Friday, October 1, 2010

Sistem Politik Islam

Sistem Politik Islam
Penulis: Khalid Ali Muhammad al-'Anbariy
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM29.90

Buku karangan Dr. Khalid Ali Muhammad al-'Anbariy dalam bahasa Arab ini diterjemahkan oleh sekumpulan tujuh orang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Buku ini menghuraikan prinsip pemerintahan sebuah negara Islam. Ia bermula dengan sejarah penubuhan negara Islam pertama di Madinah oleh Rasulullah s.a.w. diikuti dengan ciri-ciri, tujuan dan kaedah politik Islam itu sendiri.

Politik Islam bermaksud memerintah dengan peraturan yang telah ditetapkan Allah s.w.t. di dalam Al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Kalau begitu apakah hukum memerintah sesebuah negara dengan hukum selain daripada hukum Allah?

Perkara kedua yang difokuskan ialah soal pemimpin. Bagaimanakah kedudukan seorang pemimpin dalam Islam? Apakah syarat untuk menjadi seorang pemimpin? Bagaimana kaedah perlantikannya? Apakah bentuk kepimpinan yang hendak dilaksanakan?

Perkara ketiga ialah tentang tenggungjawab dan hak negara. Apa peranan ulama dalam sesebuah negara? Apa pula peranan sultan atau raja?

Perkara keempat ialah tentang rakyat atau masyarakat dan komposisinya.

Perkara terakhir ialah tentang tanah air, kekuasaan politik, perundangan, kehakiman, pelaksanaan, kementerian dan asas politik yang adil. Buku ini juga menyorot fatwa tentang politik Islam oleh mufti dan ulama terkemuka dunia Islam.

No comments:

Post a Comment