Wednesday, December 7, 2011

Pelita Penuntut

Pelita Penuntut (Terjemahan Ta'lim Al-Muta'aalllim)
Terjemahan: Muhammad Syaflil bin Abdullah bin Muhammad Bin Ahmad Rangkul Langgih Fathani
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM15.00

Kitab Ta'lim Al-Muta'aalllim ini amat penting bagi para pelajar pondok. Ianya menjadi bacaan wajib, ketika penuntut yang baru masuk belajar di pondok. Kitab ini adalah kitab adab, bukan kitab hukum, iaitu adab dalam menuntut ilmu. Ianya adab-adab yang membawa kejayaan orang yang menuntut 'llmu. Dalam buku ini, ada disebutkan tidak kurang daripada 21 matan hadith. Semuanya hadith mu’allaq, jika dilihat sanadnya yang ada di situ. Kesemuanya dikemukakan dalam konteks keadaban, atau sebagai nasihat biasa bukan sebagai hujah dalam penentuan sesuatu hukum syari'at. Dan buku ini mengandungi 13 fasal, iaitu:

Fasal 1: Hakikat'ilmu dan feqah dan kelebihannya.
Fasal 2: Niat tatkala hendak belajar dan menuntut ilmu.
Fasal 3: Memilikan'ilmu dan guru dan tauladan dan menyatakan ketetapan atas'ilmu.
Fasal 4: Membesarkan'ilmu dan ahlinya.
Fasal 5: Bersungguh, berkekalan, hemah dan cita-cita.
Fasal 6: Permualaan memotongkan bacaan, kadarnya dan aturannya.
Fasal 7: Tawakal, yakni berserahkan kepada Tuhan 'Azza wa Jalla.
Fasal 8: Waktu menghasilkaan 'ilmu dan menuntutinya.
Fasal 9: Kasih-sayang dan nasihat.
Fasal 10: Kelakuan mengambil faedah, mencari faham dan penggunaannya.
Fasal 11: Warak' pada ketika belajar'ilmu.
Fasal 12: Barang yang membawa kepada banyak peringatan dan menyatakan barang yang membawa kepada pelupa.
Fasal 13: Barang yang membawa kepada mudah dapat rezeki dan barang yang menegahkan dapat rezeki; barang yang menambahkan dan memanjangkan dan barang yang mengurangkan umur.

Dan bahagian akhir buku ini membicarakan "Hukum Mengenai Suasa", "Pembicaraan Anggota Yang Tujuh" dan "Ma'siat-Ma'siat Hati".

No comments:

Post a Comment