Sunday, February 6, 2011

Indahnya Hidup Berjuang

Indahnya Hidup Berjuang
Penulis: Mohd Rapi bin Mohd Nor Al-Jundi
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM16.00

Jihad fisabilillah adalah satu jalan yang paling mulia untuk ditempuhi, diikuti dan dihayati. Tanpa ada kemahuan dan tolakan batiniah, insan tidak akan sanggup menempuh medan yang penuh dengan keperitan, mehnah dan tribulasi ini. Hanya keyakinan kepada perintah Allah SWT untuk berjihad dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dan idola sahaja yang mampu memikul beban tugas serta amanah yang amat berat, tetapi ianya amat manis sekali.

Kalimah jihad atau syahid adalah kalimah yang paling suci dan murni, kalimah yang dicintai oleh Allah SWT menyebabkan orang mukmin menghayati jalannya, kalimah dan jalan yang diterjemahkan oleh para rasul, para mujahid dan para syuhada. Mujahid tidak takut terhadap gertakan untuk dibunuh kerana kematiannya adalah syahid dan ia telah menunjukkan perjuangannya dan jihadnya telah dibeli oleh Allah SWT. Kekasihnya yang dirindu selama ini dengan bayaran syurga yang penuh dengan nikmat kesenangan itu.

No comments:

Post a Comment