Wednesday, March 23, 2011

Haram Merokok

Haram Merokok
Penulis: Adil Akhyar
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM24.00

Fatwa beberapa ulama muktabar menyatakan, hukum merokok adalah haram dan ianya jelas dinyatakan berdasarkan firman Allah yang bermaksud, "Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri dalam kebinasaan." (Al-Baqarah: 195).

Namun tidak ramai yang tahu mengapa rokok dikatakan haram yang disamakan dengan minuman arak sejenisnya. Buku ini membantu pembaca mengetahui lebih lanjut mengenai haram merokok. Semoga buku ini dapat memberi panduan kepada semua.

6 comments:

  1. salam
    mengapa dahulu hukum merokok adalah makruh kini menjadi haram pula?

    ReplyDelete
  2. wsalam. perubahan hukum sesuai dengan hasil penemuan & kajian terbaru berkenaan mudarat rokok. utk lebih lanjut boleh dapatkan buku ini

    ReplyDelete
  3. salam saya dapat tahu ada petikan hadis didalam buku ini adalah palsu..mohon pustaka iman kaji semula muka surat 12 buku ini...

    ReplyDelete
  4. wsalam. syukran atas makluman. kami akan cuba maklumkan pada penerbit

    ReplyDelete
  5. orang kalau dah ketagih , bagi buku apa pun x mahu terima . sudah fatwa haram di kata masih makruh , entah apa lagi caranya .moga2 Allah buka hati mereka .

    ReplyDelete
  6. blh sy thu pd muka surat 12,berbunyi “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
    Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji” blh nyatakan dkt sy di petik dari ayat mane?

    ReplyDelete