Saturday, November 12, 2011

Penawar Bagi Hati

Penawar Bagi Hati
Penyusun: Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM28.00

Kitab Penawar Bagi Hati ini telah dikarang oleh Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili yang merupakan Tuan Guru ilmu-ilmu Islam di Masjid al Haram pada waktu zamannya. Di dalam pendahuluan kitab ini beliau mengatakan bahawa, “Penulisan yang ringkas tentang muqaddimah Ilmu Tasawwuf ini, telah saya susun sebagai peringatan buat diri ini dan peringatan bagi mereka yang baru belajar. Saya menamakannya “Penawar Bagi Hati” yang menerangkan perkara-perkara yang perlu dibersihkan daripada hati, dan perkara-perkara yang perlu untuk menghiasinya.”

Kitab yang masyhur ini telah dijadikan sebagai sebuah kitab pilihan bacaan dalam majlis-majlis ilmu dan kuliah pengajian. Para pendakwah sering membaca kitab ini di pondok, masjid, surau dan universiti. Ini menunjukkan bahawa isi kandungannya benar-benar sesuai dan bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia pada hari ini.

7 comments:

  1. Assalamualaikum... Mohon emel kt sy mcmna nak buat pembelian ye? Yg ni versi rumi kan? Boleh emelkn pd sy x? Sy perlukan dlm 50 buah..

    ReplyDelete
  2. salam, saya ingin buat pembelian buku ini.mohon emel maklumat dll ke emel ini: min.2302@gmail.com

    terima kasih.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam, macammana nak dapatkan buku ini? Brapa harga kalau dikuching?

    ReplyDelete