Wednesday, May 30, 2012

495 Kemusykilan Terungkai: Anda Bertanya Islam Menjawab

495 Kemusykilan Terungkai: Anda Bertanya Islam Menjawab
Penulis: Prof. Dr. M. Mutawalli Asy-Sya'rawi
Terbitan: Inteam
Harga: RM35.00

(Almarhum) yang lahir pada tahun 1912 di Mesir ini menyelesaikan pendidikan menengahnya di perguruan az-Zaqaziq, Mesir. Dia kemudian meneruskan pengajiannya ke Universiti al-Azhar, Kaherah dan berhasil lulus dari fakulti bahasa Arab dengan predikat cum laude (sangat memuaskan). Oleh kerana kealiman dan kedalaman ilmunya itu, beliau dapat menghuraikan dan memecahkan persoalan-persoalan rumit seperti di bidang keimanan, hadis, fiqah, akhlak dan muamalah dengan jelas dan bernas sehingga membuat ramai orang yang berpuas hati. Bahkan ceramahnya tentang ilmu kedoktoran dan astronomi sangat mengagunkan, seolah-olah dai di bidang itu. Bukti keluasan ilmunya adalah dengan tersebar meluasnya karya beliau ke merata dunia seperti Bukti-bukti Adanya Allah, Siapa Penghuni Syurga, Rezeki, Isra’ Mi’raj Mukjizat Terbesar, Wanita Harapan Tuhan, Dosa-dosa Besar, Isteri Solehah dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment