Sunday, June 5, 2016

MALAM BAGAIKAN MALAIKAT, SIANG BAGAIKAN SINGA


MALAM BAGAIKAN MALAIKAT, SIANG BAGAIKAN SINGA 
 Penulis: Abdul Rahim Muhammad Syakrawi 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM28.00 

 Solat, bagi kaum muslimin, adalah perkara yang tidak asing lagi. Ianya merupakan ibadah yang paling utama. Sebahagian kita menyebut solat dengan kata sembahyang. Menyamakan solat dengan sembahyang sama ertinya dengan menyatakan bahawa setiap agama memilikinya, tidak terkecuali agama kita. lanya menyatakan hal yang demikian ini sesungguhnya tidak terlalu tepat. Ketika kata solat diganti dengan kata sembahyang, maka ianya mengandaikan bahawa setiap agama memiliki cara sendiri-sendiri dalam bersembahyang, akan tetapi pada hakikatnya cara tersebut memiliki maksud dan matlamat yang sama. Maksud dan matlamat yang sama, hanya cara dan waktu-waktunya saja yang berbeza. Persoalannya, apakah memang sedemikian? Apakah solat itu tidak ubahnya sembahyang yang dilakukan oleh seorang Kristian, atau seorang Hindu, atau seorang Buddha? Apakah benar bahawa maksud dan matlamatnya itu sama dan hanya berbeza dalam cara dan waktu-waktunya saja? Tidak adakah hakikat yang dapat ditarik dan perbezaan cara-cara dan waktu bersembahyang antara agama tersebut, sehingga perbezaan ini membawa perbezaan pula dalam maksud dan matlamatnya? 

Tampaknya dari segi inilah upaya bagi memahami hakikat solat dan rahsia-rahsia yang dapat kita petik dan ibadah solat Tahajjud dalam pengertian agama kita. Satu hal yang pasti, anda tidak akan menemukan satu konsep ibadah yang disebut dengan sembahyang, yang dilakukan oleh umat-umat lain selain Islam seperti ibadah solat Tahajjud ini. Dengan kata lain, hanyalah dalam Islam saja dikenali dengan sembahyang Tahajjud. Bagi memahami pembahasan yang demikian ini, saya ingin menunjukkan terlebih dahulu kepada anda adanya pemikiran yang membingungkan, yang justeru keluar dari akal sebahagian muslim dalam membaca, memandang dan memaknai hakikat solat.

No comments:

Post a Comment