Sunday, March 6, 2016

Misteri Keajaiban Alam Ciptaan Tuhan: Tumbuhan Penyembuh Penyakit


Misteri Keajaiban Alam Ciptaan Tuhan: Tumbuhan Penyembuh Penyakit 
 Penulis: Syed Mahadzir Syed Ibrahim 
 Terbitan: Green Dome 
 Harga: RM28.00 

 Buku MISTERI KEAJAIBAN ALAM CIPTAAN TUHAN: TUMBUHAN PENYEMBUH PENYAKIT ini diterbitkan bertujuan untuk mengajak para pembaca supaya melihat kembali tumbuhan yang tumbuh subur di sekitar kita, yang mempunyai banyak khasiat perubatan serta boleh digunakan terutama sebagai bahan perubatan alternatif. Buku ini memaparkan pelbagai spesies tumbuhan hijau yang ada di sekitar kita yang boleh digunakan untuk tujukan perubatan sekiranya perlu. 

Sesungguhnya, benarlah kalam Allah swt bahawa tumbuhan itu diciptakan untuk manusia memanfaatkannya. Melalui tumbuhan, terselit rahsia-rahsia kebesaran Allah swt dan ada nilai perubatan yang dapat membantu kehidupan manusia. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca dalam menjalani hidup seharian. Tumbuhan adalah sahabat manusia yang manfaatnya telah dijadikan oleh Allah swt juga untuk kepentingan manusia.

No comments:

Post a Comment