Wednesday, January 29, 2014

Ahmad Ammar: Satu Kematian Yang Hidup


Ahmad Ammar: Satu Kematian Yang Hidup 
Penulis: Mejar (B) Mohammad Qayyum 
 Terbitan: Casamas Resources 
 Harga: RM19.00

 Kisah syahid seorang anak muda telah menjadi bualan yang serius di kalangan rakan-rakan, masyarakat Malaysia dan telah menjangkau ke banyak negara yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang beliau. Anak muda ini tidak menonjol dalam rutin hariannya. Namun beliau yang merupakan pelajar cemerlang mempunyai tahap intelek dan emosi pada tahap yang tinggi. Beliau merupakan seorang "syahid yang tertangguh". Pemikiran dan keterlibatan beliau dalam kerja-kerja dakwah amat mengagumkan. Pada usia 20 tahun beliau telah terlibat dalam pelbagai misi dakwah dan kemanusiaan termasuk di Syria. 

 Subjek sejarah yang beliau pilih merupakan kesinambungan visi yang tertanam dalam diri iaitu untuk menguasai sejarah dan menguasai dunia. Kerana bagi beliau sejarah adalah kunci umat Islam. Sejarah kegemilangan sultan Muhammad al-Fateh menguasai konstantinopel perlu diulangi. Namun Allah lebih menyanyangi beliau. Tanggal 2 November 2013, gugurlah seorang insan berjiwa al-Fateh. Pemergian yang ditangisi oleh rakan seluruh dunia. "Kematian yang hidup" bermakna beliau menjadi terkenal dan berjaya menyuntik semangat pada anak muda selepas kematiannya.

No comments:

Post a Comment