Sunday, May 15, 2011

Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab Mengenai Persoalan Islam Yang Kontemporari

Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab Mengenai Persoalan Islam Yang Kontemporari
Penulis: Dr. Danial Zainal Abidin
Terbitan: PTS
Harga: RM30.00

Mengupas Persoalan-Persoalan Semasa Islam Secara Komprehensif Berpandukan al-Quran, Hadis, dan Sains

Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab menggunakan format padat soalan dan jawapan bagi menerangkan isu yang selama ini sukar untuk kita perjelaskan jawapannya. Melalui buku ini, kita diberi pencerahan yang cemerlang perihal 74 persoalan Islam dan iman melalui cara yang mudah.

Antara persoalan yang terjawab adalah:
  • Mengapa agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad dipanggil Islam, bukan Muhammadisme?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan 'Islam itu agama yang sempurna'?
  • Sekiranya solat mencegah kemungkaran, mengapa orang yang menunaikan solat masih melakukan kejahatan?
  • Benarkah Tuhan itu wujud?
  • Bagaimana dengan jangkaan kiamat pada tahun 2012?
  • Apakah kedudukan anti hadis, Ayah Pin dan Rasul Kahar di sisi Islam?

No comments:

Post a Comment