Tuesday, October 11, 2011

Syarah Akidah Mursyidah

Syarah Akidah Mursyidah
Penulis: Ahmad Faidzurrahim
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM10.00

Risalah akidah ini asalnya ditulis oleh Imam Ibn Tumart, meninggal pada akhir tahun 542 Hijrah. Matan yang ringkas ini menjelaskan akidah Ahli Sunah Waljamaah, sekali gus menyanggah pendapat mereka yang cuba mengelirukan umat daripada pegangan tersebut.

Manakala Imam Fakhruddin ibn Asakir pula ialah penyebar dan pembaca risalah ini di bumi Syam dan beliau juga yang sering mengulangi bacaan risalah ini kepada para penuntut ilmu dan orang Islam di sana, lalu risalah tersebut dikenali dengan nama Risalah Ibn Asakir.

Ramai ulama Ahli Sunah Waljamaah yang memuji risalah ini dan menyatakan bahawa risalah ini sering diulang bacaannya selama empat kurun (400 tahun). Antara mereka ialah al-Hafiz Salahuddin Khalil bin Kaikaladi al-Alla’i Rahimahullah yang meninggal pada tahun 761 Hijrah. Beliau memberi judul risalah ini sebagai al-Akidah al-Mursyidah dan berkata:

“Pengarang al-Akidah al-Mursyidah ini berada di atas jalan dan akidah yang lurus dan beliau adalah benar dalam mentanzihkan Allah”

Al-Imam Tajuddin al-Subki dalam kitab Tabaqatnya berkata:

“Ini adalah akhir kitab akidah, dan tidak ada seorang sunni pun yang mengingkarinya.”

No comments:

Post a Comment