Friday, May 24, 2013

Aroma Antara Benua


Aroma Antara Benua 
Penulis: Roza Roslan 
Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM48.00 

 Buku ini bercerita tentang hati. Ia mempunyai makna mendalam. Menyediakan makanan untuk keluarga, tetamu atau sahabat handai bermula dari hati bersih. Ia bukan dengan kata semata-mata. Hati yang bersih menjadikan dapur sebagai ruang yang tidak bermasalah. – Prof. Dr. Abdul Khalil H. P. Shawkataly 

 Berasal dari Segamat, Johor, Roza Roslan atau nama sebenarnya Raudzah binti Roslan merupakan bekas pensyarah di UiTM. Kini berhijrah ke Madinah al-Munawwarah mengikut suami, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, penulis buku best-seller yang sekarang memikul tugas di Universiti Taibah Madinah. 

 Aroma Antara Benua, adalah kesinambungan daripada buku Bukan Sekadar Resipi yang terbit pada tahun 2012. Karya terbaharu beliau Aroma Antara Benua ini sentiasa dinanti-nanti oleh para pembaca dan peminat beliau. Sentuhan feminin Roza Roslan dalam setiap karyanya mempunyai kekuatan tersendiri. Pada setiap ceritanya ada pengajaran yang wajar direnungkan bersama.

Thursday, May 23, 2013

Semua Ada Saatnya


Semua Ada Saatnya 
Penulis: Syaikh Mahmud Al-Mishri 
 Terbitan: Pustaka Al-Kautsar 
 Harga: RM46.00 

 Hidup itu tidak selamanya serius. Hidup ada saat-saat senggang, walau hanya sebentar. Tujuannya agar hidup selalu bergairah, termotivasi dan tidak bosan memulai hari-hari panjang yang monoton. Itulah sebabnya ayat-ayat dalam Al-Quran pun tidak semuanya berisi perintah atau larangan semata, tetapi juga ada selingan-selingan cerita ringan untuk menjadi pelajaran. Bahkan surat Yusuf itu turun berawal dari permintaan sebagian sahabat yang merasa lelah dengan beban-beban syariat. Lalu, Allah menurunkan cerita Yusuf secara panjang lebar. 

 Karena memang begitu, tabiat manusia cenderung ingin santai. Agamapun tidak melarang seorang untuk menghadirkan suasana santai dalam aktivitas beratnya. Yang salah adalah ketika waktu serius dipakai bercanda dan waktu bercanda dipakai serius. 

 Buku “Semua Ada Saatnya” ini mengajak pembaca untuk lebih menikmati hidup dengan membaca kisah-kisah menarik dan santai yang sangat menginspirasi dan memberi semangat. Tentu agar stamina spiritual Anda selalu terjaga. Tak pelak buku ini layak Anda baca untuk menemani waktu santai Anda.

Wednesday, May 22, 2013

Hiduplah Bersama Orang-orang Jujur


Hiduplah Bersama Orang-orang Jujur 
Penulis: Mahmud Al-Mishri 
 Terbitan: Pustaka Arafah 
 Harga: RM35.00 

 Kedudukan seseorang yang berlaku jujur adalah kedudukan kaum yang paling agung. Dari sikap ini lah, semua kedudukan para ahli ibadah dan jalan yang paling lurus akan terwujud. Barangsiapa tidak menempuhnya, dia termasuk dari golongan yang terputus dan binasa. Kejujuran merupakan pemisah antara orang-orang munafik dari orang-orang beriman, penghuni surga dari penghuni neraka. Kejujuran adalah pedang Allah di bumi-Nya yang dapat menebas kejahatan serta menghinakan dan mengalahkan kebatilan. 

Inilah buku yang akan menyibak dengan jelas makna dan hakikat kejujuran. Dimana dan kapan kita harus menerapkannya. Dalam buku ini juga dimuat kiat-kiat menjadi orang yang jujur dan tentunya juga buah kejujuran itu sendiri. Serasa terasing dari peradaban jika seseorang mencoba untuk jujur karena pekatnya debu-debu maksiat di masyarakat. Tapi yakinlah, bahwa Allah akan tetap akan memperhatikan dan menyayangi orang-orang jujur. Maka jadilah orang jujur, dan Anda tidak akan pernah rugi karenanya!

Tuesday, May 21, 2013

Tausug & Kesultanan Sulu


Tausug & Kesultanan Sulu 
Penulis: Asree Sug 
 Terbitan: Saba Islamic Media 
 Harga: RM38.00

Buku ini membedah sejarah kepulauan Sulu yang dihuni oleh suku-suku bangsa Sug (Tausug) terdapat dalam cacatan sejarah.Mereka ini disebut sebagai bangsa yang tidak mengenal kekalahan dan kemusnahan disebabkan keberanian mereka. Malah dalam kamus bahasa Tausug itu sendiri tidak ditemui perkataan "serah diri". Ahli sejarah rata-rata mengenal Tausug sebagai bangsa tidak terkalah sebagaimana yang disebut dalam buku "Never Subdued" oleh Franklin Hook. Tausug telah beperang dengan Sepanyol selama 377 tahun tanpa kekalahan, berperang dengan Jepun dan kemudian memerangi Filipina selepas Perang Dunia ke-II selama 40 tahun sehingga hari ini mereka masih kekal melawan.

 Ini adalah satu-satunya bangsa Nusantara yang paling keras melawan dan degil mempertahankan Iman dan Islam yang telah mereka anuti dari tujahan kristianisasi penjajah. Mereka berjaya mempertahankan wilayah kepulauan Sulu itu kekal 99% beragama Islam sehingga hari ini. Tausug terkenal sebagai bangsa pembela sehingga digelar sebagai bangsa JURAMENTADO (penyerang berani mati) oleh Sepanyol. Siapa sebenarnya Tausug yang digelar orang Suluk @ Solok oleh orang-orang Melayu ini? Di samping memberi sejarah buku ini turut menjawap persoalan berkaitan Kesultanan Sulu serta isu Pajakan Borneo Utara (Sabah).

Sunnah vs. Bid’ah: Penyelesaian Konflik Menurut Al-Qaradhawi


Sunnah vs. Bid’ah: Penyelesaian Konflik Menurut Al-Qaradhawi 
Penulis: Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM10.00 

 Sebahagian daripada ulama berpandangan, setiap perkara baru adalah bid'ah sehinggakan membid'ahkan semua perkara yang tidak ada dalam sunnah. Sebahagian lagi daripada mereka berpandangan bid'ah hanya urusan duniawi semata-mata sehingga apa sahaja amalan yang tidak ada dalam sunnah, boleh diamalkan. Perselisihan ini adakalanya menyebabkan mereka bercakaran antara satu dengan yang lain meskipun dalam topik yang bukan pokok. 

 Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab perselisihan ini di bawah topik berikut: 
 -Definisi sunnah dan bid'ah menurut perspekstif al-Quran dan sunnah. 
-Ruang lingkup permasalahan bid'ah. 
 -Adakah perkara baru hanya dalam urusan dunia sahaja? 
 -Benarkah bid'ah itu bermaksud berlebih-lebihan dalam ibadah? 
 -Mengapa Islam tegas dalam isu bid'ah? 
 -Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjawab penyelewengan artikel, "Ingkar terhadap Bid'ah, Benci kepada Perkara Baru: Adakah ini Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?"

50 Misteri Menggemparkan Dunia


50 Misteri Menggemparkan Dunia 
Penulis: Adrie Noor Al-Fatia, Abi Naufal, Andriansyah 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM45.00 

 Dunia ini penuh misteri? Ya. Dunia ini penuh dengan misteri. Fenomena-fenomena alam, tapak, fosil, artifak, dan manuskrip kuno dapat membuatkan kita kagum dan mengundang perasaan tidak keruan. Kita pasti tertanya-tanya, mengapa, dan bagaimana fenomena-fenomena ini berlaku. Apa sebenarnya dalam fikiran masyarakat, para cendekiawan, dan aristokrat pada masa itu. Segala peninggalan mereka seolah-olah meninggalkan pesanan dan jejak misteri kepada generasi berikutnya supaya dikaji dan dirungkai. 

Berpandukan buku ini, penulis berkongsi pemikiran dan menambah sedikit sebanyak ilmu daripada beberapa sumber sudut pandang yang cukup berwibawa dan dapat dipertanggungjawabkan secara keilmuannya. Selain daripada itu, buku ini juga dapat menjadi bahan penambahan sudut pandang yang penulis ketahui dan fahami. 

 Buku 50 Misteri Menggemparkan Dunia ini turut dihidangkan dengan filem-filem, foto, dan gambar berwarna yang menakjubkan. Bagi memudahkan pembacaan, buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu: 

 Bahagian 1: Fenomena alam yang penuh misteri. 
Bahagian 2: Tapak, artifak, dan fosil penuh misteri. 
 Bahagian 3: Kejadian luar biasa dalam kita suci dan bukti ilmiah kebenaran Al-Quran.

Tuhan, Aku Kembali


Tuhan, Aku Kembali 
Penulis: Sham Kamikaze, Ainuddin Kamaruddin 
Terbitan: PTS 
 Harga: RM15.00 

 Fitrah manusia, mereka akan sentiasa mahu kembali kepada Tuhan. 

 Inilah kisah penuh inspirasi, penghijrahan Sham Kamikaze, yang kembali menemui fitrahnya. Persoalan bila, bagaimana, dan mengapa penghijrahan itu berlaku, diceritakan kisah demi kisah. Sehingga akhirnya, beliau hidup sejahtera dalam dunia dakwah. 

 Kisah-kisah yang boleh dijadikan sebagai titik mula, kepada sebuah penghijrahan.

Monday, May 20, 2013

Istimewa Untuk Permata Hati


Istimewa Untuk Permata Hati 
Penulis: Nik Salida Suhaila Nik Salleh & Mohd Hariri Haji Mohamad Daud 
Terbitan: Dunia Iman Enterprise 
 Harga: RM18.00 

 Buku ini memberi fokus dan memudahkan masyarakat Islam memperoleh panduan ringkas, jelas dan tepat. Kandungannya dicoretkan dengan tertib dan berbentuk panduan mudah tetapi masih mengekalkan nas Al-Quran dan Hadith sebagai sumber. Panduan ini diharap meandu ibu bapa terutamanya ibu bapa moden yang bekerja di dunia modenisasi dapat melaksanakan tanggunjawab mereka membina keluarga Islam dalam rumah tangga.

Sunday, May 19, 2013

Aku Bersyukur Anakku Autisme


Aku Bersyukur Anakku Autisme 
Penulis: Dr Wan Nasyrudin & Hisham Ahmad 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM17.00 

 Bagi mereka yang mempunyai anak, adik-beradik, saudara-mara, sahabat atau anak murid yang menghidap autisme, maka memiliki ilmu dan kefahaman yang baik tentangnya adalah suatu yang penting dan perlu. Terdapat banyak kaedah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam melayani dan mendidik kanak-kanak autisme yang perlu dijadikan satu modul pendidikan komprehensif. Semua kaedah pendidikan semasa yang diamalkan sekarang berkaitan kanak-kanak autisme, mempunyai asas rujukan dalam al-Quran dan as-Sunnah atau tidak menyalahi kedua-duanya, kecuali mungkin pada sebahagian kecil dan sedikit yang memerlukan penelitian dan semakan.

Kesihatan Keluarga


Kesihatan Keluarga 
Penulis: Raihanah Abdullah 
Terbitan: PTS 
 Harga: RM15.50 

 Apa yang ada di dalam buku ini? 

 1) Kenali tanda awal dan simptom penyakit lazim 
2) Ketahui rawatan dan cara mencegah

Friday, May 17, 2013

Fiqah Daulah Dalam Perspektif Al-Quran & Sunnah


Fiqah Daulah Dalam Perspektif Al-Quran & Sunnah 
Penulis: Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: Pustaka Syuhada 
 Harga: RM20.00 

 Dr. Yusuf Al-Qaradhawi sebagai ulama' yang dikenali bijaksana dan luas wawasannya, menampilkan wajah Fiqah Daulah yang berhikmah, yang memadukan antara salaf dengan yang baru, yang membandingkan antara yang tetap dengan yang berubah, Islam yang memuliakan akal, memperbaharui pemikiran dan membuat pendekatan dengan tatanan dan menyaringnya antara yang bermanfaat dan yang tercela.

Wednesday, May 15, 2013

Tazkiratul Auliya': 62 Orang Wali Allah


Tazkiratul Auliya': 62 Orang Wali Allah 
Penulis: Syekh Fariduddin 'Attar 
Terbitan: Pustaka Aman Press 
 Harga: RM16.00 

 Buku ini adalah terjemahan dari buku bertajuk Tazkiratul Auliya' karangan Syekh Fariduddin 'Attar. Ia mengandungi kata-kata dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan enam puluh dua orang sufi yang masyhur namanya. Orang-orang ini adalah mereka yang mendampingi diri mereka dengan Tuhan dan mereka memandang Tuhan sahaja dan tidak kepada yang lain, yakni mereka pentingkan Allah dari yang lain.

Sunday, May 12, 2013

Ulum Al-Hadith (Modular STPM)

Ulum Al-Hadith (Modular STPM) 
Penulis: Dr. Ab. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali 
 Terbitan: Pustaka Salam 
 Harga: RM26.50

Buku ini dirumus khusus untuk membantu para pendidik dan pelajar mendapatkan sumber rujukan muktabar berdasarkan Silibus Baharu.

Saturday, May 11, 2013

Anda Ingin Kaya & Bahagia, Maka Kahwinlah


Anda Ingin Kaya & Bahagia, Maka Kahwinlah 
Penulis: Fahd Khalil Zaid 
Terbitan: Ibnu Katsir 
Harga: RM14.00 

Tidak dibenarkan jika ada seorang daripada seorang muslim yang sama sekali tidak mahu menikah, padahal ia mampu dengan alasan ingin membujang kerana Allah atau memusatkan untuk beribadah dan memutuskan diri dari nikmat kehidupan dunia. 

Tidak sesuai bagi setiap muslim yang menutup dirinya dari untuk menikah. Disebabkan takut perkara rezeki atau beratnya beban yang dipikul ketika sudah menikah. Oleh kerana ini, diwajibkan kepadanya untuk berusaha dan melihat kurniaan Allah dan pertolongan-Nya yang telah Dia janjikan kepada suami isteri yang mana mereka terasa terhindar dan terjaga dari perlakuan yang tidak baik. 

Allah swt berfirman: "Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya..."(An-Nur:32)

Fikih Ummahat (Himpunan Hukum Islam Khusus Ibu)


Fikih Ummahat (Himpunan Hukum Islam Khusus Ibu) 
Penulis: Wafa' Binti Abdul Aziz As-Suwailim 
 Terbitan: Ummul Qura 
 Harga: RM60.00

Buku ini hadir menjelaskan hukum-hukum fikih praktis Islam, mencakup selok-belok tentang makhluk bernama ibu. Selain tema yang unik dan sering luput dari pembahasan umum, buku ini memiliki kedalaman referensi yang terpercaya. Semua permasalahan dirujuk kepada pendapat empat Imam Madzhab.

Empat Puluh Hadis Penawar Hati


Empat Puluh Hadis Penawar Hati 
Penulis: Abu Ali Al Banjari An Nadwi 
Terbitan: Khazanah Banjariah 
 Harga: RM6.00 

 Hati kita adalah tempat pandangan Allah SWT. Ia merupakan tapak semaian iman, wadah fitrah, akal dan hikmah. 

 Hati kita juga adalah raja bagi seluruh anggota badan. Apabila hati itu baik akan baiklah seluruh anggota badan dan apabila hati itu rosak maka akan rosaklah seluruh anggota badan. 

 Oleh kerana itu, banyak sekali nasihat dan tunjuk ajar yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada ummatnya sebagai "Penawar"yang sangat mujarrab bagi merawat dan menjaga kesihatan hati. 

 Apa yang diharapkan, semoga himpunan "Empat Puluh Hadis Penawar Hati" ini dapat membantu kita dalam usaha ke arah melahirkan hati yang sihat, bersih dan sejahtera. Maka dengan itu, kehadirannya akan diterima di sisi Allah pada hari Kiamat nanti...

Yuk, Jadi Orangtua Shalih!


Yuk, Jadi Orangtua Shalih! 
Penulis: Ihsan Baihaqi Ibnu Bukhari
Terbitan: Mizania 
Harga: RM45.00

Setiap orang tua mendambakan anak yang soleh. Itulah hadiah terindah bagi setiap orang tua. Tapi bagaimanakah caranya mendapatkan anak yang soleh?

Buku ini hadir untuk menjawab pertanyaan itu, dengan beranjak dari keyakinan bahawa diperlukan orang tua soleh untuk menghasilkan anak soleh.

Friday, May 10, 2013

Ketika Malaikat Tidak Bersayap


Ketika Malaikat Tidak Bersayap 
Penulis: Anas Al-Hazimi 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM18.00 

 Suatu ketika, Allah mengutus malaikat maut yang menjelma dalam bentuk seorang lelaki kepada Musa. Malaikat meminta Nabi Musa menjawab panggilan Tuhan. Ini bererti bahawa ajalnya telah tiba dan saatnya telah dekat. Disebabkan Musa mempunyai emosi yang cukup tinggi, Baginda telah menampar wajah Malaikat maut dan merosakkan matanya. 

 Malaikat maut kembali kepada Allah untuk mengadukan apa yang diperolehinya daripada Musa lalu berkata: “Engkau menyuruhku pada hamba yang tidak mahu mati.” [Jami’ul Usul: bab orang yang ingin dikubur di tanah suci. 3/206, No. 1339]

Dilema Aurat Wanita Ketika Bersalin


Dilema Aurat Wanita Ketika Bersalin 
Penulis: Dr. Zaharudin Mohammad 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM16.00 

 Bidang sakit puan dan perbidanan merupakan satu bidang yang sangat mulia dan mencabar serta memerlukan pengorbanan yang tinggi daripada semua pihak. Khususnya umat Islam di negara kita. 

 Isu kekurangan doktor Muslimah dalam bidang sakit puan dan perbidanan telah menjadi barah yang kronik dan serius yang memerlukan perancangan jangka panjang berteraskan syariat Islam. Pelbagai pihak seharusnya bekerjasama untuk merealisasikan masalah fardu kifayah ini. 

 Hasil tulisan daripada buku ini yang bersifat unik, komprehensif, komtemporari dan penuh dengan ‘evidence-based’ perubatan Islam telah memberikan kefahaman yang mendalam berlandaskan syariat Islam di dalam bidang sakit puan dan perbidanan. Terutamanya kepada pesakit, doktor Muslimah dan bakal para doktor. 

 Penulis buku ini juga telah berjaya mengulas isi-isi penting bermula daripada asas pengenalan hinggalah kepada jalan penyelesaian. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman pembaca untuk mengaplikasikan holistic approach in Islamic way of life dalam bidang perubatan. Khususnya bidang sakit puan dan perbidanan.

Melahirkan Anak Pencinta Al-Quran


Melahirkan Anak Pencinta Al-Quran 
 Penulis: Mohd Solleh Ab. Razak 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00 

 Buku ini digarap khusus buat pembaca dalam usaha mencorakkan masa depan anak-anak yang berteraskan al-Quran. Pembelajaran dan pendidikan berteraskan al-Quran yang bermula sejak kecil mampu menjamin akidah anak-anak daripada goyah, terseleweng atau terpedaya dengan pelbagai diayah masa kini. Selain itu, didikan supaya mencintai al-Quran sejak kecil juga mampu menghindar anak-anak daripada tergelincir dari landasan Islam yang sewajarnya. Buku ini membawa seribu satu manfaat kepada pembaca kerana dengan lahirnya generasi pencinta al-Quran, maka akan lahirlah umat yang berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dalam semua aspek kehidupan. Buku ini perlu dimiliki kerana ia memaparkan kaedah dan pendekatan untuk mendidik anak mencintai al-Quran. Memberi motivasi dan keyakinan kepada pembaca dalam mendidik anak pencinta al-Quran. Buku ini juga padat dengan nasihat dan kata-kata hikmah yang bakal menyuntik semangat pembaca untuk melahirkan anak yang mencintai al-Quran.

Kumpulan Cerpen Rahsia Cintaku


Kumpulan Cerpen Rahsia Cintaku 
 Penulis: A.Ubaidillah Alias 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM12.00 

 Kumpulan Cerpen Rahsia Cintaku menghimpunkan 14 cerpen yang dilatari keindahan berlandaskan cinta kerana Allah SWT. Himpunan cerpen yang mampu menjentik jiwa pembaca ini merupakan hasil garapan seorang penulis berbakat besar, A. Ubaidillah Alias. Penyampaian mesej yang jelas namun padat dan penuh dengan penghayatan ini bakal mendidik dan menyedarkan pembaca tentang betapa indahnya berkasih sayang kerana Tuhan Pencipta cinta. Rahsia Cintaku mengungkap erti perhubungan yang didasari kesucian yang penuh hikmah. Selain itu, kisah bagaimana cinta yang didasari cinta kerana Allah itu mampu membawa semula manusia ke jalan yang benar dan diredhai-Nya. Semoga kisah-kisah penuh tauladan dan pengajaran ini bakal menjadi wadah membentuk jiwa masyarakat dan memberi sinar baharu buat mereka yang sedang mencari jalan menuju Kekasih-Nya Yang Maha Esa.

Angguk Geleng

Angguk Geleng 
 Penulis: Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM22.00

Manusia tidak suka digesa apalagi dipaksa. Alpanya tidak boleh dikejutkan dengan kasar. Egonya tidak boleh diterjah dengan bersemuka. Manusia suka dipujuk, dibelai dan diajak kepada kebaikan dengan lunak dan kasih sayang. Biar dia tidak sedar betapa hati, fikiran dan emosinya “diundang” ke daerah kebaikan menerusi pendekatan yang mudah, ceria malah tidak menekan. Inilah eksplorasi yang penuh aspirasi di sebalik pembikinan buku ini. Jangan ada tekanan. Usah ada yang rasa dipersendakan. Buku ini, insya-Allah akan menyebabkan kita rasa bersalah tanpa terasa dipersalahkan. Buku ini wajar dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat kerana memaparkan kisah-kisah yang dapat memberi kesedaran jiwa dan minda; paparan kisah dalam keadaan yang bersahaja tetapi mampu membuat kita mengangguk–mengiyakan kebenaran; paparan kisah yang mampu menyentak kotak fikiran sehingga kita menggeleng – mengakui kita sebahagian daripada kisah yang dipersembahkan, dan menyajikan kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan seharian.

Thursday, May 9, 2013

Motivasi Dari Tuhan


Motivasi Dari Tuhan 
Penulis: Baharudin Ali Masrom Al-Haj & Mohamad Rizal Long 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM16.00 

 Pendekatan dan modul baharu bagi membangunkan modal insan bagaimanapun tetap belum mencukupi bagi mengurangkan apatah lagi untuk mengatasi masalah-masalah pengurusan dan kehidupan manusia sejagat. Hakikatnya, masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, penyakit berjangkit (HIV), hubungan seks terlarang, pelacuran, jenayah, rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, ketidakcekapan pengurusan organisasi dan lain-lain tetap memerlukan sesuatu yang benar-benar menepati inti pati “pembangunan insan”. 

Ia sesungguhnya memerlukan bukan sekadar perubahan paradigma, tetapi pendekatan “hijrah”, kembali kepada kemanusiaan sejati atau fitrah atau jati diri.Oleh sebab itulah, kami beruzlah, bermuhasabah, mengunyah dan menghadam bahan-bahan rujukan, serta melakukan visualisasi ke hadapan, merenung dan akhirnya kembali kepada peristiwa yang kami alami sendiri di Padang Arafah ketika menunaikan Haji pada tahun 1992 – aktiviti yang kami anggap Kembali kepada Fitrah atau Back to Basic. Ketika berusrah di Padang Arafah, kami dikurniakan Allah ilham yang membuka “rahsia hebat” di sebalik prinsip Rukun Islam yang lima, iaitu kekuatan Daya Saring, Daya Pimpin, Daya Tahan, Daya Saing dan Daya Juang!

Jin Undercover

Jin Undercover 
Penulis: Abdul Majid Hassan 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM20.90 

 Perkataan “jin” dalam bahasa Arab bermakna “terlindung atau tersembunyi”. Ini bermakna jin tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Mengikut Syed Sabiq dalam bukunya Al-qa’id al-Islamiah: jin ialah roh yang berakal, mukalaf seperti manusia tetapi tidak mempunyai jasad seperti manusia, tidak dapat dilihat dengan penglihatan, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiat mereka yang asli dan mereka mempunyai kuasa tersendiri untuk membentuk diri mereka. 

Daripada definasi “mereka mempunyai kuasa untuk membentuk diri mereka sendiri”, bererti mereka boleh berubah bentuk kepada bentuk yang mereka kehendaki. Dan dijadikan jin daripada api yang tidak berasap – lidah api. (Surah ar-Rahman: 15) 

Perbezaan antara jin dan manusia adalah pada tahap suhu. Biasanya, suhu badan manusia ialah antara 35oc hingga 37oc. Manakala suhu jin yang minimum ialah antara 100oc hingga ribuan darjah celsius. Suhu badan manusia tidak boleh melebihi 50oc. Ini akan mengakibatkan manusia mati. Manusia tidak boleh menurunkan suhu badannya dengan sendiri. Tetapi jin boleh menurunkan suhunya dengan cara berubah bentuk sepertimana definasi yang nyatakan oleh Syed Sabiq.

Wednesday, May 8, 2013

Pencuri Pilih Anjing


Pencuri Pilih Anjing 
Penulis: Ahmad Lutfi Othman 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM28.00 

 Saya sering teringat kata-kata Lutfi bahawa ancaman KDN tidak pernah melumpuhkan semangat dan kekentalan beliau, namun kegagalan ejen-ejen pengedaran bahan penerbitannya menjelaskan jutaan ringgit kutipan sedikit sebanyak berjaya melumpuhkan ketahanan beliau. Saya percaya Lutfi bukan menulis kerana wang namun ketiadaan wang mampu menjejaskan kekentalan penulis, hatta kepada penulis berjiwa waja seperti beliau. Sudah tentu kita bukan bercakap tentang pengumpulan harta daripada dunia penulisan sebaliknya berkaitan isu survival penulis seperti beliau, yang bertindak sebagai wartawan, editor sekali gus penerbit.