Monday, June 13, 2011

Quranic Super Healing

Quranic Super Healing
Penulis: Ustaz Mustamir
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00

Setiap manusia mahukan kesihatan. Ada yang berpendapat sihat itu adalah kekal segar tanpa masalah. Mungkin pula sihat itu adalah sembuh daripada penyakit yang sedia ada. Menjadi sihat adalah salah satu nikmat agung yang dikurniakan kepada kita selain diizinkan hidup, ada masa lapang, anugerah kekayaan dan waktu muda remaja.

Namun sayang, kita ini sukar sihat. Sekiranya tidak sakit tubuh badan dengan terbeban kanser, diabetes, darah tinggi dan seribu macam penyakit lagi, ada pula sakit jiwa. Sakit pada hati. Mungkin itu teruk sakitnya seperti skizofrenia mahupun mania. Mungkin pula sakit yang halus seperti dengki, benci dan keras hati. Walau apapun namanya, semua itu tetap penyakit. Kita yang menderita terasa perit.

Begitu dahsyat dunia, putus asa sahajakah kita?

Tidak. Syukur, kita ada al-Quran. Mukjizat nabi yang teragung. Kitab yang dijanjikan Tuhan sebagai penyembuh dan ubat untuk orang beriman. Tuhan menawarkan kesihatan nurani dan jasmani buat mereka yang membaca, menghayati dan mengamalkan ajaran-ajaran al-Quran.

Quranic Super Healing mengungkap rahsia al-Quran dari segi kesihatan dengan asas ilmu perubatan. Melalui hujah dan analisis ilmiah, terungkap yang al-Quran sememangnya mempunyai potensi luar biasa sebagai ubat kepada pelbagai penyakit. Bukan sahaja penyakit jiwa, bahkan penyakit jasad.

No comments:

Post a Comment