Monday, December 21, 2009

Fenomena Riddah & Penghinaan Terhadap Nabi SAW

Fenomena Riddah & Penghinaan Terhadap Nabi SAW - Menelusuri Sejarah Dan Implikasi Hukum
Penulis: Ustaz Riduan Mohamad Nor & Ustaz Mohd Asri Mat Daud
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM20.00

Buku ini muncul di tengah khalayak ketika isu murtad dan gerakan swadaya pemurtadan sedang menerjah umat Islam di Malaysia yang semakin merosot indeks kelestarian aqidahnya.

Fenomena riddah sebenarnya bukanlah suatu yang baru dalam perkembangan sejarah Islam terutama menjadi rancak selepas kewafatan Nabi SAW kerana golongan yang sangsi terhadap agama menyangka Islam akan menjadi lemah dengan kewafatan Nabi, perhitungan mereka silap kerana Khalifah Abu Bakar telah menangani isu dengan tegas dan berkesan. Kemuliaan Islam dipertahankan oleh Khalifah Abu Bakar bukan sahaja dalam isu riddah tetapi menangani golongan yang enggan membayar zakat, ancaman tentera Rom di Balqa', nabi-nabi palsu yang menghina Izzah agama seperti Musailamah Al-Kazzab, Aswad Al-Ansi, Thulaihah Bin Khuwailid dan beberapa lagi nama bejat yang menerima hukuman di atas sikap mereka.

Usaha untuk memurtadkan orang Islam tidak pernah berakhir di dalam sejarah panjang umat ini, di era penjajahan kuasa Barat seperti British, Perancis, Sepanyol, Belanda, Itali, Jerman, Portugal, golongan kuffar ini sentiasa berusaha untuk memalingkan umat Islam daripada deen yang suci ini.

KANDUNGAN

1. Pendahuluan: Kewajipan Menyintai Nabi SAW
2. Keagungan Rasulullah SAW
3. Syubhat-Syubhat Ke Atas Rasulullah SAW
4. Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW
5. Hukum Mencela Dan Menghina Rasulullah SAW
6. Kebebasan Di Dalam Islam
7. Pemahaman Boikot Atau Pemulauan Barangan
8. Peranan Umat Islam
9. Jenayah Murtad: Perbincangan Hukum Dan Isu Sekitarnya
10. Kes-Kes Murtad Di Tanah Air
11. Peranan Umat Islam
12. Meninjau Fenomena Murtad Di Indonesia
13. Kristianisasi Di Beberapa Buah Negara Umat Islam
14. Natrah; Sejarah Luka Di Hati Umat

No comments:

Post a Comment