Wednesday, July 13, 2011

Perisai Bagi Sekalian Mukallaf

Perisai Bagi Sekalian Mukallaf atau Simpulan Iman Atas Mazhab Salaf
Penulis: Syeikh Abdul Qadir b. Abdul Muthalib
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM22.00

Tuesday, July 12, 2011

Islamic Parenting - Pendidikan Anak Metode Nabi

Islamic Parenting - Pendidikan Anak Metode Nabi
Penulis: Syaikh Jamal Abdurrahman
Terbitan: Aqwam
Harga: RM56.00

Monday, July 11, 2011

25 Cendekiawan Islam

25 Cendekiawan Islam
Penulis: Shafie Abdul Rahman
Terbitan: Must Read
Harga: RM20.00

"Segala jenis macam ilmu tersebut umpama permata yang tercicir daripada khazanah Islam. Maka rebutlah, ambillah dan kuasailah ia kerana ia memang milik kita!"

Ramuan dan resipi daripada al-Quran telah diadunkan dan akhirnya melahirkan cendekiawan-cendekiawan Islam yang terkemuka ini, sehingga kejayaan dan kecemerlangan mereka begitu terserlah menyebabkan ia sukar dinafikan oleh cerdik pandai Barat, lalu diakui dan diiktiraf akan sumbangan mereka.

Anda kenal siapa Al-Biruni?
Anda ingin tahu apa yang telah Ibnu Khaldun sumbangkan dalam dunia Islam?
Anda ingin tahu siapa ahli kaji bumi yang terulung?
Anda tahu siapa antara ahli astronomi Islam yang terawal?

Kelahiran cendekiawan-cendekiawan Islam ini adalah hasil daripada 'generasi al-Quran' yang bukan setakat menghafal ayat-ayat al-Quran sehingga khatam tetapi juga mengkaji tentang kandungan al-Quran, lalu berusaha menjelmakan 'mukjizatnya' dalam kehidupan harian masing-masing. Semoga kisah insan-insan yang istimewa ini dapat menyedarkan kita semua umat Islam khususnya generasi muda, tentang perlunya bagi umat Islam menguasai pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan sepatutnya menjuarai serta mendahului dalam semua usaha bagi menjana kecemerlangan minda dan penguasaan terhadap pelbagai jenis kemahiran.

Bertanya Tentang Tuhan

Bertanya Tentang Tuhan
Penulis: Ibnu Rijal
Terbitan: Must Read
Harga: RM19.90

Pernahkah anda bertanya tentang Tuhan? Tiap saat dalam hidup ini, tiap nafas yang anda isi, pernah terdetik barang sekali akan rasa kekosongan? Pernahkah anda tertanya-tanya didalam hati, “Siapa sebenarnya diriku?” “Untuk apa aku disini?” “Apa sebenarnya yang aku cari selama ini” serta “Apa kesudahan semua ini?” Jika pernah terdetik rasa demikian dalam hati, buku ini ada jawapannya. ‘BERTANYA TENTANG TUHAN’ lebih berkisar mengenai sebuah perjalanan seorang hamba yang sentiasa tercari-cari kebenaran. Ianya tentang sebuah kembara. Pengembaraan yang belum pernah selesai selagi hamba tidak merasakan manisnya ujian dan romantisnya saat bersama Tuhan.

Buku ini juga cuba mengajak pembaca agar bersama terjun ke dalam aura penulis yang membawa pembaca mengembara dari satu dimensi ke satu dimensi untuk lebih memahami hakikat cinta Tuhan. Perjalanan ini juga disulam daripada kisah-kisah hidup para pencari Tuhan serta kisah-kisah manusia seharian. Justeru itu wahai para hamba, marilah kembali padaNya, kita akan rasakan sebuah kemanisan hidup di dunia dan kebahagiaan hidup di akhirat jika kita peduli untuk ‘BERTANYA TENTANG TUHAN’.

Cintai Isteri Cara Rasulullah

Cintai Isteri Cara Rasulullah
Penulis: Isham Muhammad Asy-Syariif
Terbitan: Must Read
Harga: RM20.00

Senyuman yang manis dan sapaan penuh cinta adalah kelaziman Rasulullah SAW dalam berkomunikasi dengan para isterinya. Bahasa kasih ini menjadikan kehidupan rumah tangga Nabi Muhammad SAW begitu ideal dan romatik. Bahkan, saat timbulnya masalah-masalah keluarga, nabi berusaha menyelesaikannya dengan penuh kasih sayang. Cara kehidupan Nabi SAW memberikan kita gambaran tentang kehidupan rumah tangga baginda sebagai sesuatu yang perlu kita pelajari, teliti, renungi dan contohi kerana baginda adalah sebaik-baik teladan untuk semua Muslim yang mengharapkan keredaan Allah SWT dan akhirat.

Buku ini merupakan himpunan beberapa buah hadis sahih yang menjelaskan kepada kita tentang kehidupan Nabi SAW bersama isteri-isteri baginda. Ia berkaitan dengan cara Rasulullah SAW berinteraksi dengan isteri dan puteri-puteri baginda serta sikap Rasulullah SAW terhadap tindakan tertentu isterinya. Buku ini juga membincangkan tentang masalah-masalah umum yang berkaitan dengan kehidupan suami isteri seperti panduan perkahwinan dan pendidikan anak-anak. Ia juga berkaitan dengan keadilan dalam memperlakukan isteri-isteri serta cara menghadapi masalah-masalah suami isteri dan cara penyelesaiannya.

Saturday, July 9, 2011

50 Hidangan Penambat Selera

50 Hidangan Penambat Selera
Penulis: Chef Hanieliza
Terbitan: PTS
Harga: RM17.00

50 hidangan penambat selera persembahan Chef Hanieliza kali ini sungguh menarik. Didatangkan dengan 10 jenis hidangan yang berlainan sesuai disajikan pada musim perayaan ataupun bila-bila masa sahaja.

Sulaman Riben Siri 1

Sulaman Riben Siri 1
Penulis: Halina Abdul Hadi, Marlina Rahmat
Terbitan: PTS
Harga: RM13.00

Busana Muslimah

Busana Muslimah
Penulis: Muzaina Temenggong Haji Mosni
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Kecantikan sebenar seorang wanita terletak pada kombinasi cara berpakaian, sikapnya yang terzahir melalui hati yang suci dan tutur kata yang baik. Sesungguhnya berpakaian menjolok mata akan menenggelamkan keayuan mereka.

Friday, July 8, 2011

Syarah Al-Hikam Jilid 2

Syarah Al-Hikam Jilid 2
Penulis: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM50.00

Al-Hikam ialah perkataan jamak bagi “hikmah” bermakna “Tiap-tiap kalimah yang terkandung dalamnya ilmu yang bermanfaat” atau “material ilmu yang bermanfaat” seperti ilmu Fiqah, ilmu Tauhid dan ilmu Tasawuf. Al-Hikam mengandungi intisari yang padat mengenai ilmu Tauhid dan Tasawuf. Tasawuf adalah ilmu yang mengupas bagaimana mensucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya seperti takabur, riyak dan ujub. Tauhid pula berhubung rapat dengan akidah Islamiah untuk mengenalkan hamba dengan pencipta-Nya pada kadar yang lebih dekat (akrab). 99 hikmah-hikmah yang merangkumi kandungan kitab al-Hikam membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus kepada membimbing mereka kepada menuju Allah SWT.

Sabil al-Muhtadin Puasa dan Iktikaf

Sabil al-Muhtadin Puasa dan Iktikaf
Penulis: Muhammad Haidzir bin Hussin
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM26.00

SABIL AL-MUHTADIN bab PUASA DAN IKTIKAF ini adalah sorotan himpunan permasalahan tentang puasa dan iktikaf daripada kitab besar SABIL AL-MUHTADIN karangan KIAI AL-IMAM AL-ALLAMAH AL-HAMMAM AL-FAHHAMAH AL-SYEIKH MUHAMMAD ARSYAD BIN ABDULLAH AL-BANJARI yang telah disalin dan disusun semula oleh al-Ustaz Mohamad Haidzir bin Hussin bin Ibrahim, kemudian ia dipermodenkan bahasanya untuk mudah difahami oleh pembaca kontemporari tanpa berkurang maksud isi kandungan dan hukum hakamnya oleh al-Ustaz Fuad Ismail. Malah teks asal tulisan jawi masih dikekalkan untuk rujukan pihak pembaca yang memerlukannya.

Puasa sebenarnya adalah antara amal ibadah kemasyarakatan yang paling hampir pada hati umat Islam selepas solat. Namun untuk memperhiasi dan memperhalusi amalan berpuasa ini hingga menjadi satu "hidangan" yang cantik untuk dipersembahkan kepada Allah SWT perlu dititikberatkan tentang sunat, makruh dan sah batalnya. Buku ini menerangkan hukum-hakam hingga kepada perkara yang remeh-temeh.

Sementara iktikaf pula merupakan suatu amal ibadah yang mungkin agak kurang difahami dan dihayati oleh umat Islam di Nusantara ini. Justeru kitab ini mengetengahkan fakta dan ilmu amalannya agar iktikaf dalam erti kata sebenarnya dapat hidup subur dan dihayati oleh semua peringkat generasi.

Thursday, July 7, 2011

Pembimbing Ke Tanah Suci (Tali Gantung)

Pembimbing Ke Tanah Suci (Tali Gantung)
Penulis: Haji Wan Mohd Nor Che Mohamed
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00

Mengerjakan ibadat haji dan umrah, TIDAK DITENTUKAN MANA-MANA BACAAN DAN DOA yang khusus. Membaca doa adalah sunat sahaja. Namun untuk mendapat haji yang mabrur, kesempurnaan amalan, bacaan dan doa merupakan sebahagian daripada prasyarat yang patut diambil kira. Buku panduan ini disusun berdasarkan kepada gabungan maklumat kursus haji bersiri (Lembaga Tabung Haji), beberapa buah buku yang berkaitan dengan ibadat haji dan umrah, termasuk kitab hadis Muslim dan Bukhari, dan pengalaman semasa menunaikan ibadat-ibadat tersebut. Amalan dan doa-doa diatur secara mudah, bermula daripada langkah pertama untuk mengerjakannya (dari rumah) hinggalah selesai menunaikannya. Semoga buku ini dapat membantu dan memudahkan pemahaman para jemaah yang akan ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat.

Siri 101 Info Seronoknya


1) 101 Info Seronoknya Bersedekah
Penulis: Ridwan Abqary
Terbitan: PTS
Harga: RM9.50

2) 101 Info Seronoknya Berpuasa
Penulis: Dewi Cendika
Terbitan: PTS
Harga: RM9.50

Wednesday, July 6, 2011

Hantaran Kasih Tuhan

Hantaran Kasih Tuhan
Penulis: Noorfadzillah Omar
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Hidupnya cinta bukan kerana bahagianya kita. Itu perkara pertama yang dipelajari Nur Wardah pada saat dia mengabdikan dirinya bagi membangunkan Yayasan Nur Wardah. Dia berasa cintanya kuat di situ bagi membantu mereka yang memerlukan.

Hidupnya cinta bukan kerana rupa. Itu pengajaran kedua yang Nur Wardah pelajari saat dia bernikah dengan Engku Ashraf. Hidupnya sengsara dan jauh daripada bahagia. Semuanya kerana zahir kakinya yang tidak sempurna akibat virus Polio sejak kecil, dan Engku Ashraf mentafsirkannya dengan penuh kesalan.

Hidupnya cinta bukan kerana sempurnanya diri. Itu perkara terakhir yang Nur Wardah pelajari, pada saat suami terlantar di katil hospital. Tanpa jemu dia menjaganya dan dalam ketidaksempurnaan itu, tumbuh cinta Engku Ashraf kepada isterinya. Cinta yang lahir daripada ketidaksempurnaan.

Hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita. Itu perkara yang tidak sempat Nur Wardah pelajari pada saat lahirnya Engku Nurain, kerana dia meninggalkannya untik kita pelajari sendiri. Ia akan mempertemukan kita kepada erti cinta sejati dan makna perjalanan yang abadi.

50 Tips Motivasi Haji

50 Tips Motivasi Haji
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim
Terbitan: PTS
Harga: RM14.00

Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah s.a.w.

Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah s.a.w.
Penulis: Zulkarnain Dollah
Terbitan: PTS
Harga: RM4.00

Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah sepanjang hari bermula dari bangun tidur hingga kembali tidur pada waktu malam. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan amalan pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu. Ia memudahkan pembaca bagi merujuk segala amalan Rasulullah S.A.W. dalam masa 24 jam. Turut dilampirkan ciri-ciri fizikal dan mukjizat Rasulullah bagi menambahkan rasa cinta kepada beliau.

ISI KANDUNGAN

BAB SATU: Sunnah-sunnah Rasulullah Dalam Amalan Seharian
BAB DUA: Sunnah-sunnah Rasulullah Ketika Solat
BAB TIGA: Sunnah-sunnah Rasulullah pada Waktu Pagi dan Petang
BAB EMPAT: Sunnah-sunnah Rasulullah dalam Situasi Tertentu

Tuesday, July 5, 2011

Penyucian Hati

Penyucian Hati
Penulis: Amru Khalid
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM20.00

Memperbaiki Kemuliaan Diri Menggilap Kemurnian Hati

Memperbaiki Kemuliaan Diri Menggilap Kemurnian Hati
Penulis: Amru Khalid
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM20.00

Ibadah Yang Menakjubkan

Ibadah Yang Menakjubkan
Penulis: Amru Khalid
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM20.00

Bekerja dan berusahalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu dan melakukan amalan yang baik seperti kamu akan mati keesokan harinya. Begitulah yang diajarkan oleh Islam. Untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia jangan ditinggalka akhirat dan untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan di akhirat dan untuk mencapai kebahagian ditinggalkan dunia.

Setiap orang bercita-cita dan mempunyai impian untuk berjaya dan senang di dalam kehidupannya di dunia dan akhirat. Ini tidak boleh dicapai dan diraih secara mudah tanpa usaha dan ketekunan yang jitu. Begitu juga dalam ibadah, ia memerlukan kesungguhan, keikhlasan serta keyakinan dan keimanan kepada Allah S.W.T. Banyak sekali ibadah yang boleh kita amalkan dan lakukan yang hasil dan impaknya amat menakjubkan. Sama ada terhadap kehidupan harian atau dari segi ganjaran dan balasan daripada Allah S.W.T.

Buku ini menghuraikan dan menjelaskan tentang ibadah-ibadah yang menakjubkan yang mampu dan boleh kita amalkan setiap hari. Dengan penjelasan dan contoh yang dibawakan oleh buku ini kehidupan harian kita akan lebih bermakna dan teratur. Selain itu ibadah yang kita lakukan tersebut memberikan impak positif yang maksimum terhadap cara hidup dan kehidupan kita dan keluarga kita. Kongsikan buku ini bersama dengan keluarga dan sahabat-sahabat kita yang kita sayang.

Monday, July 4, 2011

Minhajul Abidin - Wasiat Imam Ghazali

Minhajul Abidin - Wasiat Imam Ghazali
Penulis: Imam Al-Ghazali
Terbitan: Victory Agency
Harga: RM18.00

Intisari kaya dengan tip-tip penting untuk difahami setiap Muslim yang ingin mempertingkatkan kefahaman ke arah menuju kepada tahap seorang Muslim sejati yang soleh dan pastinya deredhai Allh SWT.

Sunday, July 3, 2011

Koleksi Buku Amru Khalid (3)

1) Khowathir Qur'aniyah, RM90.00
2) Titian Ke Surga, RM38.00
3) Solat Malam Menggamit Kedamaian, RM15.00
4) Kiat Bijak Mengambil Keputusan, RM26.00
5) Adakah Surga Di Rumahmu, RM35.00
6) Rahsia Datangnya Pertolongan Allah, RM34.00
7) Silsilah Hidayah, RM26.00
8) Kesucian Hati, RM28.00
9) Melamar Bidadari Dengan Shalat Malam, RM18.00
10) Jejak Sang Junjungan, RM30.00
11) Kangen Sama Rasul, RM28.00

Khowathir Qur'aniyah (Kunci Memahami Tujuan Surat-Surat Al-Qur'an)

Khowathir Qur'aniyah (Kunci Memahami Tujuan Surat-Surat Al-Qur'an)
Penulis: Amru Khalid
Terbitan: Al-I'tishom
Harga: RM90.00

Buku ini hadir dengan keunikan atau sesuatu yang berbeza. Karya ini menawarkan menu yang khas yang mengarahkan umat pada konsepsi "Wahdatul Qur'an" kesatuan ayat-ayat Al-Quran yang integral yang antara ayat bahkan antara surat-suratnya memiliki korelasi (munasabah) yang erat. Tematisasi surat yang sangat pas untuk menjelaskan maksud dan tujuan surat secara komprehensif.

Saturday, July 2, 2011

Ensiklopedia Rawatan Penyakit Dengan Madu Lebah

Ensiklopedia Rawatan Penyakit Dengan Madu Lebah
Penulis: Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM35.00

Mari Berubat Dengan Tumbuhan Sekeling Anda

Mari Berubat Dengan Tumbuhan Sekeling Anda
Penulis: Siti Fuziah Yusof
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM55.00

Ilmu perubatan atau penyembuhan telah wujud sejak dari zaman Nabi Adam A.S lagi. la diturunkan dari generasi ke generasi melalui lisan dan setelah adanya tulisan ia telah dibukukan. Penggunaan tumbuhantumbuhan semulajadi telah menjadi asas kepada perubatan dan penyembuhan penyakit. Sebelum wujud dan popularnya perubatan atau rawatan moden, penggunaan tumbuhan semulajadi ini adalah bahan utama. Namun kini ia dikenali sebagai perubatan alternatif atau tradisional.

Kini penggunaan tumbuhan-tumbuhan semulajadi ini semakin popular dan diberikan perhatian semula. Ini adalah kerana ubat-ubatan moden dan cara rawatan moden ada kesan sampingan untuk jangkamasa pendek atau panjangnya. Malah lebih serius lagi, bahan yang terdapat di dalam ubat-ubatan itu statusnya agak samarsamar sama ada halal atau tidak. Sehubungan dengan itu masyarakat sekarang khususnya pengguna-pengguna Islam amat menitikberatkan tentang halal dan haram bahan tersebut. Maka disebabkan isu tersebut penggunaan tumbuh-tumbuhan semulajadi ini telah menjadi pilihan. Bukan hanya di kalangan orang Islam malah ahli farmasi barat juga telah menjalankan kajian dan mengakui keberkesanan perubatan tumbuh-tumbuhan semulajadi ini.

Buku ini telah menghimpunkan pelbagai cara dan penggunaan tumbuh-tumbuhan semulajadi untuk masalah-masalah kesihatan tertentu. Selain resipi dan sukatan penggunaannya juga telah disediakan. Untuk memberikan maklumat tepat berkenaan jenis dan bagaimana gambaran tumbuh-tumbuhan tersebut, gambar sebenar disediakan. Apa yang terdapat di dalam buku ini kita jadi usaha kita untuk mendapatkan kesembuhan dengan izin Allah. Namun sebagai peringatan setiap bahan yang kita amal dan gunakan untuk penyembuhan akan memberitindak balas tertentu.Penggunaan yang berlebihan atau tidak mengikut daya tahan mungkin akan memberi kesan sampingan. Seeloknya untuk masalah kesihatan dirujuk kepada mereka yang pakar. Keyakinan kita untuk mendapat kesembuhan itu patut disandarkan kepada Allah. Allah sajalah yang memberikan keizinan untuk sembuh dengan usaha yang telah kita lakukan.

Ensiklopedia Pengubatan Herba

Ensiklopedia Pengubatan Herba
Penulis: Dr. Khalid Gadd
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM50.00

Kesihatan adalah anugerah Allah SWT yang perlu dihargai oleh setiap manusia. Kepentingan menjaga kesihatan sangat ditekankan di dalam Islam. Kesibukan manusia dengan kehidupan seharian terkadang melekakan mereka daripada mengambil berat terhadap persoalan kesihatan dan menjaganya.

Ensiklopedia Pengubatan Herba Terapi Alternatif Kedoktoran Islam oleh Dr. Khalid Gadd adalah sebuah buku yang memberi panduan tentang khasiat tumbuh-tumbuhan dan bahan-bahan semulajadi ciptaan Allah SWT untuk menghindari serta mengubati penyakit-penyakit, termasuk penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya. Buku ini padat dengan petua-petua yang digali daripada Al-QLjran, Hadis Rasulullah SAW serta kajian-kajian penyelidik Islam dan juga barat.

Penulis ingin membawa pembaca untuk memahami bahawa Islam amat menitikberatkan berkenaan pencegahan penyakit serta menyakini penyembuhan penyakit tertakluk kepada usaha pesakit dengan keizinan Allah SWT. Resipi-resipi terapi alternatif yang diketengahkan mudah untuk dipraktikkan oleh pesakit.

Ensiklopedia ini perlu dimiliki dan dimanfaatkan sebagai sumber rujukan oleh setiap keluarga, pelajar-pelajar bidang kedoktoran dan mereka yang berminat untuk membantu pesakit.

Friday, July 1, 2011

Cinta Suci Zahrana

Cinta Suci Zahrana
Penulis: Habiburrahman el-Shirazy
Terbitan: Ihwah Publishing
Harga: RM36.00

Zahrana seorang wanita yang cantik dan berprestasi. Dia memperoleh penghargaan internasional dan ditawari biasiswa untuk melanjutkan kuliah di luar negeri. Tetapi hal itu ternyata tidak membuat bangga orang tuanya, kerana dalam benak orang tuanya masih ada yang mengganjal tentang dia iaitu dia belum juga menikah padahal sudah berumur lebih tiga puluh tahun. Akhirnya dengan bersusah payah dan penuh perjuangan Zahrana berhasil mengatasi hal itu. Bagaimana perjuangan Zahrana dalam mengatasinya? Bacalah novelnya kerana ceritanya cukup seru dan mendebarkan.