Thursday, February 24, 2011

Imam Mahdi & Peristiwa Akhir Zaman

Imam Mahdi & Peristiwa Akhir Zaman
Penyusun: Ibnu Ir Fadzil
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM18.00

Persoalan dan perbahasan tentang Imam Mahdi adalah begitu merumitkan. Ini kerana ia menjadi sebab munculnya beberapa golongan-golongan sesat yang akan diperincikan selepas ini. Imam Mahdi adalah watak utama di dalam plot penceritaan tentang Hari Kiamat. Ia menjadi satu elemen penting di dalam menerangkan kejadian kiamat.

Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya, siapakah itu Imam Mahdi? Bagaimanakah rupanya dan sebagainya. Peristiwa pertama yang menjadi titik permulaan Hari Kiamat yang dahsyat, dan juga permulaan bagi segala peristiwa kiamat, ialah kehadiran Imam Mahdi. Buku ini menerangkan bahawa semua petanda-petanda yang menunjukkan Hari Kiamat tersebut yang telah diceritakan sebelum ini akan berterusan sehinggalah manusia tersedar dengan ketibaan Imam Mahdi ini.

No comments:

Post a Comment