Tuesday, May 11, 2010

Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan

Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan
Penulis: Fadhlullah Jamil
Terbitan: Karisma Publications
Harga: RM35.00

Buku ini membincangkan perkembangan sejarah dan masalah-masalah yang pernah terjadi di Asia Barat, khususnya di Arab Saudi, Turki, Mesir dan Iran moden. Dalam mengolahkan sejarah di negara-negara itu, fokus kajian adalah kepada isu kebangkitan Islam dan ancaman penjajahan Barat pada zaman moden, bermula dari tahun 1800 hingga sekitar lewat tahun 1970-an, dan bagi kes Turki hinggalah 1980-an. Kajian pemikiran-pemikiran moden, iaitu aliran-aliran falsafah Barat yang mempengaruhi umat Islam juga disentuh.

Diharapkan kajian ini dapat membantu rakyat Malaysia dalam memahami sejarah umat Islam zaman moden dan pergolakan-pergolakan yang berlaku akibat daripada campur tangan para penjajah Barat. Melalui pendedahan ini, moga-moga umat Islam akan bersikap lebih peka dan bersiap sedia untuk menghadapi setiap ancaman daripada Barat yang rakus dengan harta dan kuasa.

No comments:

Post a Comment