Monday, January 11, 2016

Membangkitkan Energi Qolbu


Membangkitkan Energi Qolbu 
 Penulis: Imam Ghazali 
 Terbitan: Mitra Press 
 Harga: RM20.00 

 Qolbu itu sesuatu paling utama. Sesungguhnya manusia siap untuk berma’rifat (mengetahui Allah SWT. dan yang ghaib) dengan qolbunya, tidak dengan salah satu anggota badannya. Kerana itu qolbu jua yang berbuat kerana Allah. Dialah (qolbu) yang berusaha mendekat kepadaNya. Qolbu pula yang menyingkap apa yang ada di sisiNya. 

 Secara hakikat, ketaatan kepada Allah itu terletak pada qolbu. Sesungguhnya yang tersebar terhadap anggota badan dalam melakukan ibadah merupakan cahaya-cahayanya. Bila qolbu telah terbangkitkan energinya, cahaya kebaikannya memancar ke seluruh anggota tubuh. Kerana itu, sehingga anggota tubuh tergerak untuk beramal taat. Sebaliknya, kita menjadi sombong dengan menggunakan media anggota badan dikeranakan keadaan qolbu yang kotor. Perbuatan-perbuatan keji dan buruk dikeranakan qolbu yang tidak suci atau gelap. 

 Orang yang tidak mengenal qalbunya, ia tidak bisa mengintai dirinya, tidak mampu memeliharanya dan tidak mampu mengintip sesuatu yang tersimpan di alam malakut. Orang demikian ini dikatagorikan sebagai hamba yang lupa.

No comments:

Post a Comment