Thursday, May 26, 2011

Koleksi Remaja Perkasa

Koleksi Remaja Perkasa, Prof. Madya Hj. Md. Izzudin Hj. Ali
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM150.00

Koleksi yang menghimpunkan 6 VCD motivasi hebat daripada Prof. Izzi. Memfokuskan kepada para pelajar yang ingin merangsangkan minda dan membentukkan kecemerlangan diri.

Koleksi Pelajar Hebat

Koleksi Pelajar Hebat, Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM150.00

Koleksi Minda Hebat

Koleksi Minda Hebat, Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM200.00

Wednesday, May 25, 2011

Minhajul Qashidin: Menggapai Kebahagiaan Hidup Dunia & Akhirat

Minhajul Qashidin: Menggapai Kebahagiaan Hidup Dunia & Akhirat
Penulis:Ibnu Qudamah al-Maqdisy
Syarah dan Tahqiq: Syaikh Ridwan Jami' Ridwan
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Harga: RM90.00

Kitab ini adalah sebuah kitab Tazkiyatun nafs dimana kandungan kitab ini sarat dengan berbagai terapi dan contoh penyakit jiwa yang biasa hinggap di dada seorang muslim sehingga apabila orang yang membacanya menelaah dan mentadabburinya akan lebih terhibur dan merasa tentram karena obat-obat penawar yang disuguhkan bersumber langsung dari Kitabullah dan Sunnah rasul-Nya serta perkataan (aqwaal) dan perbuatan (af'aal) para salafus shalih rahimullah.

Kitab ini sebagai jawaban bagi mereka yang ingin berkonsentrasi untuk kehidupan akherat tanpa harus meninggalkan kebutuhan dunia dan bagi mereka yang ingin mengintrospeksi diri, mentadabburi akan hakekatnya sebagai makhluk yang lemah dan tak lepas dari kelalaian dan kealpaan. Kitab ini juga sebagai kendaraan yang mengantarkan seorang muslim memahami dengan benar arti sebuah kehidupan waktu dan kesempatan yang Allah sediakan bagi para hamba-Nya agar mampu dipergunakan dengan penuh maksimal dan optimal demi meraih sebuah kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.

Roh: Suatu Analisa Tentang Roh-roh Orang Mati & Orang Hidup

Roh: Suatu Analisa Tentang Roh-roh Orang Mati & Orang Hidup
Penulis:Ibnul Qayyim Al-Jauziyah
Terbitan: Pustaka Nasional
Harga: RM53.00

Penulis telah mengumpulkan idea-idea yang membicarakan tentang roh lalu memberi komentarnya, berpandukan Al-Quran, Hadis Nabi, kata-kata para sahabat dan tabi'in serta membicarakan kata-kata yang menyeleweng dengan dalil-dalil yang bernas.

Tombo Ati: Cerdas Mengobati Hati Sendiri

Tombo Ati: Cerdas Mengobati Hati Sendiri
Penulis:Ibnul Qayyim Al-Jauziyah
Terbitan: Pustaka Maghfirah
Harga: RM30.00

Ketika kepala sakit atau gigi terasa nyeri, anda mungkin sangat pandai dan cerdas menentukan obat tertentu untuk penyakit itu. Tetapi apakah anda juga pandai dan mengerti ketika hati anda sakit terserang virus dengki, misalnya? Ironinya lagi, kita bukan saja tidak tahu apa obat penyakit hati, tetapi bahkan kita tidak tahu apakah hati kita dalam keadaan sakit atau tidak. Padahal dampak penyakit hati jauh lebih berbahaya bagi kehidupan kita daripada sekadar penyakit fisik. Al-Qur'an menggambarkan orang sakit hati sebagai, orang yang rugi dunia akhirat, itulah bentuk kerugian yang sangat nyata.

Fatwa Rasulullah: Anda Bertanya, Rasulullah Menjawab


Fatwa Rasulullah: Anda Bertanya, Rasulullah Menjawab
Penulis: Ibnul Qayyim Al-Jauziyah
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Harga: RM115.00

Para sahabat radiyaallhu 'anhum tatkala menghadapi sebuah permasalahan yang rumit dan sulit dipecahkan, khususnya dalam persoalan agama, mereka langsung mendatangi Rasulullah shallahu 'alaihi wa sallam guna meminta fatwa dan nasehat-nasehat penting beliau. Karena itu, tak heran periode tersebut disebut sebagai kahiru quruun (sebaik-baik masa). Sebab, mereka mendapat bimbingan dan arahan langsung dari Rasulullah shallahu 'alaihi wa sallam.

Meskipun jawaban Rasulullah ketika itu diberikan kepada para sahabat, fatwa dan nasehat itu tetap penting bagi kaum Muslimin sesudah generasi sahabat sampai hari kiamat nanti. Pada dasarnya, Rasulullah tidak hanya menjawab pertanyaan sahabat, melaikan umat Islam secara keseluruhan.

Apalagi, seperti ditegaskan Rasulullah shallahu 'alaihi wa sallam, "Kutinggalkan padamu dua perkara, engkau tidak akan sesat selama-lamanya bila berpegang teguh pada keduanya, yakni Kitablah Allah (Al Qur'an) dan Sunnah Rasul."

Ulama besar yang juga penulis sangat produtif, Ibnul Qayyim Al-Jauziyah, telah mengumpulkan tanya-jawab sahabat dan Rasulullah shallahu 'alaihi wa sallam itu dalam sebuah buku berjudul Fatawa Rasulullah yang di Indonesiakan oleh Penerbit As Sunnah menjadi Anda Bertanya Rasulullah Menjawab. Buku ini memuat berbagai fatwa penting dari lisan Rasulullah dengan uraian yang ringkas dan padat, misalnya tentang thaharah (bersuci), shalat, zakat, puasa dan haji.

Buku ini sangat penting bagi kaum Muslimin untuk memperoleh jawaban atas berbagai persoalan dalam kehidupan, terutama menyangkut masalah-masalah agama. Apa lagi penyajiannya dalam bentuk tanya jawab, sehingga lebih mudah dipahami.

Tuesday, May 24, 2011

Anakku ‘Brain Tumour’

Anakku ‘Brain Tumour’
Penulis:Isyah Radhiah
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM25.00

Pada pertengahan 2010, mereka diduga Allah dengan penyakit yang digeruni yang dihidapi anak ketiga mereka, Ahmad Mahir Baihaqi atau nama panggilannya Aqi, yang ketika itu (pertengahan 2010) berumur 9 tahun.

Anak yang cergas sejak lahir itu mendapat sakit kepala yang berterusan dan muntah-muntah selama seminggu. Dia disahkan menghidap ketumbuhan otak (brain tumour) oleh Hospital Pakar Damansara. Maka bermulalah episod dugaan hidup yang terpaksa ditempuhi oleh isteri yang ketiadaan suami di sisi, iaitu tatkala Che Amran ke Australia selama 10 hari untuk pelancaran album Raihan.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kebahagiaan dan kegembiraan bagaikan diragut. Perasaan berkecamuk berlegar di dalam diri. Benarkah anak ini menghidap penyakit bahaya yang menjadi igauan ngeri setiap insan? Kepulangan suami menjadi pengubat jiwa yang gundah. Namun, empat hari mereka dalam keadaan buntu, sambil tetap pasrah dengan ketentuan Ilahi dan redha dengan ketetapan-Nya.

Doktor pakar bertegas bahawa pembedahan perlu segera dibuat untuk mengelakkan tumor daripada membesar dan menyerang saraf penting di dalam otak. Berpindah ke hospital kerajaan dan kemudian berpatah balik ke hospital swasta adalah usaha yang dilakukan semata-mata kerana mahu memastikan pembedahan dilakukan segera ke atas Aqi. Namun masalah kewangan dan risiko yang akan dihadapi sekiranya pembedahan dijalankan, membuatkan mereka suami isteri dalam dilema.

Pandangan dan nasihat daripada kaum keluarga dan kenalan melalui telefon dan SMS, diambil sebagai pertimbangan. Biar apa pun, keputusan adalah di tangan mereka. Mereka sendirilah yang perlu memutuskan apa yang terbaik untuk anak mereka.

Perlukah pembedahan segera dilakukan atau patutkah ditangguhkan? Wajarkah mereka memilih rawatan alternatif untuk mengelak risiko daripada pembedahan? Wujudkah rawatan alternatif untuk penyakit berbahaya ini yang tidak memerlukan pembedahan? Sejauh mana kesannya?

Pertemuan dengan Kak Zah yang mempunyai anak dengan penyakit yang sama dengan Baihaqi telah membuat Isyah merenung dan berfikir dengan mendalam. Antara pesanan Kak Zah yang menusuk kalbu Isyah, “Kita perlu bergerak untuk anak seperti ini. Walaupun dia nampak dah stabil, kita tidak boleh berada di zon selesa.”

Walaupun anak Kak Zah sendiri telah menjalani pembedahan, dia menyarankan agar Isyah berusaha mendapatkan rawatan lain terlebih dahulu kerana Isyah masih mempunyai pilihan, berbanding dengan Kak Zah sebelum ini yang terdesak membuat keputusan kerana kesuntukan masa dalam membuat pilihan.

Pesanan ibunya juga membuatkan renungan Isyah makin dalam. “Sah, mak rasa elok kalau tangguh dulu perancangan pembedahan tu. Mak tak sedap hati kalau menyentuh bahagian kepala,” kata si ibu.

Berdasarkan pandangan majoriti ahli keluarga dan sahabat-handai, akhirnya Isyah dan Che Amran membuat keputusan. Ketika segala persiapan sudah dibuat oleh hospital pakar untuk menjalankan pembedahan ke atas Baihaqi, Che Amran menelefon doktor dan memaklumkan keputusan itu – meminta pembedahan ditangguhkan dan meminta izin untuk membawa keluar Baihaqi dari hospital.

Selepas itu bermulalah perjalanan mencari kaedah-kaedah rawatan alternatif yang diiringi dengan terapi solat, terapi doa, terapi al-Quran dan penjagaan pemakanan yang ketat untuk Baihaqi. Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor sebelum ini, “Jangan mengharapkan sangat daripada anak ini, dia tidak akan hidup lama.”

Hikmah daripada apa yang berlaku, Isyah dan Che Amran semakin sedar akan tanggungjawab mereka dalam memenuhi amanah Allah menjaga dan mendidik anak-anak. Hubungan mereka suami isteri juga bertambah erat, manakala hubungan dengan kaum keluarga dan sahabat-handai tambah rapat.

Anakku ‘Brain Tumour’ adalah perkongsian pengalaman yang akan memberi motivasi ‘hidup’ kepada ibu bapa dan memberi harapan baru kepada mereka yang mempunyai anak yang senasib dengan Baihaqi. Lebih daripada itu, ia sebuah kembara rohani sepasang suami isteri dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah demi mencari keredhaan Tuhan.

Monday, May 23, 2011

Ahli Sihir: Ke Tali Gantung

Ahli Sihir: Ke Tali Gantung
Penulis: Mahyuddin Ismail Ph.D.
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Kes 1: Kes Juraimi Hussin yang mana Mona Fandey memotong 18 badan Dato' Mazlan Idris.

Kes 2: Kes Tan Mui Choo yang mana Andrian Lim membunuh dua kanak-kanak.

Kes 3: Kes Francis A/L Anthanonasamy yang mana tertuduh membunuh mangsa bagi memenangi loteri.

Itu hanya tiga kes daripada banyak kes yang dilaporkan dalam buku ini.

Begitu banyak kes, namun belum ada yang terbukti. Mereka ditangkap dan dihukum, namun bukan kerana sihir. Mereka dihukum kerana apa yang yang nampak, bukan kerana niat yang tersembunyi. Ahli-ahli sihir ini dihukum kerana topeng pembunuh yang mereka pakai. Maka terlepaslah ahli-ahli yang lainnya, ketawa kegirangan.

Selama-lamanyakah ahli-ahli sihir ini bermaharajalela? Menunggu pembalasan alam sana sahajakah kita?

Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, semua ahli sihir wajar cemas. Tali gantung menunggu mereka. Ahli Sihir ke Tali Gantung bukan buku biasa. Ini adalah olahan tesis Ph.D dalam bidang undang-undang. Bukan sahaja padat dan lengkap, bahkan kini bahasa dan isinya dipermudahkan.

Ahli Sihir ke Tali Gantung menawarkan kita proses menangkap si penyihir hinggalah saat akhir dia tersungkur di tali pengadilan.

Sunday, May 22, 2011

Perang Khaibar: Penaklukan Kota Khaibar

Perang Khaibar: Penaklukan Kota Khaibar
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM24.00

Akibat dari permusuhan itu kaum Yahudi Bani Qainuqa’ dan Bani Nadhir dihalau keluar dari Madinah. Kaum lelaki Bani Quraizah pula dihukum bunuh kerana membantu tentera Ahzab menyerang Madinah dalam perang Khandaq. Kota Khaibar menjadi tumpuan orang Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan beberapa kabilah yahudi lagi. Kerana itu jumlah penduduknya 10 ribu orang. Punca Rasulullah menakluk kota Khaibar apabila mereka membantu tentera ahzab menyerang Madinah. Kemudian mereka mengajak kaum Yahudi lain termasuk Wadi Qurra, Taima’, Fadak dan kabilah Arab Ghafatan menyerang Madinah sekali lagi. Nabi Muhammad SAW bertindak pantas menakluk Kota Khaibar dahulu sebelum mereka sempat melakukan serangan.

5 Tokoh Penggugat Zaman

5 Tokoh Penggugat Zaman
Penulis: Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00

IBNU HAZM
Berkelana Kerana Ketegasan

"Persahabatan ulama dengan pemerintah sebenarnya satu perjudian besar. Keagamaannya terdedah kepada bahaya besar. Diri dan fikirannya juga terancam. Adalah lebih baik bagi seseorang ulama itu musnah secara terhormat di bawah kezaliman pemerintah daripada ikut berlaku zalim bersama mereka."

IBNU TAIMIYYAH
Ulama Penggugat Zaman

"Kalau hanya tinggal seketul batu sahaja dalam kubu pertahanan beliau tidak akan menyerahkannya kepada mereka (tentera Tatar)."

JAMALUDDIN AL-AFGHANI
Pejuang Rakyat Penentang Pemimpin Zalim

"Saya merasa hairan melihat kamu. Sebagai peladang kamu mencangkul tanah dengan cangkulmu bagi mencari rezeki. Mengapa tidak kamu cangkul sahaja dada orang yang menzalimimu?

AL-KAWAKIBI
Menentang Diktator dengan Pena

"Diktator bertindak melampaui batas tanpa sebarang halangan. Kalaulah mereka melihat ada pedang di pinggang orang yang dizalimi, tentu mereka tidak sanggup berlaku zalim."

MUHAMMAD ABDUH
Tokoh Reformasi

"Kalau tuanku mahu semua anggota majlis itu dilantik mengikut kehendak tuanku sendiri, tuanku boleh mewartakan satu undang-undang lain bagi memansuhkan undang-undang sedia ada."

Saturday, May 21, 2011

Tuhan Untuk Semua

Tuhan Untuk Semua
Penulis: Faisal Abdurrahman
Terbitan: PTS
Harga: RM11.00

"Kenapa hanya Allah sahaja yang dianggap Tuhan? Bukankah itu tidak adil? Kenapa Allah ciptakan syurga dan neraka? Jika Allah itu berkuasa, kenapa tidak jadikan semua manusia baik-baik? Adakah benar al-Quran datang daripada Allah? Bukankah ia dilihat sebagai sebuah buku yang boleh ditulis oleh sesiapa?"

Buku ini mengupas persoalan dan dakwaan Non Muslim kepada Islam dan menjawab persoalan ini menurut neraca Islam, sains dan logik akal. Turut membincangkan sifat-sifat Tuhan, kewujudan Tuhan, kesahihan al-Quran, kerasulan Nabi Muhammad, wanita dalam Islam dan Jesus menurut Islam.

Sesuai dibaca oleh semua Muslim yang sentiasa berhadapan dengan persoalan yang biasanya timbulkan kalangan Non Muslim dan Muslim yang mempunyai tahap penguasaan agama yang asas. Juga sesuai untuk Non Muslim dan Awal Islam yang menghadapi pelbagai persoalan yang tidak dapat dijawab oleh Muslim secara mudah dan konkrit.

Tuhan Untuk Semua muncul berasaskan huraian sumber al-Quran dan hadis bagi membuktikan kebenaran yang terselindung di sebalik tohmahan kepada Islam.

Teori Kaunseling Al-Ghazali

Teori Kaunseling Al-Ghazali
Penulis: Yatimah Sarmani & Mohd Tajudin Mingal
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00

Nama-nama seperti Sigmund Freu, Carl Rogers, Albert Ellis dan Eric Berne terkenal dengan teori kaunseling dan psikologi yang menjadi rujukan kaunselor di seluruh dunia. Walaupun teori-teori Barat seperti psikoanalisis, humanistik, kognitif dan tingkah laku sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan huraian al-Ghazali, tetapi ia tidak bertitik tolak daripada akidah tauhid.

Teori Kaunseling al-Ghazali muncul dan berasaskan huraian sifat-sifat manusia. Kedatangan Imam al-Ghazali yang melakukan anjakan paradigma adalah bertepatan bagi melihat kaunseling daripada perspektif Islam.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama kaunselor Muslim yang sentiasa berhadapan dengan klien yang bermasalah. Antara topik yang dibincangkan adalah:
  • Model Kaunseling Berasaskan Sifat-sifat Manusia
  • Persamaan dan Perbezaan Teknik Kaunseling
  • Langkah-Langkah dan Prasyarat Kaunseling Model al-Ghazali

Friday, May 20, 2011

Hero

Hero
Penulis: Hilal Asyraf
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM20.00

Hero, hakikatnya hanyalah satu cetusan idea yang penulis dapat daripada gula getah yang ditinggalkan di tepi dinding dewan kuliah penulis. Daripada situ, ibarat bunga api, idea cerita Hero ini berkembang dan berkembang.

Ditambah hajat penulis yang besar untuk menewaskan apa-apa sahaja watak superhero yang tidak membawa manusia kembali kepada Allah SWT di atas muka bumi ini, penulis berusaha mengadun idea ini dengan sebaik mungkin agar terciptanya 'Hero' yang mampu membawa manusia kembali kepada Allah SWT agar memberikan manfaat.

Akhirnya, terhasil lah Novel Hero yang pada penulis, membawa mesej yang besar. Bukanlah penulis hendak membawa pembaca sebagaimana pencipta Batman atau Superman hendak manusia melihat Batman atau Superman. Yakni membawa manusia melihat - Itulah dia penyelamat kita - Akan tetapi, apa yang sebenarnya penulis hajatkan daripada Hero ini adalah, penulis hendak membawa diri kita bersama-sama, melihat tanggungjawab kita sebagai muslim mukmin di atas muka bumi ini.

Penulis hendak menyatakan bahawa, kita semua punya tanggungjawab. Dunia ini, tidak akan terselamat hanya dengan seorang Hero.

Sebab itu, di dalam Islam, tugas dakwah dan tarbiah tidak terletak di atas pundak Rasulullah SAW semata-mata. Akan tetapi, tugasan menyebarkan amanah Allah itu, menggerakkan proses tarbiyah itu, dijalankan juga oleh para sahabat Rasulullah SAW dengan giat dan proaktif. Menyebabkan akhirnya Islam itu tersebar luas, merentas zaman, sehingga sampai kepada kita hari ini.

Sebab itu penulis menulis Novel Hero ini. Realiti tidak akan pernah demikian, yakni satu Hero, menewaskan semua penjahat. Hatta sekiranya dia mampu pun, sehingga bila dia mampu?

Takdir

Takdir
Penulis: Hilal Asyraf
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM21.00

Penulis mendapat idea untuk menulis Novel Takdir, apabila penulis menonton trilogi Lord of The Ring yang merupakan adaptasi daripada Novel The Lord of The Ring karangan J.R.R. Tolkien. Penulis masih ingat, ketika itu adalah awal tahun 2008. Penulis berhajat untuk menulis satu cerita trilogi, yang mampu menyambung semula harapan manusia, kepada Allah SWT.

Dengan novel ini, penulis hajatkan agar ianya memberikan inspirasi, kekuatan, kepada mereka yang beriman kepada Allah SWT, dalam meneruskan perjuangan mereka menentang kebatilan di atas muka bumi ini. Memang kadangkala kita terasa, usaha kita sia-sia.

Kita terasa, perjuangan ini terlalu panjang. Kita terasa seperti kemenangan itu tidak akan sampai-sampai kepada kita. Maka novel ini adalah untuk mengubati perasaan itu.

Penulis ingin mengajak diri penulis dan pembaca, agar melihat kembali hubungan kita kepada Allah SWT, dalam perjalanan hidup kita sebagai hamba-Nya. Dalam kehidupan kita sebagai penyeru di atas jalan-Nya. Dalam kehidupan kita sebagai pejuang di atas jalan-Nya. Apakah kita percaya dan yakin akan segala janji-janji-Nya dengan sepenuh keimanan kita? Atau kita sekadar beromongan semata-mata?

Novel Takdir, bukan semata-mata fantasi kosong. Tetapi pada penulis , ini buah tangan buat ummah, agar jangan berputus harap daripada Allah SWT. Sesungguhnya, Dia itu tidak pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya, yang berjuang di atas jalan-Nya.

Walaupun dunia ini diselimuti kegelapan batil, tetap cahaya Allah itu akan menyinari nanti. Persoalannya, apakah kita ini golongan yang percaya?

Takdir Allah telah tertulis, bahawa kemenangan akan menjadi milik hamba-hamba-Nya yang beriman. Tinggal kita tidak tahu bagaimana ianya akan berlaku. Maka apakah kita antara yang percaya, dan berusaha merealitikannya? Persoalan-persoalan ini pulang kepada kita.

Thursday, May 19, 2011

Siri Pengajian Perubatan Islam

Siri Pengajian Perubatan Islam

Jilid 1 - Pengantar Pengubatan Islam
Jilid 2 - Rawatan Penyakit Jasmani 1
Jilid 3 - Rawatan Penyakit Jasmani 2
Jilid 4 - Rawatan Penyakit Rohani
Jilid 5 - Rawatan Penyakit Akibat Sihir

Penulis: Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Terbitan: Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa')
Harga: RM20.00 setiap jilid (RM100.00 satu set)

Siri Pengajian Pengubatan Islam adalah buku teks yang digunakan dalam kursus pengubatan Islam di Darussyifa' Bandar Baru Bangi dan juga cawangan-cawangannya di seluruh Malaysia. Buku ini dibahagikan kepada 5 jilid.

Menjemput Roh Ibadah - Solat, Doa, Zikir, Al-Quran

Menjemput Roh Ibadah - Solat, Doa, Zikir, Al-Quran
Penulis: Shahriman Wahap
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM26.90

Buku di tangan para pembaca ini, bukanlah merupakan sebuah buku semata, akan tetapi merupakan koleksi daripada ceramah para murabbi yang amat penulis sanjungi lagi dikasihi.

Siri ceramah ini sebenarnya berangkat dari gejala yang para murabbi penulis rasakan, di mana perlaksanaan ibadah di kalangan umat Islam, khususnya para remaja, terasa sebagai sebuah bebanan jiwa yang mereka kerjakan sebagai sebuah kewajipan, atau semata lantaran takut seksaan akhirat, tanpa sedikitpun merasakan manisnya ibadah dan juga tanpa mengetahui dengan jelas pahala-pahalanya. Hal ini tentu saja menimbulkan halangan yang cukup berpengaruh terhadap kualiti pelaksanaan ibadah mereka.

Penulis kemudian menemukan bahawa faktor utama gejala buruk ini bukanlah kerana mereka memiliki hati yang keras dan kaku, bukan juga kerana mereka enggan menghadap ALLAH Subhanahu wa Ta’ala. Faktor utama yang menyebabkan gejala di atas adalah ketidaktahuan sebahagian orang akan nilai keutamaan dan pahala ibadah di satu sisi, serta pengaruh ibadah ini dalam peningkatan spiritual, ketenangan jiwa, dan kebahagiaan hidup secara umum di sisi yang lain.

Fikiran saya kemudian berbisik, kalaulah kita mampu menyajikan pemahaman tentang ciri dan pahala ibadah secara mudah kepada khalayak ramai sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah ShallalLahu ‘alaihi wa sallam terhadap generasi pertama umat Islam ini, maka tentunya orang-orang, khususnya kalangan remaja akan sangat teruja dalam melaksanakan ibadah dengan tekun.

Di atas niat itu, penulis himpunkan mutiara keilmuan dan tajdid minda para murabbi yang penulis tadah limpahannya selama dalam pengajian dan titipan yang mereka berikan dalam buku yang dinamakan MENJEMPUT ROH IBADAH ini. Semoga besar manfaatnya nanti.

Wednesday, May 18, 2011

Dalam Mihrab Cinta - The Romance (Edisi Bahasa Melayu)

Dalam Mihrab Cinta - The Romance (Edisi Bahasa Melayu)
Penulis: Habiburrahman el-Shirazy
Terbitan: Ar-Risalah
Harga: RM15.90

Nabi Khidir: Di Sebalik Tabir Laduni

Nabi Khidir: Di Sebalik Tabir Laduni
Penulis: Harun Arrasyid Haji Tuskan
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM23.00

Kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s. diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Kahfi , ayat 60-82. Dalam surah al-Kahfi terdapat kisah pertemuan dan pengembaraan antara kedua-dua nabi Allah ini. Dalam pengembaraan tersebut Nabi Musa a.s. mendapati tindakan-tindakan Nabi Khidir a.s. menyalahi syariat sebagaimana yang diturunkan Allah kepadanya. Justeru bantahan demi bantahan yang dikemukakan oleh Nabi Musa a.s. terhadap Nabi Khidir a.s., maka Nabi Khidir a.s. memutuskan untuk mengakhiri pertemuan mereka setelah baginda menceritakan segala yang tersirat di sebalik tindakan-tindakannya itu. Ironinya, kisah pertemuan ini telah dieksploitasi oleh sesetengah golongan yang mendakwa berfahaman sufi. Maka menjelmalah pelbagai versi cerita tentang dakwaan-dakwaan pertemuan orang tertentu dengan Nabi Khidir a.s. Malah golongan ini mendakwa agama yang diturunkan Allah ini terbahagi kepada zahir dan batin. Implikasinya, para wali dianggap tidak terikat kepada syariat Allah dan boleh melakukan apa jua tindakan yang zahirnya dilihat menyalahi syariat namun hakikatnya betul.

Tuesday, May 17, 2011

Panduan Menulis Novel: Teknik Surah Yusuf

Panduan Menulis Novel: Teknik Surah Yusuf
Penulis: Ainon Mohd
Terbitan: PTS
Harga: RM21.50

Terbukti! Melahirkan karya yang indah dan evergreen.

"Tidak ada lagi alasan penulis baru, saya tidak ada idea!"

Teknik penulisan gaya surah Yusuf menunjuk cara, memimpin penulis baru keluar dari ketakutan berkarya, permulaan cerita yang menjadikan pembaca menghayati watak, mengikuti cerita, mendalami setiap ayat yang menjadi naskah sulung penulisnya.

"Keindahan menjadikan karya kita bertahan lama"

Keindahan dalam cerita, keindahan yang bertahan dalam minda pembaca, keindahan yang menjadikan buku kekal di kedai bagi jangka masa yang lama. Teknik penulisan fiksyen gaya surah Yusuf menunjuk cara.

"Dialog dan watak mencipta 'wayang' di hadapan mata pembaca."

Pecahkan kebuntuan, cipta penceritaan yang segar, dialog yang nampak jelas di hadapan mata, seolah-olah pembaca novel melihat lakon layar di hadapan mata. Perkataan menjadi visual yang mengujakan.

"Bukan teori kosong tetapi cara yang dapat ditiru."

Berhenti daripada menguasai teori tanpa cara apabila adanya teori yang jelas menjawab soalan penulis baru, "Bagaimana saya mahu menulisnya."

"Permulaan terbaik untuk penulis baru."

Sun Tzu: Art of War (Edisi Bahasa Melayu)

Sun Tzu: Art of War (Edisi Bahasa Melayu)
Penulis: Wang Xuanming
Terbitan: PTS
Harga: RM23.00

Sun Tzu: Art of War meliputi subjek strategi secara meluas. Karya ini mengandungi ilmu yang pelbagai, membincangkan dengan mendalam serta dianggap sebagai buah kebijaksanaan manusia yang mempunyai potensi mengubah hala tuju dunia. Sekarang kita dapat lihat bagaimana strategi diterapkan melangkaui medan perang dan mula meresap ke dalam kehidupan sehari-harian, lantas membawa perubahan dalam apa yang selama ini kita pandang enteng dalam perjuangan meneruskan kelangsungan hidup. Pengaruhnya bukan sahaja terasa dalam pentadbiran kerajaan, malah kepada pengurusan bisnes, perhubungan awam, dilpomasi dan sukan. Oleh itu kita dapat lihat bagaimana fleksibiliti prinsip-prinsip strategi yang diajar oleh Sun Tzu dapat diterapkan, menjadikannya rujukan bagi sesiapa yang mahu menyahut apa sahaja cabaran.

Buku ini mengandungi lukisan komik sebanyak tiga belas bab Art of War karya Sun Tzu serta menggambarkan pemikiran Sun Tzu secara komprehensif. Turut dimasukkan contoh-contoh yang relevan dari sejarah China untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang idea asal Sun Tzu. Buku ini juga menekankan bahawa walaupun pertempuran-pertempuran terkenal sudah disebut dalam buku-buku yang lain, mereka tetap dipaparkan di sini sebagai perbincangan dan analisis tambahan. Ini adalah supaya para pembaca dapat mengambil kira pelbagai elemen peperangan termasuk faktor tentera, politik dan kewangan. Buku ini turut menyentuh isu-isu seperti perlantikan jeneral, pengaturan anggota tentera dan fomrasi bagi membolehkan buku ini difahami dari pelbagai sudut pandangan agar buku ini terus bermanfaat biarpun dibaca berulang kali.

Monday, May 16, 2011

Al-Wala' Wal-Bara'

Al-Wala' Wal-Bara'
Penulis: Muhammad bin Sa'id Al-Qathani
Harga: RM70.00

Buku yang ditulis oleh salah satu aktivis dakwah yang luas wawasannya ini, membahas secara mendetail konsep wala' dan bara' dalam Islam. Diawali dengan pembahasan tentang kalimat tauhid dan pengaruhnya dalam kehidupan seseorang, hal-hal yang membatalkan syahadat, definisi wala' dan bara', wali Allah dan wali setan, wala' dan bara' menurut ahli sunah wal jamaah dan konsekuensi wala' dan bara', buku ini diakhiri dengan pembahasan tentang bagaimana aplikasi wala' dan bara' pada masa Nabi dan salafusaleh, juga pembahasan ihwal bagaimana aplikasinya pada masa sekarang.

Semua dikupas dengan argumentasi yang padat dari ayat-ayat Al-Qur'an, hadits Nabi dan Sirah Nabawiyah. Buku yang sangat berharga ini sangat dibutuhkan setipa Muslim agar tidak salah langkah dan salah arah dalam mengaktualisasikan keislamannya di tengah komunitas sosial, baik dengan sesama Muslim maupun dengan lainnya.

Sunday, May 15, 2011

Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab Mengenai Persoalan Islam Yang Kontemporari

Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab Mengenai Persoalan Islam Yang Kontemporari
Penulis: Dr. Danial Zainal Abidin
Terbitan: PTS
Harga: RM30.00

Mengupas Persoalan-Persoalan Semasa Islam Secara Komprehensif Berpandukan al-Quran, Hadis, dan Sains

Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab menggunakan format padat soalan dan jawapan bagi menerangkan isu yang selama ini sukar untuk kita perjelaskan jawapannya. Melalui buku ini, kita diberi pencerahan yang cemerlang perihal 74 persoalan Islam dan iman melalui cara yang mudah.

Antara persoalan yang terjawab adalah:
  • Mengapa agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad dipanggil Islam, bukan Muhammadisme?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan 'Islam itu agama yang sempurna'?
  • Sekiranya solat mencegah kemungkaran, mengapa orang yang menunaikan solat masih melakukan kejahatan?
  • Benarkah Tuhan itu wujud?
  • Bagaimana dengan jangkaan kiamat pada tahun 2012?
  • Apakah kedudukan anti hadis, Ayah Pin dan Rasul Kahar di sisi Islam?

Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penulis: Mohd Aizat Mohd Salleh al-Hafiz
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

ISI KANDUNGAN

BAB 1: SEJARAH GERAKAN ISLAM MALAYSIA, SEBUAH SOROTAN RINGKAS
BAB 2: SEKITAR KEHIDUPAN TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
BAB 3: PERJUANGAN DAN JATUH BANGUN
BAB 4: PEMIKIRAN TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT DALAM ISU SEMASA DI MALAYSIA
SEJENAK MENGHAYATI PANTUN TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
PENUTUP
GALERI TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Saturday, May 14, 2011

Konspirasi Yahudi: Perang & Penaklukan

Konspirasi Yahudi: Perang & Penaklukan
Penulis: Sabarudin Hussein
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00

Buku ini membongkar, mengupas dan mengemukakan bukti sulit dan kurang diketahui umum strategi Yahudi mencipta dan mengatur peristiwa demi peristiwa dalam tempoh 100 tahun lepas. Penulis juga membongkar percubaan mereka bagi merealisasikan penubuhan sebuah kerajaan agung dunia atau world super government. Semua bukti ini dapat dijadikan sumber alternatif kepada pengkajian peristiwa penting yang berlaku selama satu abad terakhir daripada perspektif yang berbeza.

Pembentangan maklumat ini dikumpul daripada pelbagai sumber dan pembacaan seperti Corporatism: The Secret Government of the New World Order oleh Jeffrey Grupp, ensiklopedia Perang Dunia Kedua World War II: War Crimes & Espionage, terbitan Abbeydel Press, The Battle for God, tulisan Karen Armstrong dan The Secrets of the Freemasonry: Revealing the Surpressed Tradition oleh Jonathan Lomas. Dengan pembentangan maklumat ini, kita dapat mengetahui secara mendalam tentang siapa, bagaimana, bila dan mengapa sesuatu peristiwa itu terjadi. Melihat sejarah dengan mengkaji kemungkinan-kemungkinan yang timbul daripada pelbagai sudut, membantu kita mengenal siapa kawan dan lawan. Dengan cara itu, masalah-masalah yang timbul daripada hal-hal itu dapat diselesaikan.