Tuesday, November 15, 2011

Selamat Jalan Pejuang

Selamat Jalan Pejuang
Penulis: Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Gema Insani
Harga: RM33.00

Dalam buku ini, penulis menceritakan kisah hidup beberapa ulama yang meninggalkan jejak bagi perjuangan islam. Mereka adalah ulama-ulama kontemporer yang tetap hidup, walau jasadnya telah mati. Tetap berbicara, walau mulutnya tidak bergerak. Tetap dikenang, walau sudah menghilang.

Monday, November 14, 2011

Ubat, Doa dan Penyembuhan serta Khasiat Surah-surah al-Quran

Ubat, Doa dan Penyembuhan serta Khasiat Surah-surah al-Quran
Penulis: Ustaz Sharhan Safie
Harga: RM25.00
Percuma CD Audio Doa-doa

KANDUNGAN

1. Hakikat doa
2. Adab-adab berdoa dan syarat-syarat makbulnya doa
3. Waktu mustajabnya doa
4. Doa harian dan pengertian doa
5. Doa-doa dalam al-Quran
6. Doa-doa rawatan
7. Kelebihan surah-surah dalam al-Quran
8. Wirid an-Nur

Sunday, November 13, 2011

Mudahnya Berkahwin dalam Islam

Mudahnya Berkahwin dalam Islam
Penulis: Muzayyanah Abdullah
Terbitan: PTS
Harga: RM5.00

Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan kehidupan yang bahagia dan harmoni. Kebahagiaan itu pasti lahirnya daripada sebaran cinta, rindu dan kasih sayang antara suami, isteri dan anak-anak. Lengkapkan diri dengan ilmu rumah tangga demi mencapai impian anda.

Apabila membaca buku ini anda akan mengetahui:

- Hukum Berkahwin
- Pemilihan Calon Isteri dan Suami
- Mahar dan Walimatul Urus
- Tanggungjawab Suami dan Isteri
- Cerai dan Rujuk
- Poligami
- Dan Pelbagai Isu Perkahwinan yang Lain

Saad Abu Waqas

Saad Abu Waqas
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Kisah antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Beliau adalah panglima yang gagah berani, yang didoakan oleh Nabi Muhammad SAW makbul doanya dan tepat panahannya. Beliau adalah Saad Abu Waqas.

Saturday, November 12, 2011

Jalan Mengenali Kesempurnaan Rasulullah SAW

Jalan Mengenali Kesempurnaan Rasulullah SAW
Penulis: Syeikh Yusof Ibn Ismail Al Nabhani
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM18.00

Penawar Bagi Hati

Penawar Bagi Hati
Penyusun: Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM28.00

Kitab Penawar Bagi Hati ini telah dikarang oleh Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili yang merupakan Tuan Guru ilmu-ilmu Islam di Masjid al Haram pada waktu zamannya. Di dalam pendahuluan kitab ini beliau mengatakan bahawa, “Penulisan yang ringkas tentang muqaddimah Ilmu Tasawwuf ini, telah saya susun sebagai peringatan buat diri ini dan peringatan bagi mereka yang baru belajar. Saya menamakannya “Penawar Bagi Hati” yang menerangkan perkara-perkara yang perlu dibersihkan daripada hati, dan perkara-perkara yang perlu untuk menghiasinya.”

Kitab yang masyhur ini telah dijadikan sebagai sebuah kitab pilihan bacaan dalam majlis-majlis ilmu dan kuliah pengajian. Para pendakwah sering membaca kitab ini di pondok, masjid, surau dan universiti. Ini menunjukkan bahawa isi kandungannya benar-benar sesuai dan bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia pada hari ini.

Cebisan Hati Manusia

Cebisan Hati Manusia
Penyusun: Ibnu Ir Fadzil
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM18.00

Setiap manusia mempunyai hati yang memandu mereka menuju ke arah dua lorong, sama ada baik, mahupun buruk. Apabila kita berfikir tentang diri kita sendiri, kita akan dapati bahawa di satu ketika, kita berkeinginan untuk melakukan kebaikan, dan satu ketika yang lain, adalah sebaliknya.

Sudah pasti, itulah peranan hati yang menjadi pemandu untuk diri seseorang tersebut. Oleh itu, bagaimanakah ingin menjadikan hati anda umpama seorang pemandu yang berhemat? Penulisan ringkas ini menceritakan segala-galanya.

Ringkasan Riyadhus Solihin

Ringkasan Riyadhus Solihin
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM50.00

Riyadhus Solihin yang bermaksud Taman-Taman Orang Solihin ialah kumpulan hadis yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi'i iaitu al-Iman al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariah Yahya yang kita kenali sebagai Imam Nawawi.Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia.

Kitab asal Riyadhus Solihin diringkaskan menjadi kitab Ringkasan Riyadhus Solihin oleh ulama terkenal Syaikh Yusof al-Nabhani.

Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis-hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh imam al-Buhari dan imam Muslim sahaja.Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masaalah akidah,syariat dan akhlak.

Friday, November 11, 2011

Manajemen Halaqah Efektif

Manajemen Halaqah Efektif: Agar Halaqah Menjadi Bergairah dan Produktif
Penulis: Muhammad Sajirun
Terbitan: Era Intermedia
Harga: RM22.00

"Tarbiyah bukan segala-galanya, tapi dari tarbiyah dimulai segalanya." Itulah ungkapan Asy-Syahid Hasan Al-Banna yang mengabadi. Dengan begitu, halaqah sebagai perangkat tarbiyah memiliki peran sentral dalam dakwah dan tarbiyah. Rumusnya adalah, apabila halaqah berjalan ideal maka kualitas dakwah dan tarbiyah akan dijamin andal.

Buku ini membahas bagaimana mengelola halaqah supaya efektif. Ditulis penuh inspirasi, karena membawa sudut pandang baru yang terkadang kita lupakan. Selama ini buku yang beredar adalah bagaimana seharusnya mengelola halaqah menurut murabbi. Tapi tidak dalam buku ini. Ia berusaha menjelaskan apa yang sebanrnya diharapkan oleh para mutarabbi agar halaqah menjadi efektif. Hasil survei penulis ke beberapa sekolah menengah atas, juga kepada kader pemula dan pendukung menjadikan buku ini lebih valid.

Hanya Untukmu Anakku - Panduan Lengkap Pendidikan Anak Sejak Dalam Kandungan Hingga Dewasa

Hanya Untukmu Anakku - Panduan Lengkap Pendidikan Anak Sejak Dalam Kandungan Hingga Dewasa
Penulis: Ibnu Qayyim
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Harga: RM80.00

Thursday, November 10, 2011

Syukur, Istighfar & Muhasabah

Syukur, Istighfar & Muhasabah
Penulis: Muhammad Azhar
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM16.00

Tahu diri. Itulah rahsia supaya seseorang milki ketenangan di bumi dan kehidupan setelah bumi, akhirat. Allah merumus, jika kamu syukur pada apa yang ada, maka akan ditambah. Jika manusia beristigfar, Allah tidak segan akan membentangkan nikmatnya berupa harta, keturunan dan hujan yang menjanjikan kesuburan. Dan Allah nyatakan bahawa setiap hamba wajib melakukan muhasabah diri demi kejayaan esok.

Kita dituntut untuk bijak demi memperolehi kejayaan dan keberuntungan. Adakah kita selama ini kurang berhasil?. Adakah kita khuatir keberhasilan akan hilang?. Bila kita sudah tahu jalan kejayaan dengan syukur, istigfar dan muhasabah, maka kita perlu risau dan cemas dengan ‘hantu kecemasan dan hantu kegagalan’.

Syukur, istigfar dan muhasabah adalah 3 pintu kebijaksaan yang membuka lorong-lorongnya dengan menggiurkan. Kala kita tidak mahu menuju 3 pintu itu, entahlah bencana apa yang akan terus menghantui. Maka, wajib kita mengusirnya sekarang juga hantu kegagalan itu.

Andai Rasulullah Bersama Kita

Andai Rasulullah Bersama Kita: Beginilah Nabi Mengajar Cara Menggauli & Melayani Isteri
Penulis: Wan Ji Wan Hussin & Saifulamri M. Hussain
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM17.00

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah uswatun hasanah, teladan paling baik bagi kaum lelaki dalam mempergauli isteri-isterinya dengan cara yang makruf, membahagikan giliran, nafkah dan kasih sayang serta tuntutan kemarahan dan kecemburuan isteri-isterinya. Bahasa cinta Rasulullah SAW kepada isterinya dalam bentuk sentuhan telah baginda amalkannya dalam kehidupan seharian. Dan segalanya itu boleh kita kutip sebagai pedoman untuk kita amalkan dalam melayari bahtera rumahtangga.

Pada suatu ketika, pernah Rasulullah SAW melintas sekumpulan kaum wanita, lalu baginda memberi salam. Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam baginda. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah SAW memberi salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa tidak menyahut salam yang pertama dan kedua mereka menjawab; “Kami sengaja mahu Rasulullah mendoakan untuk kami.”

Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar dengan sikap para wanita itu, tetapi Rasulullah SAW masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Begitu Rasulullah mendidik kaum wanita.

Rasulullah yang bijak menggunakan segala ruang dan peluang untuk membuat perasaan para wanita dan isteri-isterinya gembira dan terhibur.

Wednesday, November 9, 2011

Panduan Usrah

Panduan Usrah
Penulis: Ustaz Idris Ahmad
Terbitan: Sarjana Media
Harga: RM4.00

KANDUNGAN

MUQADDIMAH
BAB 1: RUKUN USRAH
BAB 2: SIFAT / CIRI NAQIB YANG DINAMIK
BAB 3: PERBINCANGAN DALAM USRAH
BAB 4: PANDUAN PERLAKSANAAN USRAH
BAB 5: ADAB-ADAB USRAH
BAB 6: AKTIVITI LUAR USRAH
BAB 7: KESAN PELAKSANAAN USRAH
BAB 8: CIRI-CIRI HARAKAH ISLAMIAH
BAB 9: MATLAMAT JAMAAH ISLAM

Tuesday, November 8, 2011

Menjadi secantik Aishah isteri Rasulullah

Menjadi secantik Aishah isteri Rasulullah
Penulis: Nur Sarah
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM10.00

Ingin menjadi cantik? Mari menjadi secantik Aishah.

Monday, November 7, 2011

Kisah Teladan Zainab Bt Jahsy, Ummu Khulthum & Khaulah Bt Tha’la

Kisah Teladan Zainab Bt Jahsy, Ummu Khulthum & Khaulah Bt Tha’la
Penulis: Ahmad Jadd
Terbitan: Jasmin
Harga: RM15.00

Buku kisah wanita dalam Al-Quran ini adalah buku yang mengisahkan tentang riwayat hidup tiga peribadi besar iaitu Zainab Bt Jahsy, Ummu Khulthun dan Khaulah Bt Tha’labah di dalam Al-Quran.

Kisah Teladan Siti Sarah & Siti Hajar

Kisah Teladan Siti Sarah & Siti Hajar
Penulis: Ahmad Jadd
Terbitan: Jasmin
Harga: RM10.00

Buku kisah wanita dalam Al-Quran ini adalah buku yang mengisahkan tentang riwayat hidup dua peribadi besar iaitu Siti Sarah dan Siti Hajar di dalam Al-Quran.

Kisah Teladan Maryam & Aisyah R.A

Kisah Teladan Maryam & Aisyah R.A
Penulis: Ahmad Jadd
Terbitan: Jasmin
Harga: RM12.00

Buku kisah wanita dalam Al-Quran ini adalah buku yang mengisahkan tentang riwayat hidup dua peribadi besar iaitu Maryam dan Aisyah R.A di dalam Al-Quran.

Kisah Teladan Asiyah, Balqis & Zulaikha

Kisah Teladan Asiyah, Balqis & Zulaikha
Penulis: Ahmad Jadd
Terbitan: Jasmin
Harga: RM11.00

Buku kisah wanita dalam Al-Quran ini adalah buku yang mengisahkan tentang riwayat hidup tiga peribadi besar iaitu Asiyah, Balqis & Zulaikha di dalam Al-Quran.

Saturday, November 5, 2011

Hebatnya Sedekah

Hebatnya Sedekah
Penulis: Hj. Abdul Rahman Mohd Adil
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM16.00

Cerita Haiwan Teladan Daripada Al-Quran 2

Cerita Haiwan Teladan Daripada Al-Quran 2
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM19.90

Siri Koleksi Cerita Haiwan Teladan Daripada Al-Quran menghimpunkan pelbagai kisah haiwan sebagaimana disebut dalam Al-Quran. Kisah-kisah ini pasti dapat memberi pengajaran kepada kanak-kanak dalam membina sahsiah mereka. Cerita-cerita ini disampaikan dalam bahasa yang mudah dan ilustrasi yang menarik.

Cerita Haiwan Teladan Daripada Al-Quran

Cerita Haiwan Teladan Daripada Al-Quran
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM19.90

Siri Koleksi Cerita Haiwan Teladan Daripada Al-Quran menghimpunkan pelbagai kisah haiwan sebagaimana disebut dalam Al-Quran. Kisah-kisah ini pasti dapat memberi pengajaran kepada kanak-kanak dalam membina sahsiah mereka. Cerita-cerita ini disampaikan dalam bahasa yang mudah dan ilustrasi yang menarik.

Friday, November 4, 2011

Mengenali Gerakan Islah

Mengenali Gerakan Islah
Penulis: Dr Taufik Wa'ie
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM14.50

Buku ini benar-benar akan membawa para pembaca mengenali gerakan islam pembawa kebaikan atas muka bumi ini. Dr. Taufiq Yusuf menghuraikan dengan terperinci beberapa gerakan yang berorganisai mahupun tidak, metode-metode pelaksanaan mereka dan dasar-dasar pergerakannya.

Thursday, November 3, 2011

Siapa Sebenarnya Wahhabiy?

Siapa Sebenarnya Wahhabiy?
Penulis: Zamihan Mat Zin al-Ghari
Terbitan: Kemah Enterprise
Harga: RM25.00

Buku ini menjelaskan tentang latarbelakang fahaman Wahhabiy, sejarah kemunculan, sejarah perbandingan, realiti sejarah global dan sejarah kemunculan Wahhabiy di Tanah Melayu. Buku ini juga membongkar doktrin pemikiran Wahhabiy, tokoh-tokoh Wahhabiy Timur Tengah, kesan negatif fahaman Wahhabiy dan perkaitannya dengan keganasan global, perbandingan hujjah di antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Wahhabiy, kritikan ulama sunni terhadap Wahhabiy dan status terkini Wahhabiy di Malaysia.

Garapan buku ini bertambah menarik apabila ia didedahkan oleh seorang pakar pengkaji Wahhabiy. Beliau telah menyampaikan lebih 2000 ceramah berkait dengan ajaran sesat dan gerakan ekstrimis di Malaysia kepada pelbagai Universiti, Institut Pengajian Tinggi, Kementerian & Jabatan Kerajaan, Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Masjid-Masjid dan Surau-Surau dan pelbagai Syarikat Swasta.

Wednesday, November 2, 2011

Agama Dan Politik - Wawasan Ideal Dan Menyanggah Kekeliruan Pemikiran Sekular - Liberal

Agama Dan Politik - Wawasan Ideal Dan Menyanggah Kekeliruan Pemikiran Sekular - Liberal
Penulis: Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Alam Raya Enterprise
Harga: RM28.00

Merupakan suatu kebaikan juga kalau politik masuk ke dalam agama, bukan untuk menjadikan agama sebagai tunggangan atau sebagai suatu alat eksploitasi terhadap pihak lain, melainkan untuk menjadikan agama itu sebagai petunjuk agar terwujudnya suatu pemerintahan yang adil berdasarkan pemesyuaratan dan setiakawan sosial; untuk menjadikan agama itu sebagai suatu kekuatan pendorong agar politik menjadi alat penolong kebenaran, sarana buat kebajikan; serta menjadi kekuatan pengawal agar politik tidak digunakan sebagai alat untuk berbuat kejahatan dan menyebar luaskan lerusakan akhlaq.

Kalau semua yang tersebut di atas merupakan fungsi daripada agama secara amnya, maka agama Islam-secara khas-menolak adanya pemisahan antara agama dan politik, antara akidah dan syari'at, antara ibadah dan muamalah, antara masjid dan pasar , serta antara iman dan kehidupan.

Tidak adanya pemisahan tersebut sudah lama diterapkan dalam sejarah Islam selama lebih dari tiga belas kurun lamanya. Setelah imperilisme Barat menyerang negara-negara Islam, menguasai berbagai aspek kehidupan serta menjadi satu-satunya pemilik kuasa dalam menentukan, undang-undang, pengetahuan, pendidikan dan informasi, barulah terjadi banyak perubahan. Mereka kemudian mengarahkan dan mencorakkan negara-negara Islam menurut keinginan mereka.

Tetapi, kebangkitan Islam moden benar-benar telah menghapuskan perbuatan sesuka hati kaum imperialis sekaligus membuangkannya. Setelah benar-benar sirna, mulailah muncul kekuatan jati diri Islam yang tampak pada umatnya. Terbuktilah Sunnatullah bahawa pada akhirnya kemenangan akan menjadi milik kebenaran dan hanya yang paling mulia dan paling sesuailah yang akan wujud.

Tuesday, November 1, 2011

Sebarkan Cinta-Mu

Sebarkan Cinta-Mu
Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Terbitan: PTS
Harga: RM31.00

Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.