Wednesday, April 29, 2015

Sejarah Dunia dari Sudut Pandang Islam


Sejarah Dunia dari Sudut Pandang Islam 
 Penulis: Tamim Ansary 
 Terbitan: Adiwarna 
 Harga: RM49.00 

 Destiny Disrupted: A History of the World through Islamic Eyes adalah sebuah buku hebat tulisan Tamin Ansary. Beliau membesar di Afghanistan dan kini menetap di Amerika Syarikat. Inilah yang menjadikan beliau sangat ideal dalam melihat dunia dari dua perspektif yang berbeza: barat dan timur. 

 Tamin Ansary melakar sejarah dengan gaya penulisan yang menyenangkan. Dalam tempoh beberapa dekat selepas kewafatan Muhammad SAW, semua pusat penting tamadun telah diperintah oleh orang Islam. Namun, apabila Revolusi Perindustrian bertukar, dunia menjadi terbalik. Apa yang sudah terjadi? Di mana kualiti pemerintah dan kerajaan yang ‘diasuh' oleh Muhammad SAW serta Khalifah al-Rasyidin? 

 Buku ini bercerita bermula dengan kelahiran peradaban Mesir dan Mesopotamia, era Yunani dan Rom, kebangkitan Islam sehinggalah sejarah mutakhir – Peristiwa 9/11. Perpecahan negara dan aliran mazhab, diceritakan dengan cepat tetapi jelas, untuk memudahkan pembaca faham apa yang terjadi. 

Buku ini telah mengungkap sumbangan Islam pada dunia, kala Eropah terperangkap dalam ‘Zaman Kegelapan'. Tidak hairanlah buku ini terpilih sebagai ‘National Bestseller' di Amerika Syarikat. Penulisannya tidak memihak, tetapi beliau memperlihatkan apa yang patut disaksikan oleh dunia sebenar.

No comments:

Post a Comment