Sunday, June 24, 2012

Asbabun Nuzul

Asbabun Nuzul
Penulis: Zulkifli Mohd. Yusoff
Terbitan: PTS
Harga: RM59.00

Buku Asbabun Nuzul: Sebab-Sebab Turunnya Ayat al-Quran ini menghuraikan sejarah dan sebab di sebalik peristiwa turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW berdasarkan hujah dan dalil yang sahih. Buku ini dapat membantu orang awam memahami makna-makna al-Quran dengan lebih mudah dan jelas. Ia disusun dan ditulis oleh dua orang pakar tafsir al-Quran iaitu Professor Dato' Dr Zulkifli Mohd Yusoff dan Muhammad Mukhlis dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Kuasa Iqra; Menguasai Dunia Menikmati Akhirat

Kuasa Iqra; Menguasai Dunia Menikmati Akhirat
Penulis: Zulkifli Mohamad Al Bakri
Terbitan: PTS
Harga: RM12.00

Sesiapa yang ketika membeli buku, tidak berasa lebih nikmat daripada saat membelanjakan hartanya bagi membeli benda lain, atau tidak melebihi cita-cita para hartawan dalam membina bangunan, sesungguhnya dia belum mencinta ilmu. Perbelanjaannya tidak akan bermanfaat, sehingga dia lebih mengutamakan membeli buku.

Tafsir Ayat-Ayat Ramadan

Tafsir Ayat-Ayat Ramadan
Penulis: Heizal Hezry
Terbitan: PTS
Harga: RM18.00 
 
Buku ini adalah sebahagian daripada kunci bagi memahami rahsia Ramadan melalui perspektif al-Quran. Buku ini membawa pembaca menerokai ayat-ayat Allah yang berkaitan dengan Ramadan sama ada dari sudut amal ibadahnya mahupun segala hukum hakam yang disyariatkan kepada seluruh ummah manusia.

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta
Penulis: Shamsuddin Abdul Kadir, Ain Muhammad
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Manusia bijak tidak akan pernah gagal merancang, walaupun perancangan mereka itu belum tentu berjaya. Begitu juga dalam aspek perhubungan. Bukan mudah mahu merancang perkahwinan yang penuh bahagia, sekiranya tidak dimulakan sejak dari awal jatuh cinta. Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta mampu mengelakkan bakal pengantin daripada terjebak dengan episod masalah kewangan yang berpanjangan, sebaik sahaja bergelar pasangan suami isteri. Malah mengelakkan pasangan daripada hanya menjadi raja untuk sehari, tetapi menjadi hamba untuk sepanjang hayat.

Wahabi Sesatkah Mereka?

Wahabi Sesatkah Mereka?
Penulis: Hersi Hilole
Terbitan: PTS
Harga: RM18.00

Buku ini menyeimbang dan membongkarkan pendapat yang begitu berlawanan antara penyokong dan lawan Wahabi. Buku ini juga cuba berlaku adil bagi memahami motif antara pertentangan yang timbul antara mereka.

Saturday, June 23, 2012

Malaikat dalam Al-Quran


Malaikat dalam Al-Quran
Penulis: M. Quraish Shihab
Terbitan: PTS
Harga: RM14.00

 Buku ini membahas tentang kewujudan malaikat dan kaitannya dengan kehidupan manusia yang dikupas berdasarkan nas-nas daripada al-Quran dan al-Hadis serta tafsiran para ulama. Ia diolah dengan mudah dan terperinci bagi menjelaskan sebarang kesamaran dan perkara yang berkait rapat dengan kewujudan makhluk halus dan tidak terlihat ini.

Friday, June 22, 2012

Dahsyatnya Berperasaan Positif

Dahsyatnya Berperasaan Positif
Penulis: Dr. Ibrahim Elfiky
Terbitan: Zaman
Harga: RM30.00

Tuesday, June 12, 2012

Pengkhianatan-Pengkhianatan Syiah & Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam


Pengkhianatan-Pengkhianatan Syiah & Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam
Penulis: Dr Imad Ali Abdus Sami'
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Harga: RM25.00

Muhammad Al-Fatih 1453


Muhammad Al-Fatih 1453
Penulis: Felix Y. Siauw
Terbitan: Alam Raya
Harga: RM24.00 
Pemuda yang mengukir namanya dalam sejarah emas dunia, dengan prestasi dan pencapaian yang tidak pernah ada pada masanya ataupun sebelumnya, prestasi yang jauh melampaui zamannya.

Monday, June 11, 2012

Dengarkan Suara Hati


Dengarkan Suara Hati
Penulis: Amru Khalid
Terbitan: Maghfirah Pustaka
Harga: RM30.00

Tahukah Anda, siapakah orang yang paling tersiksa di dunia? Orang yang paling tersiksa adalah orang yang tidak mendengarkan suara hatinya. 

Mengapa demikian? Kerana hati hanya menyuarakan kebenaran dan selalu membimbing Anda untuk meraih kebahagiaan sejati. Orang yang tidak dapat merasakan kebahagiaan sejati adalah orang yang menghabiskan umurnya hanya untuk berbuat dosa dan bermaksiat kepada Allah swt, sehingga dosa dan maksiat itu membalut hatinya, dan suara hatinya pun tidak terdengarkan lagi. Dia ingin bertaubat, akan tetapi selalu ragu-ragu, hingga umurnya pun habis dalam keragu-raguan hingga maut menjemputnya. 

Apakah Anda ingin mengalami hal demikian? Anda tentu tidak ingin mengalaminya. Maka dari itu, dengarkanlah kata hati Anda, kerana ia selalu menyuarakan kebenaran dan membimbing Anda untuk meraih kebahagiaan sejati.

Sunday, June 10, 2012

Q&A Bersama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Q&A Bersama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM27.00
 
Buku ini diterbitkan bagi menyelesaikan pelbagai persoalan & kemusykilan berkaitan agama dan kehidupan individu dan masyarakat masa kini.  

Rintihan Kalbu

Rintihan Kalbu
Penulis: Ahmad Hasan Mohd Nizam
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM12.00 
 
Warkah Saiyid Qutb & Dambaan Cinta Kekasih Allah

Hayatilah naskhah ini untuk melahirkan luahan rasa mengenai kehidupan dalam 17 lembaran warkah Syed Qutb (Afrah al-Roh), di samping ungkapan-ungkapan rintihan oleh para imam demi menggapai cinta Allah.

Friday, June 8, 2012

Bekalan Untuk Imam Solat

Bekalan Untuk Imam Solat
Penulis: Dr Sa’id Bin Ali Wahaf Al-Qahtani
Terbitan: Jasmin
Harga: RM12.00

Buku ini merupakan huraian tentang keimanan dalam solat mengenai konsep keimanan, keutamaannya di dalam solat dan ilmu, hokum meminta kedudukan sebagai imam solat disertai niat yang baik, orang yang paling utama menjadi imam, ragam imam dan keimanan, posisi-posisi imam dan makmum, kepentingan saf-saf di dalam solat serta mengertibkan dan meluruskannya.

Rahsia & Khasiat Asmaul Husna - 99 Nama-Nama Allah

Rahsia & Khasiat Asmaul Husna - 99 Nama-Nama Allah
Penulis: Ahmad Saifuddin
Terbitan: Jasmin
Harga: RM14.00

Thursday, June 7, 2012

Biografi Hasan Al Banna

 Biografi Hasan Al Banna
Penulis: Dr Anwar Al Jundi
Terbitan: Alam Raya
Harga: RM44.00
Imam Para Pendakwah dan Mujadid Yang Menuai Syahid

Kiyai Salleh

Kiyai Salleh
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM32.00 
 
Perjuangan seorang ulama mempertahankan bangsa dan agama daripada kekejaman penjajah.

Wednesday, June 6, 2012

Mencari Ketenangan di Tengah Kesibukan

Mencari Ketenangan di Tengah Kesibukan
Penulis: Mohammad Fauzil Adhim
Terbitan: Pro U Media
Harga: RM34.00

Jika kesunyian tak mampu menghadirkan ketenangan, jika sujud dan ruku' kita tak lagi mendatangkan ketenteraman dan kesejukan jiwa, ada yang perlu kita tengok dalam diri kita. Jika bertambahnya rezeki tak menambah kebahagiaan, ketenangan dan kekhusyukan, ada yang perlu kita periksa sejenak. 

Kita perlu mengambil jarak dan melakukan hentian sejenak dari kesibukan-kesibukan yang terus memacu kita untuk berlari. Kita perlu mencari kejernihan di tengah hiruk pikuk kehidupan maupun mimpi-mimpi kita.. 

Ambillah jarak, luangkan waktu dan lakukan hentian sejenak.. Semoga kita dapat menemukan ketenangan di tengah kesibukan..

Monday, June 4, 2012

Sirah Teragung Muhammad

Sirah Teragung Muhammad
Penulis: Dr.Ahmad Hatta, MA.
Terbitan: Maghfirah Pustaka (M) Sdn Bhd
Harga: RM280.00

"Rujukan Lengkap Hidup Rasulullah SAW Dari Sebelum Kelahiran Hingga Detik-Detik Terakhir"
Percuma CD Eksklusif Sirah Teragung oleh Hafiz Hamidun

KEISTIMEWAAN BUKU: 

- Isi yang sistematik dan berkronologi berdasarkan buku-buku perjalanan Rasulullah SAW yang diakui (mu'tabar)
- Dilengkapi gambar-gambar EKSKLUSIF mulai daripada kelengkapan Rasulullah SAW, keluarga beliau dan para sahabat.
- Terdapat ruangan Hikmah dalam setiap peristiwa yang dialami Rasulullah SAW 
- Dilengkapi peta, jadual dengan gambar berwarna penuh 
- Berkulit keras 
- 600 mukasurat berwarna

Majalah Al-Ustaz Edisi 2

Majalah Al-Ustaz Edisi 2
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM9.00

Isu: Kasih sayang Allah, bagaimana mensyukurinya? 

Majalah Al-Ustaz adalah sebuah majalah soal jawab yang dijawab secara ringkas, padat tetapi terperinci oleh barisan kolumnis yang bergelar Ustaz dan Ustazah seperti Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus, Ustazah Siti Nor Bahyah, Prof Muhaya dan ramai lagi.

Dunia Islam Kini; Pahitnya Pengalaman Besarnya Harapan

Dunia Islam Kini; Pahitnya Pengalaman Besarnya Harapan
Penulis: Dr. Taufik Yusuf Al-Waei
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM40.00

Wednesday, May 30, 2012

Dulu Bangsa Israel, Kini Bangsa Zionis, Selamanya Sukar

Dulu Bangsa Israel, Kini Bangsa Zionis, Selamanya Sukar
Penulis: Nordin Jaafar
Terbitan: Inteam
Harga: RM23.00 

Yahudi atau Zionis adalah nama satu bangsa atau umat yang kita kenali bersangatan kebenciannya kepada umat Islam semenjak dari dahulu lagi. Justeru, tidak hairanlah kalau mereka ini yang suatu ketika pernah digelar dengan bangsa atau bani Israel, telah dimurkai oleh Allah SWT disebabkan keegoan dan keingkaran mereka terhadap perintah Allah SWT dan rasul-rasul pilihan Allah yang dihantar berdakwah kepada mereka. Mereka adalah bangsa yang dianggap sangat sukar buat selamanya kecuali bagi mereka yang telah beriman kepada Allah SWT. 

Terbitnya buku ini adalah buat kita bertanyakan kepada diri sendiri terutamanya penulis sendiri; Adakah kita merupakan bangsa atau individu sukar? Atau mungkin hampir menjadi bangsa atau individu sukar? Atau orang yang di sekeliling kita dalah berperangai sukar yang mampu untuk mengheret kita bersama jemaah mereka? Perbincangan di dalam buku ini berkisar bagaimana ingin menangani bangsa dan individu sukar bukanlah untuk fikirkan buat orang lain, tetapi yang paling penting adalah tertuju kepada diri kita sendiri. Selama ini mungkin kita menganggap orang lain di sekeliling kita adalah bangsa atau individu sukar. Padahal orang lain juga melihat kita sebagai individu sukar buat mereka. 

Buku ini mengsajikan teknik-teknik berkesan menghadapi bangsa dan individu sukar yang diekstrak dari sejarah kehidupan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS seperti mana yang diceritakan di dalam al-Quran dan al-Hadis. Dan kita maklumi, contoh terburuk bangsa dan individu yang paling sukar selamanya adalah bangsa Yahudi Zionis. Kepada para pembaca, mari bersama-sama kita mengembara ke zaman Nabi Musa dan Firaun. Pasti kita tidak akan menjadi bangsa atau individu sukar, insya-Allah!

495 Kemusykilan Terungkai: Anda Bertanya Islam Menjawab

495 Kemusykilan Terungkai: Anda Bertanya Islam Menjawab
Penulis: Prof. Dr. M. Mutawalli Asy-Sya'rawi
Terbitan: Inteam
Harga: RM35.00

(Almarhum) yang lahir pada tahun 1912 di Mesir ini menyelesaikan pendidikan menengahnya di perguruan az-Zaqaziq, Mesir. Dia kemudian meneruskan pengajiannya ke Universiti al-Azhar, Kaherah dan berhasil lulus dari fakulti bahasa Arab dengan predikat cum laude (sangat memuaskan). Oleh kerana kealiman dan kedalaman ilmunya itu, beliau dapat menghuraikan dan memecahkan persoalan-persoalan rumit seperti di bidang keimanan, hadis, fiqah, akhlak dan muamalah dengan jelas dan bernas sehingga membuat ramai orang yang berpuas hati. Bahkan ceramahnya tentang ilmu kedoktoran dan astronomi sangat mengagunkan, seolah-olah dai di bidang itu. Bukti keluasan ilmunya adalah dengan tersebar meluasnya karya beliau ke merata dunia seperti Bukti-bukti Adanya Allah, Siapa Penghuni Syurga, Rezeki, Isra’ Mi’raj Mukjizat Terbesar, Wanita Harapan Tuhan, Dosa-dosa Besar, Isteri Solehah dan banyak lagi.

Wanita dan Penelanjangan Syaitan

Wanita dan Penelanjangan Syaitan
Penulis: 'Adnan At-Tarsyah
Terbitan: Jasmin
Harga: RM15.00

Bagaimana syaitan boleh menelanjangkan wanita muslimah yang memakai hijab? Apakah jenis tipu daya yang dilakukannya sehingga berjaya menanggalkan hijab yang tidak mendedahkan warna kulit, sehingga memakai pakaian mandi (bikini) lalu dicampakkannya ke atas pantai sebagai seketul daging yang tidak berbalut? 

Inilah topik risalah ini yang ingin saya ingatkan kepada setiap wanita muslimah yang mana syaitan akan memulakan langkah bersamanya setelah itu agar tidak menjadi korban penelanjangan syaitan, dan untuk mengingatkan wanita-wanita yang syaitan telah berjaya menjalankan sebahagian programnya padanya, bahawa mereka tidak lain kecuali telah menjadi korban program ini, maka hendaklah menyelamatkan dirinya dan kembali kepada hijabnya sebelum luput kesempatan dengan kedatangan maut, larut bersama-sama dengan syaitan dalam neraka jahannam, kerana inilah yang diinginkan syaitan dan berusaha sedaya upaya mewujudkannya sepertimana yang telah dijanjikan. 

Sesungguhnya saya menyusun risalah ini dalam bentuk yang menarik sehingga boleh menarik minat para pembaca untuk meneliti dan mengikutinya, iatu dalam bentuk perbualan antara syaitan dengan diri wanita yang telah dikuasai dengan amarah keburukan, yang mana syaitan menghasut diri wanita dengan segala jenis tipu muslihat dan jejak langkahnya.

Jerusalem Di Dalam Al-Qur'an

Jerusalem Di Dalam Al-Qur'an
Penulis: Imran N. Hosein
Harga: RM50.00

Jerusalem di dalam Al-Qur'an muncul pada waktu kritikal ketika moral kaum Muslim berada di tahap yang paling rendah. Pencerobohan tanah Suci oleh golongan yahudi yang tidak berkesudahan menyebabkan orang Islam memohon kepada Tuhan sebagaimana dilakukan oleh saudara mereka semasa dihukum oleh golongan kuffar Mekah : “Bilakah akan datang pertolongan Allah?” 

Kebolehan Sheikh Imran merungkaikan sebab-sebab di sebalik kejadian di dunia ini menjadi sumber inspirasi buat golongan Islam kerana beliau menggunakan kaedah penafsiran ilmiah al-Qur'an dan hadith dengan menyakinkan dan menyatakan bahawa pertolongan Allah s.w.t. Adalah hampir dan Tanah Suci akan dibebaskan dari cengkaman Yahudi dan Islam akan kembali sebagai negara pemerintah dunia kelak. Pembaca buku ini akan kagum dengan tahap pemahaman penulis dalam aspek plotik dunia. Jerusalem di dalam al-qur'an merupakan suatu sumber yang memberi cahaya kepada golongan Muslim dan suatu pembuka mata buat mereka yang digelar 'Ahli Kitab'.

Tuesday, May 29, 2012

Cinta Multazam

Cinta Multazam
Penulis: Razifatun Nur
Terbitan: Inteam
Harga: RM22.00