Friday, July 8, 2011

Sabil al-Muhtadin Puasa dan Iktikaf

Sabil al-Muhtadin Puasa dan Iktikaf
Penulis: Muhammad Haidzir bin Hussin
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM26.00

SABIL AL-MUHTADIN bab PUASA DAN IKTIKAF ini adalah sorotan himpunan permasalahan tentang puasa dan iktikaf daripada kitab besar SABIL AL-MUHTADIN karangan KIAI AL-IMAM AL-ALLAMAH AL-HAMMAM AL-FAHHAMAH AL-SYEIKH MUHAMMAD ARSYAD BIN ABDULLAH AL-BANJARI yang telah disalin dan disusun semula oleh al-Ustaz Mohamad Haidzir bin Hussin bin Ibrahim, kemudian ia dipermodenkan bahasanya untuk mudah difahami oleh pembaca kontemporari tanpa berkurang maksud isi kandungan dan hukum hakamnya oleh al-Ustaz Fuad Ismail. Malah teks asal tulisan jawi masih dikekalkan untuk rujukan pihak pembaca yang memerlukannya.

Puasa sebenarnya adalah antara amal ibadah kemasyarakatan yang paling hampir pada hati umat Islam selepas solat. Namun untuk memperhiasi dan memperhalusi amalan berpuasa ini hingga menjadi satu "hidangan" yang cantik untuk dipersembahkan kepada Allah SWT perlu dititikberatkan tentang sunat, makruh dan sah batalnya. Buku ini menerangkan hukum-hakam hingga kepada perkara yang remeh-temeh.

Sementara iktikaf pula merupakan suatu amal ibadah yang mungkin agak kurang difahami dan dihayati oleh umat Islam di Nusantara ini. Justeru kitab ini mengetengahkan fakta dan ilmu amalannya agar iktikaf dalam erti kata sebenarnya dapat hidup subur dan dihayati oleh semua peringkat generasi.

No comments:

Post a Comment