Tuesday, March 19, 2013

Ke Arah Haji Mabrur


Ke Arah Haji Mabrur 
Penulis: Hj Mohd Lamin 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00 

 Ramai yang tidak menyedari bahawa ibadah haji mempunyai maqasid dan matlamat yang dikehendaki oleh Allah SWT supaya kita mencapainya. Hal ini menyebabkan ramai yang menunaikan ibadah haji tanpa memikirkan matlamatnya. Akibatnya, ibadah haji tersebut tidak meninggalkan kesan yang baik dalam dirinya. Dirinya tidak terdidik melalui ibadah berkenaan. Justeru, apa yang kita lihat dalam kehidupan seharian, sikap dan tindak-tanduknya tidak sejajar dengan semangat ibadah haji. Bagaimanakah pula kita hendak mendapatkan haji yang mabrur jika perkara sedemikian terjadi?

No comments:

Post a Comment