharian. Kisah-kisah itu mengajar tentang kesyukuran, kesabaran, ketabahan, pengorbanan, kasih sayang dan sifat-sifat lain yang diredhai. Pada setiap kisah itu ada hikmah yang Allah datangkan sebagai bahan pembelajaran di universiti kehidupan.

Kisah-kisah benar dalam buku ini dibahagikan kepada lapan bahagian:
  • Tentang Insan Luar Biasa
  • Tentang Alam Si Kecil
  • Tentang Ujian Hidup
  • Tentang Restu Ibu Bapa
  • Tentang Hidayah Tuhan
  • Tentang Daya Usaha
  • Tentang Kasih Sayang
  • Universiti Kehidupan

Monday, May 9, 2011

Setanggi Kalbu Harraz

Setanggi Kalbu Harraz
Penyusun : Razifatun Nur
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM19.90

Mengisahkan pelajar SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Ahmad Harraz Maulawi yang mempunyai keistimewaan tersendiri yakni, aura suara yang menyihir sesiapa yang mendengarnya. Bersama Aiman, Fayyadh, Ustaz Nafis dan kumpulan Usratul Firdausi, mereka melakar kejayaan demi kejayaan dalam perjuangan menyemarakkan nasyid.

Keikhlasan Qarihatun Naurah mentransformasikan Harraz, namun, seseorang telah tersemai kesumat dengki kepada Harraz menyebabkan kecoh di Maahad Hamidiah. Berkat kesabaran, kebenaran dan keyakinan, perdamaian dicapai. Harraz dan enam sahabat mengemudi Imam Qurtubi melayari kehidupan seterusnya.

Ujian Maha Hebat melanda. Antara impian dan hasrat. Orang tersayang berada di ambang perjalanan abadi. Harraz terus meminta ihsan Ilahi. Dengan izin Allah, rayuannya diterima. Lalu dia mengerti nikmat kehidupan di muka bumi Allah. Menjadikan tautan mahabbah dengan orang tersayang lebih erat, lebih bermakna. Fitrah seorang insane. Kalbunya berhak menyukai dan disukai. Tetapi semuanya mesti bersandarkan syariat Allah dan nawaitu ikhlas. Dapatkah dia menggapai impian untuk mengikut jejak ikon nasyidnya – Almarhum Ustaz Asri, Sami Yusuf atau Ahmed Bukhatir?

Sunday, May 8, 2011

Perubatan Islam Menangkis Jin & Sihir Siri 2

Perubatan Islam Menangkis Jin & Sihir Siri 2
Penulis: Ustaz Sharhan Shafie
Terbitan: Sinar Zamdurrani
Harga: RM23.00

Merungkai persoalan Sihir, Kesan, Akibat & Cara Mengatasinya.

Antara Kandungan Buku ini:
Bahagian 1 - Takrif dan pengertian sihir
Bahagian 2 - Sihir menurut perspektif al-Quran & al-Sunnah
Bahagian 3 - Pembahagian sihir
Bahagian 4 - Tukang sihir menggunakan khidmat jin
Bahagian 5 - Haram menggunakan sihir
Bahagian 6 - Melawan & menentang sihir : Tanda-tanda, cara berlaku dan cara merawatnya
Bahagian 7 - Tidak dapat menggauli isteri
Bahagian 8 - Rawatan pengaruh mata

Saturday, May 7, 2011

Cara Belajar Bahasa Arab Shorof

Cara Belajar Bahasa Arab Shorof
Penyusun : Mukhlas Ay-Syarkani
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM14.00

Cara Belajar Bahasa Arab Nahu

Cara Belajar Bahasa Arab Nahu
Penyusun : Mukhlas Ay-Syarkani
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM14.00

Cara Belajar Bahasa Arab I'Rab & I'Lal

Cara Belajar Bahasa Arab I'Rab & I'Lal
Penyusun : Mukhlas Ay-Syarkani
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM12.00

Friday, May 6, 2011

Spiritual Reading: Hidup Lebih Bermakna Dengan Membaca

Spiritual Reading: Hidup Lebih Bermakna Dengan Membaca
Penulis: Dr. Raghib As-Sirjani
Terbitan: Alam Raya Enterprise
Harga: RM16.00

Umat tidak akan maju tanpa membaca. Kerana itu, seorang tokoh Yahudi mengatakan, “Kami tidak akan takut dengan orang Islam kerana mereka bukan umat yang membaca.”

Berakhirnya perang Badar, 70 orang musyrikin Quraisy berhasil ditawan kaum Muslimin. Jumlah ini cukup besar untuk dijadikan kekuatan bagi menekan kabilah Quraisy di Mekah. Namun, Rasulullah SAW mengambil kebijakan lain. Sebahagian tawanan dibebaskan dengan syarat mereka mengajarkan cara membaca kepada 10 orang muslimin. Rasulullah SAW meyakini, membaca perkara asas dan utama untuk menghantarkan umat Islam ke gerbang kejayaan. Dan, beberapa waktu kemudian puluhan jumlah sahabat yang tampil sebagai gudang dan khazanah ilmu, ini menjadikan kebenaran bahawa analisa dan kebijakan Rasulullah itu sangat jitu dan tepat.

Umat Islam pun berjaya sebagai pelopor tradisi keilmuan berkurun-kurun lamanya. Namun, kini umat Islam menjadi lemah, hanya sebagai objek informasi dari berbagai arus informasi global. Kaum muslimin hanya pasrah lesu duduk sebagai umat yang tertinggal.

Dr. Raghib As-Sirjani dan Amir Al-Madari meyakini sebab kemunduran umat Islam, adalah kerana hilangnya tradisi membaca yang sebelumnya menjadi budaya dan watak umat ini. Melalui buku ini, kedua penulis tak sekadar menyajikan teori atau motivasi kosong belaka, namun disertai pedoman praktikal bagi anda untuk memilih, mengolah, dan menyerap berbagai informasi yang anda baca. Tidak terkecuali anak-anak anda!

Motivasi dan tips dari buku ini akan mengajak anda lebih 'bersahabat' dengan buku. Terlebih dahulu penulis menyisipkan senarai prioriti buku-buku yang harus anda baca. Sebuah titik tolak penting menuju kemajuan dan kejayaan umat Islam. Bukankah wahyu pertama Al-Qur'an adalah perintah untuk membaca?

Buku ini dilengkapi dengan:

- Tips membaca yang efektif
- Tips membaca cepat
- Tips menguasai apa yang kita baca
- Apa yang semestinya kita baca
- Cara para salafus shalih mengamalkan perintah ”IQRA’” (Bacalah)
- Dan hal-hal lainnya yang berhubungan dengan membaca

Monday, May 2, 2011

Kebangkitan Nabi Muhammad dan Kerajaan Islam Menurut Ramalan Bible


Tajuk: Kebangkitan Nabi Muhammad Dan Kerajaan Islam Menurut Ramalan Bible
Penulis: Meor Ahmad Tajuddin Meor Mazlan
Penerbit: Pustaka Haji Abdul Majid
Harga: RM10.00

Sunday, May 1, 2011

Senaman Tauhid & Asmaul Husna

Senaman Tauhid & Asmaul Husna
Penulis: Ustaz Raflis Sabirin
Terbitan: MMP Communications
Harga: RM18.00

Yoga, pilates, taichi merupakan kaedah senaman yang baik dalam mengekalkan kesihatan. TAHUKAH ANDA BAHAWA DALAM ISLAM JUGA ADA MEMPUNYAI SENAMANNYA YANG TERSENDIRI? Senaman Tauhid & Asmaul Husna adalah senaman khusus untuk umat Islam. TAK PERNAH DENGAR? Dapatkan buku senaman Tauhid & Asmaul Husna untuk mengetahui lebih lanjut kaedahnya.

Saturday, April 30, 2011

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
Penulis: Dr. Mohammad Ali Toha
Terbitan: PTS
Harga: RM10.90

Setiap manusia dambakan kesihatan. Bukan sekadar kesihatan fizikal, bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial. Ini kerana, badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni dapat menjadi wahana kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari.

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah merumuskan panduan gaya hidup sihat berdasarkan konsep kesihatan islami dan alami yang sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita 1400 tahun yang lampau. Panduan itu diperincikan dalam 365 tip harian yang dapat dipraktikkan dalam tempoh setahun. Ia bukan sekadar menyentuh aspek kesihatan fizikal, bahkan ia juga memperjelaskan aspek penjagaan kesihatan rohani, emosi dan sosial.

Sesiapa sahaja mampu mempraktikkan tip-tip ini dengan mudah.

Anda ingin kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehidupan? Rahsianya ada di dalam buku ini.

Siti Hajar: Citra Cinta dan Pengorbanan

Siti Hajar: Citra Cinta dan Pengorbanan
Penulis: Nurasyikin Ahmad
Terbitan: PTS
Harga: RM14.00

KANDUNGAN

Bab 1: Asal Usul Siti Hajar
Bab 2: Terselamat Daripada Raja Namrud
Bab 3: Ketaksuban Penduduk Faddam A'ram
Bab 4: Ibrahim Mencari Tuhan
Bab 5: Cinta Sarah Kepada Ibrahim
Bab 6: Ujian Ibrahim di Kota Haran
Bab 7: Penghijrahan Ibrahim ke Kanaan dan Mesir
Bab 8: Kekuatan Doa Isteri Tercinta
Bab 9: Pertemuan Sarah dan Hajar
Bab 10: Raja Sehari Hajar dan Ibrahim
Bab 11: Cemburunya Sarah Kepada Hajar
Bab 12: Cinta Siti Hajar Kepada Ibrahim
Bab 13: Rahmat Allah ke atas Ibu Ismail
Bab 14: Terpancar Keberkatan di Lembah Mekah
Bab 15: Dugaan Hajar, Ismail Dijadikan Korban

Fahami Bacaan Dalam Solatmu

Fahami Bacaan Dalam Solatmu
Penulis: Ibrahim bin Hashim, Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan di akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam Quran. Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan. Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum.

Buku yang disusun oleh barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu orang Islam memahami bacaan dalam solat mereka. Buku ini menyediakan panduan bergambar cara yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat. Di penghujung setiap bab, latihan kefahaman disediakan bagi menguji dan meningkatkan daya ingatan serta hafalan pembaca.

Dengan bahasa yang mudah dan penerangan ringkas, buku ini sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat bagi membantu meningkatkan rasa khusyuk dalam solat. Boleh digunakan sama ada untuk bacaan peribadi atau pun sebagai panduan dalam kelas pengajian untuk orang ramai.

Friday, April 29, 2011

Senarai 100 Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah

Senarai 100 Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah
Penulis: Michael H. Hart
Terbitan: Golden Book Centre Sdn. Bhd
Harga: RM39.50

Buku Senarai 100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah ini merupakan suatu buku yang ringkas lagi padat mengenai tokoh-tokoh yang hebat dalam sejarah, di mana ia lengkap dengan anekdot, data biografi dan pencapaian yang utama.

Thursday, April 28, 2011

Ensiklopedia Solat

Ensiklopedia Solat
Penulis: Pelbagai Penulis
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM100.00

Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga. Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
  1. Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  2. Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  6. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

Beduk Diketuk

Beduk Diketuk
Penulis: Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM26.00

Buku ini merupakan koleksi tulisan Imam Global @ Ustaz Pahrol Mohd Juoi di dalam Majalah Solusi yang diterbitkan dengan beberapa nilai tambah

Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya ‘bingit’, namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya. Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan.

Nilai tambah dalam buku ini adalah ilustrasi yang penuh makna daripada saudara Nik Wafdi. Ilustrasi mampu mengangkat mesej berbanding ratusan malah ribuan kata-kata. Dan kami yakin pembaca akan teruja oleh usikan nakal namun penuh makna daripada pelukis tersebut. Dengan ini bahagian otak kanan (ilustrasi) dan kiri (kata-kata) para pembaca akan diaktifkan secara optimum bagi memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan.

Wednesday, April 27, 2011

Didik Anak Jadi Pintar

Didik Anak Jadi Pintar
Penulis: Rohani Sheikh Omar
Terbitan: PTS
Harga: RM13.90

Isi Kandungan

Bicara Penulis
Pengenalan
Bab 1: Perkembangan dan Aktiviti Anak-anak 0 hingga 2 Tahun
Bab 2: Kehidupan Anak-anak 2 hingga 3 tahun
Bab 3: Kelasakan Anak-anak 3 hingga 4 Tahun
Bab 4: Bersedia ke Sekolah 4 hingga 5 Tahun
Bab 5: Ke Sekolah - Dari 5 Tahun ke Atas
Analisa Terakhir

Al-Amin: Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah

Al-Amin: Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah
Penulis: A. Samad Said
Terbitan: PTS
Harga: RM48.00

Sebelum sampai ke cakerawala, sedang lena di masjid yang suci,
telah dijernihkan kalbunya, menunggang Buraq layang yang sakti,
dan jauh dari Hijir di mana tidur alam dan manusia, dan dalam mimpi, telah jauh ke angkasa seluruh diri dan batin Nabi, dan kini selepas meneguk susu,
menolak arak dan madu, menghadap ia keajaiban,
terlintas sebentar, melintas sebentar, amat haru;
pesanan yang kemerlap, dibaca dalam aneka tamsil,
mengembang di hadapannya, ditenung dan dihayati sebelum dipetik satu-satu.