Friday, February 19, 2010

Pemikiran Islam Liberal - Pembahasan Isu-Isu Sentral

Pemikiran Islam Liberal - Pembahasan Isu-Isu Sentral
Penulis: Dr. Ugi Suharto
Penerbit: Dewan Pustaka Fajar
Harga: RM15.00

Istilah "Islam Liberal" pertama kali digunakan oleh para penulis Barat seperti Leonard Binder dan Charles Kurzman. Binder menggunakan istilah "Islamic Liberalism", sementara Kurzman memakai istilah "Liberal Islam". Secara tersirat kedua-duanya mempercayai bahawa Islam itu banyak; "Islam Liberal" adalah salah satunya. Namun sebelum kita melanjutkan perbincangan ini, pertamanya kita mesti nyatakan dahulu bahawa Islam itu satu dan tidak banyak. Yang nampak banyak sebenarnya adalah adalah "mazhab" dalam Islam, bukan Islam itu sendiri. Jadi istilah "Islam Liberal" yang kita maksudkan di sini adalah "Pemikiran Islam Liberal" yang merupakan satu aliran berfikir baru di kalangan umat Islam.

Kemudian perkara yang kedua yang kita perlu jelaskan juga adalah, pemikiran Islam Liberal ini tidak termasuk dalam mazhab Islam. Mengapa? Kerana mazhab-mazhab dalam Islam tetap merujuk pada induk yang sama, yang disepakati, yang satu, yang mapan, yang dipersetujui oleh seluruh umat Islam dari dahulu hingga kini, di berbagai negeri dan lokaliti.

No comments:

Post a Comment