Monday, April 3, 2017

Terus Berjuang - Islam Pasti Menang


Terus Berjuang - Islam Pasti Menang 
Penulis: Dr. Yusuf al-Qardhawi 
Terbitan: Syabab Publishing 
Harga: RM15.00 

 Punca bagi perasaan yang negatif ialah serangan yang bertubi-tubi yang dihalakan oleh musuh-musuh Islam dengan cara yang amat keji dan penuh dengan tipu daya terhadap kebangkitan Islam dan Gerakan Islam. Serangan itu bermatlamat untuk memadamkan cahaya Islam, menghentikan gerakannya dan mematikan kebangkitannya. Di dalam usaha tersebut, musuh-musuh Islam telah meminta bantuan sebahagian pemimpin umat Islam yang telah mereka takutkan dengan Kebangkitan Islam, lalu mereka diperintahkan untuk menghentam Gerakan Dakwah. Amat menyedihkan kerana para pemerintah ini menyahut seruan musuh-musuh Islam. Ini disebabkan mereka bimbang kemenangan Islam akan menghalang mereka daripada melampiaskan nafsu syahwat mereka, menanggalkan mereka daripada hasil-hasil mereka yang diharamkan serta menjadikan rakyat berani untuk menghakimi kesilapan yang telah mereka lakukan. Setiap pendakwah Islam wajib menyakini Allah, membawakan berita gembira tentang masa depan risalah yang terakhir dan dakwah yang abadi. Di samping itu, menolak rasa putus asa yang merupakan salah satu sifat kekufuran, juga menolak rasa lesu yang merupakan salah satu petanda kesesatan.

No comments:

Post a Comment