Sunday, March 17, 2013

Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ (Saiz 3, Biru)


Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ (Cover Biru) 
Saiz: 13.5 cm x 19.2 cm 
Penyusun: Tan Sri Hj Hasan Azahari & Dr Raof Tan Sri Hasan 
 Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM55.00 

Al-Quran Al-Karim dengan panduan waqaf dan ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan system warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. 

Al-Quran Al-Karim dengan panduan waqaf dan ibtida’ ini tidak sesekali mengubah tanda waqaf yang sedia ada dalam Al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam Al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan. 

Didatangkan dengan saiz yang lebih kecil berbanding yang sebelumnya untuk memudahkan pembaca membawanya ke mana-mana. Lebih praktikal dan semoga lebih bersemangat untuk membacanya.

No comments:

Post a Comment