Sunday, June 30, 2013

Celik Mata Reset Minda


Celik Mata Reset Minda 
 Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad 
 Terbitan: As-Sohwah
 Harga: RM25.00 

 Sebagai pakar mata, saban hari saya merawat pesakit yang mahu memulihkan penglihatan. Namun bagi saya, selain kita berusaha untuk celik mata fizikal, kita juga perlu berusaha untuk celik mata hati. Bagi celik mata hati, tidak perlu mengeluarkan wang ringgit kerana kita boleh mer awatnya sendiri. Minda pula merupakan akal fikiran yang mengawal tindak-tanduk manusia. Mengikut kajian, apabila berfikiran negatif, kita akan menjadi lemah. Sebaliknya fikiran positif boleh menguatkan diri. Tetapkan (reset) minda dengan berprasangka baik kepada Allah. Berfikir dan bertindak secara positif. Kejayaan ada di mana-mana selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepada-Nya. Itu janji Allah kepada hamba-Nya. Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi baru dalam hidup kita.

No comments:

Post a Comment