Tuesday, October 12, 2010

Rihlah Ibnu Battuta

Rihlah Ibnu Battuta (Perjalanan Ibnu Battuta)
Penyusun: Ust. Dr. Muhammad Hanafis
Terbitan: Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd
Harga: RM69.00

Dikenali sebagai pengembara yang hebat sebelum zaman moden, Ibnu Battuta dilahirkan di Maghribi dan mendapat pendidikan awal dalam perundangan Islam. Bermula hanya dengan pengembaraan untuk menunaikan haji ke Mekah pada usia 21 tahun, Ibnu Battuta akhirnya telah mengembara selama hampir 30 tahun ke seluruh dunia Islam pada zamannya, dari Afrika Utara, Afrika Selatan dan Sepanyol, Eropah Timur, benua kecil India sehinggalah ke China dan Kepulauan Maldives.

Dengan karyanya daripada catatannya yang dikenali sebagai Rihlah, Ibnu Battuta memberi kita satu pintu untuk melihat tamadun Islam pada mercunya - yang mempunyai ciri-ciri keyakinan, melangkaui dunia, kepelbagaian dan moden - dengan jelas meliputi maklumat berkaitan dengan sejarah, geografi, sistem pemerintahan dan budayanya. Rihlah merupakan catatan yang disusun secara teratur mengikut masa tidak tertumpu pada keterangan-keterangan karier beliau sahaja, tetapi mengandungi maklumat terperinci dan merupakan satu pengenalan kepada dunia Islam yang hidup dalam masa yang sama menjadikan pembacaan catatan dan pengembaraan sesuatu yang menghiburkan.

4 comments:

  1. salam.

    Buku ni dalam Bahasa Indonesia atau Bahasa Melayu?

    ReplyDelete
  2. salam,
    kenapa buku ni harga rm69.00, saya tgk yang lain harga rm 250.00/200.00 adakah ia mempunyai perbezaan? tq.

    ReplyDelete