Tuesday, July 20, 2010

Quranic Leadership: Seni Memimpin Gaya Al-Quran

Quranic Leadership: Seni Memimpin Gaya Al-Quran
Penulis: Muhammad Masnur Hamzah
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00

Kebolehan memimpin adalah seni yang sedia ada dalam diri setiap insan. Tinggal lagi, bagaimana menggilap bakat kepimpinan yang dianugerahkan itu. Sesuai dengan hadis yang dinyatakan, al-Quran dan hadis adalah sumber paling tepat bagi dijadikan rujukan dalam bidang kepimpinan. Terkandung di dalamnya pelbagai kaedah mengenai tatacara mengurus dan teknik-teknik memimpin.

Quranic Leadership: Seni Memimpin Gaya Al-Quran mengupas tentang seni dan gaya memimpin yang berpengaruh serta berkesan. Kaedah yang ditonjolkan sesuai untuk dipraktikkan oleh seluruh peringkat kepimpinan, tidak kira dalam apa-apa bidang mahupun organisasi. Melalui penerangan yang jelas dan santai, pembaca pasti selesa dan mudah memahami mesej yang mahu disampaikan oleh penulis, seterusnya memberi impak positif kepada hasil kerja seharian.

No comments:

Post a Comment