Friday, July 9, 2010

Novel Terbaru Habiburrahman el-Shirazy 'Bumi Cinta'

Harga: RM25.90 (Versi B.Malaysia), RM39.00 (Versi B.Indonesia)
Sinopsis

Istimewa buat para peminat karya Habiburrahman El Shirazy atau Kang Abik, kini beliau kembali lagi dengan siri novel pembangunan jiwa yang terbaru, Bumi Cinta. Berbeza dengan novel-novel sebelumnya yang berlatar tempat di Mesir, kali ini Kang Abik cuba mengeksplorasi pula keindahan bumi Rusia.

Bumi Cinta mengisahkan seorang pemuda Indonesia bernama Muhammad Ayyas, mahasiswa post-graduate di Delhi, India. Ayyas harus berkelana ke Rusia atas urusan melaksanakan kajian yang ditugaskan oleh pensyarahnya iaitu mengenai kehidupan umat Islam di Rusia semasa pemerintahan Stalin.

Tiba di Rusia, dia disambut oleh teman lamanya David yang telah mencarikan sebuah apartmen untuk tempat tinggal Ayyas. Dengan alasan budget yang terhad dan lokasi apartmen yang strategik, ternyata David hanya mampu mendapatkan sebuah apartmen yang harus berkongsi dengan orang lain, iaitu Yelena dan Linor, dua orang gadis Rusia yang jelita. Maka serangkaian masalah bagi Ayyas pun bermula dari sini.

Yelena seorang pelacur kelas atas dan Linor seorang pemain biola yang akhirnya diketahui sebagai agen rahsia Mossad. Sungguh ini merupakan godaan keimanan yang dahsyat bagi Ayyas dalam menjaga kesucian dirinya sebagai muslim. Godaan bagi Ayyas tidak hanya sampai di situ. Pensyarah di Rusia yang dirujuk oleh pensyarahnya di Delhi telah menyerahkan tugas bimbingan ini kepada pembantunya, seorang gadis muda jelita bernama Anastasia, penganut Kristian ortodoks yang sangat taat.

Tiga wanita inilah yang mendominasi jalan cerita Bumi Cinta. Nuansa romansa memang terasa sangat kental di sini. Tiap halaman akan kita jumpai gejolak perasaan Ayyas ke atas wanita-wanita jelita yang dijumpainya. Kisah ini juga dilengkapi dengan peristiwa pembantaian Zionis terhadap rakyat Palestin di Sabra dan Syatila.

Baca selengkapnya di dalam novel ‘Bumi Cinta’!!! Dapatkan segera di Pustaka Iman!!!

16 comments:

  1. Assalamualaikum. Novel terkini Habiburrahman ini sudah saya telaah. Lebih baik dari Ayat-Ayat Cinta dengan persoalan yang global. Nantikan ulasan saya, insyaAllah.

    --- Web Sutera (http://pasalbuku.blogspot.com)

    ReplyDelete
  2. novel ini akan membuka wawasan siapan pun dan akan membangunkan jiwa seorang umat manusia........
    abi...abik sya setia menunggu novel terbaru nya lagi

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum, berkunjung ke pecinta Novel.....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,boleh beli secara online tak..?dan pustak iman kat mana..?
    terima kasih

    ReplyDelete
  5. macam mana cara nak oder buku online ni..?
    saya nak bumi cinta 2..(mcm gambar kat atas)

    ReplyDelete
  6. Lagi best versi asal atau versi Malaysia ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada citarasa pembaca. biasanya yg original lebih digemari

      Delete
  7. Salam,ada lagi x buku ni? Sy nk beli

    ReplyDelete
  8. Saya nk beli Novel ini...ini email nya... Yellowflash944@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Sy nk beli novel ni, versi b.mlysia..ni email nya...Yellowflash944@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, ada lagi tak buku ni, dah susah nak cari sekarang. Saya nak beli.

    ReplyDelete